Pages

Saturday, 9 November 2013

Macau: Part 2 - LCCT & Macau International Airport

Assalam..

Tak semena-mena aku nak cerita pasal airport kali ni. The reason behind adalah dua buah airport ni aku lantik secara rasmi menjadi accomodation aku sepanjang trip ke Macau kali ni. Mula-mula aku takut jugak nak tido kat airport tapi based on reviews dari orang-orang yang pernah buat, jadi aku bulatkan hati, tebalkan muka dan tekad nak buat jugak macam tu.

LCCT (Low Cost Carrier Terminal):
Ni bukan apa aku tido kat sini. Flight aku dari Sibu sampai tengah malam pastu aku punya flite ke Macau pulak pukul 6.30am keesokkannya. Tak ada point kalau nak tido hotel untuk few hours padahal boleh free jer tidur sini.

Apa yang aku buat sampai-sampai airport tu aku terus wandering meninjau mana-mana tempat yang sesuai nak lelapkan mata. LCCT ni memanglah dah macam stesen bas. Penuh jer manusianya kat mana-mana ceruk yang sunyi sikit. Kerusi-kerusi yang ada memang dah penuh dah. Ada tu aku tengok satu family siap hamparkan tikar dan selimut jadi alas atas lantai dekat tepi pintu masuk arrival hall untuk tido. Jadinya, aku ingat nak lepak jerlah kat McD sampai pagi duduk situ. Sampai sana aku order air dan makanan relak layan handphone tak sampai sejam aku dah tak tahan. Mesti nak cari jugak tempat pembaringan ni sebab mata aku dah layu sangat. Tengok-tengok jam dah dekat pukul 1 pagi, aku angkat gerak dari situ meneruskan misi nak tido. Aku teringat pulak ada satu surau kat belah luar building tu jadi terus jerlah aku ke itu. Sampai situ aku tengok ada banyak jugak orang tido kat situ. Lampu pun dah gelap ditambah dengan kawasan terbuka memang angin fresh masuk, memang sangat sesuai tido kat sini. Aku pun join the crowd sekali keluarkan sleeping bag terus baring tak sedar diri sampai pagi. Tapi, sebelum tu aku set jugaklah alarm kat handphone incase terlajak tido nanti.

Satu yang best kat LCCT ni ialah diaorang ada shower room. Selama ni aku masuk toilet aku tak perasan pulak kewujudannya. Bila nak memerlukan barulah pegi cari dan aku pun cerialah sikit dapat mandi awal pagi tu sebelum boarding flight. Almaklumlah the beginning of journey mestilah nak bau wangi, ye kan..

Macau International Airport (MIA):
Airport yang aku buat macam hotel sendiri, keh keh keh. Permulaannya aku memang dah booked hotel kat Macau tapi minggu terakhir sebelum berangkat tu aku punya sifat lokek nak keluar duit makin lama makin kuat. Selepas fikir panjang lebar, aku pegi cancel hotel booking tu aku bertekad nak main redah jer kat sini. Bayangkan, hotel-hotel kat sini semua mahal gila, paling murah aku cari dalam RM250 semalam. Kalau budget ciput memang tak berbaloi lansunglah kan. Ada satu tu aku baca dari blog Meng (terima kasih kat blogger ni sebab rujuk banyak kat blog dia) aku try cari jugak. Last-last bila aku jumpa website tu cakap hostel ni dah tak beroperasi lagi. Rasa nak giveup jer. Try couchsurfing pulak aku dapat reply dari lelaki jer yang mana hati aku tak sedaplah pulak nak ambik. Takut apa-apa nanti kat mana aku nak menjerit mintak tolong. At least kalau tido airport ada security banyak kat situ ye tak..

Sepanjang aku kat sini, MIA nilah menjadi tempat kediaman rasmi aku waktu malam. Basically, airport ni ada 3 level. Level 1 untuk arrival, Level 2 untuk departure dan Level 3 untuk pejabat-pejabat berkaitan dan McDonald. Aku memilih tido kat Level departure sebab bagi aku kat situ yang paling selesa. Kerusi-kerusi kat MIA ni paling best sebab armless type of chair jadi kalau nak berbaring sepanjang tu memang terus ingat macam baring atas katil sendiri.  Kat sini jugak volume flite dia tak serancak LCCT jadi malam-malam flite dah kurang sikit senang sikit nak melelapkan mata.

Apa yang aku buat adalah pagi-pagi aku tinggalkan bagpack yang berat tu kat kaunter Left Luggage. Ratenya MOP10 per hour tapi kalau nak satu hari terus ratenya MOP80. Aku ambik yang full one day punya rate sebab aku tak tahu bila aku nak ambil balik bag tu tapi yang pasti waktu malam sebab nak pakai waktu tido. Confirmlah lebih dari 8 jam kan jadi aku fikir tu yang paling berbaloi. Harus tahu setiap kali nak tinggalkan barang kat kaunter ni kita dikehendaki scan dulu di mesin scan diaorang for the sake of security katanya.

Settle part bag, aku fikir pulak tempat nak charging segala barangan electronic yang aku bawak ni. Macamlah banyak sangat kan padahal handphone, camera dengan laptop jer. Nak dijadikan cerita power bank aku pulak buat hal jadi aku kena bergantung sepenuhnya pada power outlet yang entah mana aku nak carik kat Macau ni. Hasil pencarian aku yang tak tahu malu tu aku berjumpa dengan power outlet ni. Memang bersyukur sangat-sangat tambahan pulak tak perlukan adapter sebab socket diaorang sama jer dengan yang kat Malaysia ni.

Most important thing kat airport ni adalah part tido yang mana aku dapat tido dengan sedap sekali. Betul, aku tak tipu malam last tu aku lena sampai tak sedar lansung kiri kanan aku sepertinya aku tidur kat rumah sendiri. Mungkin sebab sangat letih ataupun sifat aku ni dicampak kat mana-mana pun boleh tidur mati tak ingat dunia. Bahaya betul yang mana bila aku fikir balik sangatlah tak digalakkan berbuat begitu. Naknya tiba-tiba berlaku sesuatu ataupun kalau-kalau ada orang yang berniat tak baik nak curi barang kan ke menangis melolong sorang-sorang nanti..,huhuk bersyukur sangat tak terjadi apa-apa sepanjang tido kat situ. Security diaorang pun tak kacau manusia-manusia yang tido kat situ diaorang cuma lalu jer buat rondaan lewat malam.

Last but not least benda best stay kat MIA nia adalah unlimited WiFi yang free dan tersangatlah laju. Aku tak roaming lansung sepanjang kat sini dan tak beli local simkad jugak. Penjimatan yang agak banyak aku buat kali ni. Indahnya dunia kalau semua benda free macam ni kan..

Cuma malam first aku tido tu ada tiga empat orang oppa-oppa dari Korea tengah tunggu flite kot borak-borak duduk kat sebelah row aku tido tu. Aku selamba jer tarik selimut tido tapi telinga tetap dengar jugak diaorang bercakap. Tu yang buat aku tak berapa nak lena sangat tido.

McD kat Level 3
Iced Chocolate sangat sedap bila dah lapar
Makan sayur salad jer untuk dinner dan teh . Dresing tu aku tak guna pun sebab dah was was..
Scanner dulu luggage before tinggalkan kat kaunter Left Luggage tu.
View kat Departure Level tempat aku tido. Masa ni masih banyak lagi manusianya..
Aku dah jumpa port yang sesuai sekali nak tido. Tengok jer pun tau selesa kan..
Tengok kiri kanan, buat muka tak malu terus hampar siap-siap awal tak nak orang lain ambik..
Tempat tunggu bas dan teksi. Keluar jer dari arrival hall pegi hujung sekali nampak dah..
 Kaunter berhadapan dengan tempat aku tido. Sepanjang aku kat situ takda pulak orang kecuali kat kaunter Air Asia hujung sekali tu..




Sebenarnya kat kaunter nilah aku pegi charging segala barangan elektronic aku. Tu pun aku jumpa secara tak sengaja. Perati lebih kurang tengok takde orang aku guna socket kat sini. Sambil aku baring tido sambil tu charging senang jugak aku nak monitor. Banyak pulak socket dia kat kaunter tu, memang heaven sangatlah untuk orang macam aku, hehehe...

Monday, 4 November 2013

Macau: Part 1 - I Wish I Can Speak Chinese

Alhamdulilah, menjadi jugak trip aku kali ni nak ke Macau bersempena dengan harijadi aku. Ceh, walaupun kata harijadi tapi takdelah aku sambut macam orang banyak duit. Lansung tidak ye sebab kat sana aku jadi gelandangan jer macam orang merempat. Pegi kasino nak berjudi pun tidak padahal kaki dah masuk dah tempat tu, hehe..Punyalah nak sangat sambut birthday kat tempat luar, asal kaki dah jejak aku kira puas hati jugak. Yang lain-lain tu aku tak ambil kira sangat. Ditambah pulak konsep trip kali ni adalah "free & tensionless (betul ke word ni?)", jadi aku letak otak dan fikiran ketepi utamakan hati nak enjoy.

Cuma kalau mengikut tajuk kat atas ni, satu benda kalau aku harap (bukan fikir ni) adalah aku boleh cakap dan faham bahasa cina terutamanya Kantonis. Memang satu masalah bila pegi kat tempat yang mana bahasa utamanya adalah cina ditambah pulak penduduk localnya tak gemar dan tak pandai guna English. Macau pulak yang kita tahu merupakan salah satu negara Cina dimana bahasa pengantarnya adalah Cantonese dan Portugese (the latter language widely used in places and road sign). Sepanjang aku kat sana, mari aku list downkan cerita pendek berhadapan dengan penduduk local kat sana. Walaupun remeh dan kecik punya hal tapi berhadapan masalah yang sama buat aku tulis entri ni.

Situasi 1:
Hari pertama aku sampai kat Macau. Yang ni kes normal waktu nak tukar duit kat currency exchange booth di airport Macau. Staf perempuan tu tak faham bahasa aku last-last dia buat muka masam dan cakap "No" padahal aku cuma nak mintak tukar kepada duit kecik jer in case nak naik public bas.

Situasi 2:
Aku tengah duduk sambil tengok laptop kat airport awal pagi. Sorang makcik ni datang duduk sebelah aku sambil try nak tegur tapi cakap cina. Mula-mula aku try cakap omputeh tapi dia tak faham masih jugak cakap cina. Last-last dia pulak ajar aku cakap cina sebab semangat nak bercerita dengan aku. Hasil perbualan yang macam ayam dengan itik tu, aku berjaya jugak tangkap sikit apa yang makcik tu cakap.

Info 1: Asal orang Myanmar tapi dah bermastautin di Macau roughly 30 tahun, bahkan kahwin dengan orang Macau pun.
Info 2: Dia balik Myanmar sebab nak melawat abang dia kat Yangon bersama dengan beberapa orang lagi. Part ni aku tak faham siapa yang menemani makcik ni pegi sana.
Info 3: Dapat tahu umur makcik ni 64 tahun. Dia tanya umur aku, aku bagitahu lah 30++. Tau makcik tu cakap apa?? =>> Sambil tunjuk muka aku dia cakap cina tapi keluar word "beautiful". Ceh, saat tu tetiba aku rasa ada sayap tumbuh kat badan aku dan aku rasa terapung pulak kat udara sekejap, hehehe..


Situasi 3:
Ini berlaku pada hari ke-2 aku kat Macau. Selepas aku menghabiskan masa sepanjang pagi kat Fisherman's Wharf, aku berkira nak patah balik ke Macau Ferry Terminal dengan berjalan kaki since aku dapat info jarak dua tempat ni walking distance jer. On the way tu aku almost sesat tak tahu nak kemana, padahal dekat jer tempat tu. Wifi memang takde jadi aku terjumpa sorang officer ni buat rondaan kat area Fisherman's Wharf tu. Soalan aku simple jer;

Aku: "Excuse me sir, you know how to get to Macau Ferry Terminal?"
Dia: "@#^%#..." (dengan memek muka blur cakap kantonis)
Aku: "Ferry Terminal, where it is?" (niat nak bagi dia faham kasi ayat pendek jer)
Dia: "%^&$#.." (muka masih blur..)
Aku: "MACAU FERRY TERMINAL? (tangan dah buat aksi tunjuk air dan ferry)
Dia: "Sorry, don't know"
Aku: "Its okay sir, thank you.." (terus blah cari jalan sendiri)

Nasib baik officer ni handsome jadi taklah aku rasa ralat sangat, hehe..

Situasi 4:
Aku pegi lunch kat Venetian foodcourt. Sedang aku enjoy makan dengan lahapnya, tetiba sorang pakcik cina ni datang tegur aku sambil tangan buat isyarat nak duduk kat meja aku tu. Since aku pun sorang, jadi aku bagi jerlah. Memang kalau tengok almost semua meja dah penuh maybe sebab waktu peak lunch hour time tu. Mula-mula aku diam jer sebab tak tahu nak bual apa dengan pakcik tu. Aku ni pemalu sikit tak pandai nak memulakan perbualan dengan stranger. Jadinya pakcik ni tegur aku dulu sambil dia mengeluarkan bekalan makanan dari dalam beg. Mula-mula dia cakap cina, aku buat muka blur. Lepas tu dia try cakap omputeh tapi aku susah nak faham. Yang bestnya pakcik tu sedaya upaya nak berbual dengan aku walaupun banyak cakap cina. Aku pun banyak iyakan jerlah cakap pakcik tu macam faham apa dia cakap. 

Situasi 5:
Malam last aku kat Macau. Aku tengah tunggu free shuttle ke City of Dream kat Macau Ferry Terminal. Bila bas tu sampai aku tengok ramai segerombolan makcik dan pakcik ni naik bas tu. Aku tak fikir panjang beratur sekali dengan diaorang naik. Masuk dalam bas almost semua seat dah penuh tinggal sikit jer. Aku nampak ada kosong aku terus duduk. Baru nak melepaskan lelah aku dengar sorang makcik ni datang tegur aku sambil cakap cina dengan suara yang besar. Aku tak faham lansung apa dia cakap tapi time tu semua orang dalam bas tu dah tengok muka aku. Suddenly aku rasa muka aku merah padam jadi attention semua orang kat situ. Makcik tu cakap tak henti-henti dengan aku. Aku cuba cakap try explain in english tapi makcik tu lagi respon cakap cina. Last-last sorang makcik ni tunjuk isyarat suruh aku keluar dari bas tu. Hampeh betul lah time tu, ditambah pulak kepenatan sepanjang hari tu, aku terus angkat punggung blah dari situ tak tengok kiri kanan.

Aik, 5 kes jer?? Orang lain punyalah banyak lagi problem tak bising pun kan. Tapi memandangkan aku ni sendirian menghadapinya plus ni tempat aku luahkan perasaan jadi lantaklah kan apa aku nak tulis. Cuma apa yang aku notice ada banyak jugak Filipino kat sana bekerja dan makan angin malah pandai lagi berbahasa cina. Bolehlah aku bertanya soalan dan arah dengan diaorang ni since english diaorang better lagi dari penduduk local. Apa-apapun layan gambar-gambar di Macau yang tak seberapa ni dari aku yer..

Selamat tiba di Macau, beratur kat imegresen kaunter
Sand's Hotel dan Kasino berhadapan dengan Fisherman's Wharf
Rupa taxi kat Macau
View Macau Tower dari kejauhan
 
 
 
 
 
 
 
 

Until then, tata..


Tuesday, 8 October 2013

Bestnya Oktober

Bulan Oktober datang lagi. Its always be my favourite month because i was born in this month. How good is that!! Normally every year since aku dah ada pendapatan sendiri aku akan ambik cuti for a few days and go somewhere else as a birthday treat to myself except for the last two years. In 2011 aku ada personal problem jadi tak pegi mana-mana time tu. Last year pulak aku tengah berpantang lagi jadi tak dapat  nak kemana-mana jugak. Memandangkan aku ni sangat minat travel jadi tahun ni aku dah beli tiket sambut birthday kat Macau. Wah!! rasa macam orang kaya pulak padahal budget tight sangat-sangat. Hopefully my plan will go as nearly smooth as possible. Ni ada beberapa soalan yang kawan-kawan tanya kat aku bila tahu aku nak pegi sini nanti.

  1. Kenapa Macau?
  2. Pegi dengan siapa?
  3. Apa yang ada kat sana?
  4. Kenapa tak pegi Hong Kong sekali? dah dekat sangat tu..
  5. Macam mana ko nak makan kat sana? Dengar-dengar susah nak dapat makanan halal..
  6. Mana ko nak stay kat sana? Mahal tau hotel-hotel situ.

Fuh.. banyak jugak soalan tu yang aku ingat balik. Ni, aku menjawab dari sudut pandangan aku sendiri:

  1. Awal tahun lepas tangan aku gatal jer dok belek-belek website AirAsia aku ternampak tiket murah ni. Since aku pun tak pernah ke Macau jadi laju jer tangan aku click booking..
  2. Ala, aku pegi soranglah. Kalau ada yang nak join, aku okay. Takde sapa-sapa solo lah jawabnya..
  3. Macau, umm... nak berjudi kot. Pweehh, selain kasino-kasino yang terkenal, umm aku pun tak tahu. Tu yang nak kena pegi dulu barulah tahu kan..
  4. Aku tak punya banya duit. Kalau nak ikutkan hati memang aku nak pegi sekali Hong Kong tu. Cuti aku apply pun sikit jer 3 hari mana cukup nak cover semua tempat tu.
  5. Aaa, ni soalan pandai-pandai sendiri nak hidup dan cari. Biasanya aku google jer tak pun refer kat website ni Halal Food . Kalau susah sangat nanti aku pegi hutan cari buah jer kot. 
  6. Ni lagi satu soalan orang selalu tanya kat aku padahal aku explain banyak kali jugak. Aku ni cheapskate sikit. Kalau takda tempat murah, aku try cari tempat free. I've done it before..Selalu aku jawab begini diaorang akan buat muka tak percaya. Kenapa? sebab aku perempuan pastu muka nampak penakut kot beserta naive..
Aku ni banyak merepek pulak kali ni. Aku betul-betul berharap trip kali ni akan menjadi. Tahun ni dah dua trip aku cancelled macam tu jer atas sebab yang pelbagai. Nampak sangat Tuhan tak izinkan aku pegi. Aku kena redha lah kan sebab semua ni mesti ada hikmahnya. Duit airfare yang hangus tu boleh dicari balik nanti. So far, aku plan roughly jer dulu. Tak nak detail giler sebab tak nak terikat sangat dengan jadual. Selebihnya main redah dan rasa sendiri. Duit pun belum tukar lagi, maybe weekend ni kot. Best part nya aku dapat tahu Oktober ni musim Autum kat Macau. Jadi sebelum pegi ni aku kenalah start bermood ala Macau kan.. Doa-doakanlah yer, aminnn...






** Semua image kat atas ni cedok dari Google**








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...