Pages

Wednesday, 10 September 2014

Summer in Seoul: 02 - Yoogane Restaurant

Assalamualaikum..

Kalau kat Myeongdong ni, ada satu restaurant yang selalu jadi sebutan rakyat Malaysia. Even dalam blog pun ramai yang rekemen pegi sini. Restoran Yoogane, terletak kat area Myeongdong menjadi tempat makan pertama aku lepas sampai Seoul.


Masih stesen Myeongdong, kali ni keluar exit 7 pulak
Nampak Nature Republic tu, pegi arah situ
Nanti akan nampak simpang belah kanan, masuk simpang tu
Jalan terus sampai nampak first simpang belah kiri, masuk simpang tu sampailah nampak kedai makan Yoogane ni belah kiri
Lalu kedai icecream lagik
Tu, dah nampak restoran ni
Pilih sukahati nak duduk mana
Sebab sorang, aku ambik meja ni jerlah
Pilihan menu yang ada, harga pun murah tapi yang boleh kita ambik seafood jerlah yer..
Ramai jugak orang dinner sini, kat luar masih hujan
Tempat memasak depan mata, plain water bagi free
Actually restoran ni ada menu macam-macam tapi aku orderlah yang seafood punya. Pelayan dia akan masakkan atas meja depan kita sendiri. Pastu banchan self service kena ambik sendiri kat kaunter banchan.

Sebab pertama kali makan, aku tak tahu yang setiap restoran sini akan menghidangkan plain water free of charge. Berais lagi tu...

Jadi aku pun menonong jer order Pepsi. Bazir sikit tapi tetap duit keluar tu..

Menumis bawang dan sayuran dulu, macam boss jer aku dok nengok orang masak depan aku
Dah sebati, baru masukkan nasi kemudian gaulkan rata
Jadilah begini, siap untuk dimakan
Verdict, memang sedap. Habis licin pinggan tu aku buat..

Perut dan kenyang, duduk pun dah tak dapat tegak aku decide balik terus ke hostel. Jalan-jalan tengok jer area Myeongdong tak lalu nak shopping. Naya baru hari pertama terus nak membeli-belah. Tak pasal-pasal last day nanti aku terpaksa mintak derma pulak dari orang ramai.. fuh.

Singgah kat Deli Manjo sebelum balik hostel
Balik hostel tak buat apa-apa sangat terus masuk tido. Awal lagi sebenarnya tapi entah rasa letih melampau pulak aku. Tengok katil yang lain semua berpenghuni memang full house bilik ni. Yang bagusnya semua nampak respect pada penghuni yang lain. Tengok ada orang dah tido, yang masih berjaga pegi tutupkan lampu dan gunakan torchlight cari barang dalam beg. Berborak pun macam berbisik takut mengganggu orang tido.

Basically, tu jerlah untuk first day. Next sambung hari kedua pulak..


5 comments:

  1. Gambar ko semua main zoom, macam aku di Myeongdong pula sekarang ni. Kejam! Lambat lagi next trip to Seoul. Jan next year huhu. Mau tidur & wake me up when Dec ends gitu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejamlah sangat aku ni kan, hehe..

      Ko datang sini lagi nanti, terbaik gitu!!

      Delete
  2. Ohh..Yoogane..haruslah mkn di sana nanti pastu tunjuk gambar sama Bie kasik jeles sbb dia pegi lepas JM balik..nampak x busuk hati di situ...Bie..i gurau je tau

    apa nama hostel yg LD stay tu..dh mention dalam entri sebelum ni or belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, dah tau JM nak jejak Seoul lagi nanti err..:)

      Ohh.. hostel belum mention lagilah JM. Tengah tunggu giliran untuk dipublish entri..

      Delete
    2. JM busuk hati! Hahaha dah tau memang nak gi Seoul hujung tahun ni. Dapat grab promo murah Nov tu ke? Hihi xpelah, masa JM gi Seoul nanti saya block blog JM buat sementara waktu hahaha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...