Pages

Sunday, 7 September 2014

Summer in Seoul: 01 - N Seoul Tower

Assalamualaikum..

Lately aku rasa makin kekurangan idea untuk menaip. Nak start cerita ni pun aku lama dok bertafakur depan laptop. At last aku taip mana yang teringat dalam minda aku. Jadi kalo ada yang caca merba punya kata-kata tu harap dimaafkanlah yer..

Hari pertama sampai Seoul bulan June lepas aku cume pegi ke sini jer. So makan angin sangatlah bunyikan, hehe..

N Seoul Tower dari apa aku dengar sesuai untuk pasangan bercinta bertemu janji dan beramah mesra.

Kalo orang datang sendiri macam aku rasanya berangan sendiri jerlah kat sini..

Tapi takpe, kat sini bukan setakat ada kerusi bengkok dan lovelock main for couples, teddy bear museum pun ada beserta dengan observation tower lagi. Ada jugak tempat-tempat rehat ala taman untuk melepaskan lelah sambil ambik angin Korea.

Nearest subway adalah Myeongding St, keluar kat exit 3
Keluar- keluar terus nampak ni
Tu dia, N Seoul tower dari subway
Mula-mula jalan ke arah hotel ni dulu
Lalu kedai icecream
Jalan lagi, masih jauh perjalanan
Tengok-tengok pemandangan yang ada kiri kanan
Menapak sikit jalan meninggi
Sebab hari pertama masih banyak duit, aku opted naik cable car instead mendaki tangga sampai tower. Ala, 8.5k won jer pun return tiket, hehe..

Padahal dalam hati dah semput tengok tangga banyak sangat...

Finally, nampak ni. Mula ingat kuatlah nak naik tangga sampai atas
Nampak geng orang Malaysia kat hujung tu. Dia orang tegur, "Akak serius ke nak naik tangga tu, naik cable car jer lah sama kami.."
Aku pun terpengaruh join dia orang naik cable car kat sini
Tiket cable car
Beratur tunggu giliran naik cable car
On the way naik atas dalam cable car
Nampak view Seoul dalam perjalanan
Lagi view Seoul
Dah sampai atas, tengok ni dulu sebelum ke mana-mana
Ramai orang kat sini
N Seoul Tower
Lovelock orang
Kelam jer weather, angin kuat jugak
Lakar gambar

Ciri unik kat bumbung terdapat kat mana-mana struktur tradisional Korea


Lepak jer duduk duduk tengok orang kat sini

Cute jer, love all around

Aku bajet summer kat Seoul sangat panas jadi aku bawak cardigan jer. Tapi bila duduk kat atas ni, angin petangnya memang sangat sejuk sampai menggigil aku dibuatnya.

Ramai jer orang belah ni..
Aku tengok jerlah, tak ada orang untuk dikuncikan mangga bersama, hehe..
Tapi, duduk kat sini syok jugak fefeeling sorang-sorang


Aku lepak tak lama, lepas dah pusing-pusing situ agak hari dah gelap aku turun balik menuju ke stesen Myeongdong. Misi lepas tu nak merasa nasi goreng Korea yang mana aku cerita dalam next entri lah pulak..

12 comments:

  1. Salam LD...bila tngk gambar2 on the way awak nak ke N Seoul tu, mengimbau memori ke sana..sejibon lokasi2 yg ditangkap gambar tu, daripada Pacific hotelnya, sampailah ke supermarket ABC tu (anak saya dok belik air kat situ)..he..he.. satu jer x de, kedai tayar sblm sampai ke tempat cable car... x masok teddy bear museum ke..? saya x masok, rasa mcm sayang duit..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam farikica, hehe sejalan kita ni kan..

      naik atas tu saya cuma jalan-jalan pusing jer tak masuk pun museum. tengok dari luar jer sbb sayang duit jugak:)

      Delete
    2. Teddy Bear museum dah xde kat atas tu Farikica. Menyampuk please. Hahaha. Masa pegi Jan haritu, museum tu tengah renovate untuk Alive Museum. Ala2 Trick Eye Museum katanye.

      Delete
    3. Elok gak tutup tu bibie..mcm hidop segan jer...kecik sngt..hehe. . Yg kt sokcho tu mcm best...mesti bibie dh p...

      Delete
  2. LD! Dh pegi seoul rupanya. Byknye jln tahun ni. Ohh namsan dh byk berubah compare waktu Jm pegi 2011. Argghh rindu sama seoul sabar nk pegi lagi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. trip almost tiga bulan lepas JM. Baru nak publish entri lepas bermalasan giler..

      Dengarnya JM pun nak start bercuti lagi kan sooner.. have a fun trip JM!!

      Delete
  3. Wohooo! Aku ada perangai bongoks. Akan terkinja xhengat everytime nampak entry pasal Seoul. Whats more, June tu kira masih fresh ok! Aku pergi haritu, pondok map right lepas keluar subway...belum wujud. Sobs. 2x pergi aku naik cable car, so last Jan I opted for bus. Kena menapak naik bukit sikit tapi xsetinggi tangga dari cable car tulah. Jun panas so aku rasa oklah ko naik cable car haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sah sah ko ni memang kena pegi lagi sini Bibie:)

      Delete
  4. Bestnya dapat sampai sini...koreaa mu tggu aku datang pulakk =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza..saya doakan CV sampai kat sini. Aminn..

      Delete
  5. Ni yg buat aku rasa nk terbang ke seoul mlm ni jgk ni..... Rindulaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! ni sorang lagi aku rasa kena beli tiket ke Seoul cepat-cepat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...