Pages

Thursday 20 June 2013

Bali Here I Come: Day 1 (Part 1)

Continued from Bali Here I Come: Introductory

Assalam semua..

Mood masih rajin nak menaip jadi continue jer dari cerita Bali hari tu. Padahal esok nak exam dah, memang perangai tak betul lansung aku ni. Kawan yang lain dok studi untuk esok, aku dok studi depan laptop ni teringat kisah Bali, hihi..

Jadi bersambung dari malam aku sampai kat hostel tu, pagi tu aku bangun agak awal jugak sebab tak boleh nak lena. Mungkin tempat baru punya tabiat kot, jadi ada dua tiga kali jugak aku terbangun. Bangun tu baru aku nak plan apa nak buat sepanjang hari tu. Cadangnya nak ke Kuta then baru plan lebih lanjut lagi. Tapi sebelum tu mestilah aku nak kena ronda-ronda Seminyak ni dulu. Kalau tak buat rugi duit jer stay kat sini.

Aku tersedar sebab dengar bunyi dari katil bawah. Tengok sorang minah saleh ni bangun nak pegi mandi. Yang lain masih bermimpi lagi. Aku ingat nak rilek kejaplah baring-baring atas katil sambil fikir apa nak buat for the rest tiga hari lagi. Tapi tak boleh lama sangat baring, aku paksa diri jugak bangun dan terus pegi bilik mandi. Selepas buat apa-apa yang patut, aku pun berkira-kira nak terus jalan makan angin kat luar tapi still awal lagi. Jadinya, aku pegi pusing satu hostel tu nak tengok lebih dekat sebab semalam datang-datang terus checkin tak tengok sekeliling. Overall, hostel ni memuaskan aku termasuk layanan dari receptionistnya yang ok.



Hostel ni berdepan ngan money changer tu
Decoration kat wall hostel. Aku suka nengok..

Tengok jam dalam pukul 9am aku gerak pegi keluar kawasan hostel tu. Mula-mula blur jugak aku nak pegi kiri kah kanan. Aku ikut guts then aku pilih jalan belah kanan. Sepanjang jalan tu aku tengok banyak kedai-kedai dan tempat makan di tepi-tepi jalan. Kawasannya nampak aman tak banyak sangat manusia yang lalulalang. Aku keep berjalan sambil tangan sibuk petik kamera ambik gambar kat situ. Tengah aku ambik gambar ada sorang cowok Bali menegur aku tanya aku ni dari mana. Aku cakap dari Malaysia then dia pun explain kat aku kat sini ada pantai kalau nak tengok. Dia siap bagi direction lagi nak kesana. Aku pun terujalah sebab aku memang tak tahu apa nak tengok kat Seminyak ni. Lepas tu dia siap bagitau rumah dia sebelah jer hostel tempat aku stay tu dan dia kerja pun kat kedai tepi jalan tak jauh dari situ gak. Selepas borak sekejap dengan dia aku pun meneruskan jalan kaki dalam misi mencari pantai. Boleh percaya tak, sepanjang aku berjalan tu, ada tiga empat orang lagi cowok yang menegur aku. Aku perasan kejaplah ingat aku ni cantik sangat ker ramai sangat yang nak tegur aku. Lepas aku tanya kat sorang tu dia cakap "Mbaknya diperhati jalan sendirian disini, pastinya bukan orang sini". Ceh, aku ni pun terlebih peramah jugak kot tu yang senang diaorang nak tegur. Cuma aku ada rasa seram sikit takut jer lah kan sorang-sorang perempuan kat tempat yang asing. Aku jadi extra careful pulak jalan pas tu. 


Perasan setiap pagi benda ni akan diletakkan depan premis diaorang



Aku sampai kat pantainya lebih kurang lepas 20minit berjalan. Fuiyo, memang basah jugakah baju aku pagi-pagi buat walking exercise. Mula-mula aku ambik jer gambar sekeliling pantai tu, then ada sorang pak polisi datang tegur aku. "Mbak mintak maap ya ngak diizinkan ambil fotonya di depan rumah ini. Ini rumah persendirian" Aku mula-mula tak faham tapi lepas tu fikir maybe rumah orang kaya kot tu yang tak boleh ambik gambar kat situ. Jadi, pak polis tu dengan baik hatinya menemankan aku keluar dari kawasan private tu pegi ke pantai bersebelahan yang public. Sambil berjalan tu dia sempat menasihatkan aku supaya berhati-hati kerana aku ni sendirian dan peragutnya ada banyak disekitar. Dia tengok aku gantung kamera kat leher terus dia bagitau better sembunyikan kamera tu kat dalam beg, manalah tau nasib tak baikkan.

Bila aku sampai kat pantai, aku tengok ramai jugak orang local kat situ macam ada pesta pulak. Mula-mula aku tak kisah tapi perasaan curious yang menguasai diri buat aku bertanya kat sorang makcik kat situ. Rupanya diaorang ada upacara kesyukuran untuk anak yang baru berusia 90 hari. Kalau kita kat sini macam majlis cukur jambul kot. Cumanya, aku kat situ majlis tu dah berakhir. Memang ralat sikitlah tak sempat nak nengok culture diaorang. 

Ini namanya Pantai Petitenget kat Seminyak



 

Aku suka nengok rumah ni, macam klasik sangat


Tak lama disitu, aku decide nak balik hostel sebab nak checkout pulak. Sampai je kat hostel aku pegi mandi sebab badan dah peluh habis. Nasib baik belum pukul 12 lagi time tu, sempat jugak aku berpacking sambil berborak ngan roommate traveller dari Jepun.

Tengahari tu after checkout aku jalan keluar mencari transport ke Kuta. Kat sini memang mudah nak dapatkan teksi. Diaorang akan sentiasa lalu mencari penumpang. Aku pilih satu teksi ni dia mintak 100ribu, amboi!!! mahal gila dia nak rip aku. Kalau normal rate dia patutnya 50ribu, jadi aku mintak tawar last-last dia setuju bagi 70ribu. Aku dah takde choice setuju gak ler walaupun hati bengkak tau kena peras lebih ni. Dalam teksi tu dia beramah mesra ngan aku sambil bercerita pasal kehidupan di Bali. Ada hati pulak nak ngurat aku. Boleh dia cakap yang dia tengok aku ni sendirian bawak beg berat lepas tu ingat aku ni dari Jepun cuma pakai tudung. "Kesian saya nengok mbak yang cantik ni sendirian gitu di jalan". Heheh, at least dia cakap aku ni cantik jadi cair sikitlah kemarahan aku kat dia. Pastu tanya lagi, "Mbak ni dah ada yang punya?" Lain macam jer bunyi dia ni. "Ngak ada, saya masih single lagi". "Saya pun masih single, kiranya saya ini masih mencari, kalau dapat perempuan secantik mbak ni memang saya beruntung". Adeh, dia nak mengayatlah pulak, berbulu telinga aku dengar tapi sebab mengenangkan teksi dia jadi buat cool jer sambil ketawa. "Bisa dicari gadis-gadisnya Bali ni banyak yang cantik." Dia terus membalas, "Susah mbak, ngak ada yang original macam gadis di Malaysia". Ehh, apa maksud mamat ni, aku pun terdiam tak tahu nak jawap apa. Atleast sepanjang perjalanan tuk banyak jugak info yang aku dapat dari dia especially tempat makanan halal since dia sendiri muslim Bali. 

Sampai kat jln legian, dia berenti. Aku pun heran pasal aku nak dia berentikan aku kat jln pantai kuta tu. Selamba jer dia cakap jln sangat jam, dia tak dapat nak lalu kat situ. Dia mintak aku jln sendiri jer kat situ. "Ngak ada masalah mbak, ini jalan shortcutnya, pake ajer jalan poppies ini bisa ditemuin pantai nya". Aku ingat ini tak boleh jadi, dahlah mintak bayar mahal dari biasa. Pastu waktu nak bayar aku cakap takda cukup duit cuma da 50ribu dua keping dan 10ribu sekeping. Aku tengok muka dia dah berubah, tapi aku dah tak kisah janji aku taknak bayar penuh. Jadinya, sebelum keluar teksi tu aku bayar 60ribu kat dia pastu terus cabut. 

Terpinga-pinga berdiri kat jalan tu sorang-sorang aku tak tahu mana nak tuju. Tengok nama jalan tu Poppies Lane II. Berbekalkan GPS aku mencari tempat makan dulu sambil try nak ingat jalan kat situ. Kat sini panasnya memang menggigit. Jalan yang aku lalu tu lorong kecik boleh muat sebijik keta dan ada banyak kedai-kedai di tepi lorong tu yang jual pelbagai barang. Dalam 15minit berjalan tu aku sampai kat jalan besar Pantai Kuta. Nampak dah pantainya yang biru tu. Jalan-jalan kat situ aku nampak Black Canyon Coffee. Jadi, aku pun singgah makan kat situ sambil fikir plan seterusnya. Selain tu, ada banyak restoran halal lain kat sini termaksuklah McD, KFC n Pizza Hut. Apa-apapun, perut yang kosong aku isi dulu yer..


 Bersambung ke entri seterusnya..


Bali Here I Come: Day 1 (Part 2)




4 comments:

  1. Maybe cantik..pastu jln pulak sorang2..eheheeh...dorang nk cuba ngorat lah tu..kalau dah rupa cam jepun cuma bertudung..MMG cantik lah tu...tak nk ke letak gamba dalam blog ni..nk jugak kenal heee

    Suka lah baca entry ni...terutama..kes mengayat dalam teksi tu..ni yg buat JM nk terus baca entry bali ni heee..nk tahu apa yg terjadi dlm next entry pulak :-)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. biasa jer JM. diaorang tu niat nak peras duit lebih dari kita tu yang mulut manis-manis macam gula. Pasal gambar tu so far tak niat lagi nak letak sebab banyak gambar tak cantik hasil tangkap sendiri, pulak kan.. hehe..Tengoklah nanti kalau ada photographer cun ambik gambar yang sama travel bolehlah letak sini..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...