Pages

Friday, 2 January 2015

Nice To See You 2015!

Assalamualaikum...

Kredit to http:www.zedge.net
Selamat tahun baru 2015 kepada semua rakan-rakan maya yang sudi membaca blog aku yang sememeh ni. Aku tak pernah jumpa pun seorang tapi banyak yang aku perolehi dari segi ilmu pengetahuan tentang travel dari korang semua.

Tak lupa segala pemberian berupa Giveaway dari korang walaupun kita tak kenal pun satu sama lain kan..

Clap Clap Clap...

Okeh, aku terlambat sehari tapi tetap jugak masih awal tahun kan..hiks

Tahun 2015 dah menjelma. Apa-apa benda dah berlaku tahun lepas kena let it go. Yang boleh di bring forward hanyalah pengajaran dan kenangan sahaja.

Jadinya, pengajaran terbesar aku dapat dari tahun lepas adalah:

"Aku Tak Nak Beli Tiket Kapal Terbang Terlalu Awal Walaupun Masa Promo"

Giler aku kena disiplinkan diri aku dan menahan diri dari membuka segala macam airline website pasni sebab aku tak nak menanges lagi bila trip tak jadi.

Jadinya, so far aku tak beli apa-apapun tiket walaupun hati meraung jer nak pegi ke sini dan ke situ... 

Bertabah ajalah wahai hati..

Harapnya tahun baru ni membuka peluang lebih besar untuk aku dan kita semua. Semoga rezeki bertambah murah, hidup dilimpahi rahmat dan diri semakin dekat dengan-Nya.

Kalau ada yang tak best menjelma nanti, takpe...

Happy happy ajer kerana itu semua memang sebahagian dari kehidupan. Muhasabah diri dan kemudian move on. Life is too short to get stress about everything.. Cheers:)


Jadi, kemana hala tuju aku travel tahun ni?

2015, where you gonna take me?
Frankly speaking, i have no idea. Nampaknya aku hanya menunggu seru datang tetiba baru hunting tiket flight. Yang aku pasti aku nak meneruskan perjalanan langkah travel aku walaupun tak tahu dimanakah itu..

Happy travelling guys:)



20 comments:

  1. selamat tahun baru, LD..moga makin panjang langkah tu di tahun 2015 hehehe..

    * bukan destinasi yang menjadi ukuran sesebuah perjalanan tetapi pengalaman itu yang sebenarnya dicari tak kisahlah walau berkali-kali kembali ke lokasi yang sama ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru jugak untuk Zilla. Ameen..:)

      Yup, kekadang bila terlalu excited jadi terlupa sebenarnya tujuan perjalanan itu sendiri. Terima kasih Zilla sudi mengingatkan:)

      Delete
  2. selamat tahun baru LD... semoga 2015 lebih baik segala-galanya. senyum sememeh je baca tang xmo beli tiket tu walaupun time promo...
    saya pulak... nak try la sekali paling kurang, beli tiket tu... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru CS:)

      hehe.. sebab saya dah banyak kali terkena tahun lepas tu yang nak kuatkan diri tak mo belasah jer beli tiket.

      Delete
  3. Happy new year babe! Memang kena control tabiat gian nak beli tix during promo. Fuh berpeluh kot tahan tangan dari duk klik aje. Moga murah rezeki & sentiasa sihat supaya langkah makin panjang untuk menghayati keindahan di bumi Allah. Insha Allah, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year jugak untuk ko Bie!
      Aku berdoa je kat tuhan kalau hati kuat kali ni nak pergi baru proceed beli tiket. Tak mau dah bazirkan duit banyak macam tahun lepas..
      Semoga urusan kita dipermudahkan lagi, ameen:)

      Delete
  4. LD!!!! Teringin sgt nk jumpa LD tau, adakah ini impian JM pada tahun 2015 coz salute sgt dgn LD yg berani travel solo heeee

    Jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita tahun lepas mohon d maafkan ye :-) bab travel ni mmg susah sikit nk stop tp klau nk kurangkan maybe boleh :-) ujung bulan ni ada trip ke saigon tp penginapa belum booking sbb hati rasa berat selepas tragedi terbaru pesawat AA tu, what say u :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM!! tula, teringin jugak nak jumpa JM harapnya tercapai nanti. Ingat lagi blog JM adalah yang termula sekali saya jumpa waktu cari info kat internet sebelum memulakan travel solo dulu-dulu.. :)

      JM rakan blogger yang tak pernah kedekut ilmu. Tu yang buat suka sangat kat JM:)

      Hehe.. kalau JM tanya saya, saya memang akan bagi galakan penuh untuk JM proceed jer ke Saigon tu. Tragedi yang menimpa memang sangat berat tapi saya percaya kepada takdir tuhan. Tetapkan hati dan mohon perlindungan insyaallah selamat. Apa-apapun, kena ikut jugak kata hati JM sebab yang penting JM yang akan menempuhi trip tu. Kalau tu buat JM happy dan enjoy, teruskan jer..:)

      Delete
    2. JM..... Nakkkk itotttttt! He He He...

      Delete
    3. ada org tu nk g HK tak hajak pung..nak merajuk arghh...kalau nk pujuk minta FM satu ahahaahh

      Delete
  5. selamat tahun baru LD. kagum bila tengok LD travel sorang2. nak cuba tapi belum berani lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru kak:)

      Akak boleh, Malaysia boleh!! tetiba pulak, hehe...

      Delete
  6. Best of Luck yeahhh... Hepi new year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you SS. Seronok baca blog SS yang penuh dengan lawak antarabangsa. Boleh ketawa sorang-sorang :)

      Delete
  7. LD..
    lewat 5 hari boleh kan?
    slmt tahun baru ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru untuk akak jugak!. Lambat pun masih awal tahun lagi:)

      Semoga akak dan keluarga tabah menghadapi dugaan banjir yang telah menimpa.

      Delete
  8. Selamat tahun baru LD. Moga 2015 lebih baik dari tahun2 sblmnya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...