Assalamualaikum..
Seumur hidup aku tak pernah masuk istana. Berangan-angan macam puteri raja adalah perkara biasa masa kecik sebab selalu tengok drama melayu lama dulu-dulu..
Jadi, tak kisah istana kat mana ceruk dunia sekalipun aku mesti nak jejak buat lepas hajat, hehe..
Since kat Seoul ni ada banyak istana untuk dilawat, aku pilih satu jer paling mudah iaitu Gyeongbokgung Palace.
Istana yang lain-lain ada jugak tapi aku tak dapat tamak sebab tak nak rushing. Satu pun cukuplah lepas gian. Tambahan pulak hujan tak menentu sepanjang hari.
Mode sedih berjalan dalam hujan tak pakai payung, huhuk..
|
Alight kat stesen Gyeongbokgung pastu ambik exit 5 |
|
Dah nampak main gate istana "Gwanghwamun" |
|
"H" stand for what?? |
|
Tiket masuk dengan opening hours sebagai rujukan |
|
Bumbung yang menarik |
|
Aku ada hati pulak nak buat pintu rumah stail cenggini, unik.. |
Dah bayar entrance fee 3k won, bolehlah masuk dalam kawasan istana ni. Besar dan luas giler rupanya area ni. Terpana aku kejap..
Since kat sini ada provide free guide tour, aku decide untuk tunggulah tour tu. Yang english punya akan start pukul 11.30 pagi. Version lain adalah chinese dan Japanese tak silap aku.
Rugi tak ambik free guide tour ni, Jalan-jalan sorang pusing istana tanpa arah tujuan pun tak guna jugak kan..
At least berinformasi jugak minda aku, heheh..
|
Tengah tunggu free english tour pukul 11.30 pagi |
|
Ni tour guide untuk english version memulakan briefing |
|
Memulakan tour, perjalanan terpaksa bawah-bawah bumbung sebab hujan |
|
View dalam Imperial Throne Hall, tempat Sultan bersidang bersama-sama menteri besar |
|
Pandangan main gate dari Imperial Throne Hall |
|
Aku ingatkan macam binatang dok bertenggek kat situ |
|
Rupanya, hanyalah ukiran yang memang ada kat setiap sisi bumbung |
|
Dikelilingi oleh tasik buatan, ni dipanggil Gyeonghoeru (pavillion) |
|
Pintu masuk ni pulak menuju ke Geoncheonggung Palace, kediaman diraja |
|
Salah satu kediaman diraja |
|
Stor kot, untuk simpan barang macam comel jer.. |
|
Menuju ke garden istana |
|
Tengok istana dari luar pulak |
Jauh tour guide tu bawak kami berjalan-jalan kawasan tu. Hujan pulak sekejap lebat, sekejap rintik pastu berenti.
Nasib baik antibodi aku ni kuat sikit tak lut dek cuaca begini, hehe..
Panjang lebar dia bagi explanation, sambil lalu beberapa building dan taman. Last sekali kami berenti kat satu garden di penghujung istana dan part our own ways at the end of the session.
Roughly, this tour takes 45 minutes to 1 hour which is really worth for us to take.
Dah habis tour, aku jalan-jalan sendiri lagilah jenguk mana-mana yang menarik.
|
Map keseluruhan istana Gyeongbokgung |
|
Ni depan National Folk Museum of Korea. Free tapi aku tak masuk |
|
Ni rumah dalam kawasan National Folk Museum, free masuk bila dah beli tiket palace tadi |
|
Agaknya dia bagitau silakan masuk |
|
Hujan belum berenti.. |
|
Tuan punya basikal pun masih kat dlam kedai tunggu hujan teduh |
|
Guards yang kaku berdiri |
|
Untuk rujukan korang yang ingin experience pakai baju pengawal istana, aku tak berpeluang sebab hujan, sob sob.. |
|
Rasanya, kasut ni untuk sapa-sapa yang nak try free guide kostum kot |
Overall, aku suka pegi sini sebab aku jakun terhadap istana. Yerla, aku ni rakyat marhaen manalah layak masuk tempat-tempat cenggini.
Yang kurang bestnya adalah hujan jadi banyak aktiviti tergendala like guard changing ceremony aku tak dapat tengok.
Takdenya orang buat ceremony dalam kehujanan kan..
Istana ini dikatakan yang paling grand among all 5 palaces in Seoul. Jadinya untuk firstimer macam aku elok jugak ke sini dulu.
Kalo ada masa boleh jugak menjenguk istana yang lain macam Changdeokgung Palace yang telah diwartakan sebagai kawasan UNESCO pada tahun 1997. Dengar-dengarnya garden kat belakang palace ni sangat cantik...
Aku pulak, stuck kat dalam istana ni berejam lamanya disebabkan hujan. Terpaksa ubah agenda hari tu. By the time hujan berenti, jam dah pukul 2 petang.
Instead pegi ke tempat lawatan yang lain, aku detour pegi kawasan Insadong mencari makanan untuk lunch.
Bersambung ke next entri.:)
Alright akan d masukkan ke dlm itie :-) gambar semua cantik. Pandai cari angle dan view mesti secantik tuan punya blog. Part x best sbb hujan, summer sinonim dgn hujan kan
ReplyDeleteTerima kasih JM. Pandai jer buat hidung saya kembang semangkuk, hehe..
DeleteJM pun comel aper..:)
2 kali pegi Korea, 2 kali xsempat. Yang 2nd time tu lagi parah, pegi time istana close to public. So 3rd time aku make sure memang akan masuk, alhamdulillah termakbul impian. Hihi siap dapat tengok tasik beku di Pavillion belakang tu. Ko ada masuk Changdeokgong hari lain? Cantik gak dalam tu. Aku xsempat meronda Secret Garden.
ReplyDeleteIsh.. respect aku dengan kekuatan semangat ko Bie sampai 3 kali attempt. Kalau aku, agaknya dah tick off dari list terus, punyalah give up:)
DeleteAku hanya pegi palace ni jer time tu. Istana yang lain-lain tu aku nak simpan untuk trip2 akan datang, kalau adalah.. hehe..
Visit this website
ReplyDeleteVisit this website
Visit this website
Visit this website
Visit this website
Visit this website
Visit this website
Visit this website
Visit this website