Assalamualaikum..
Gigih sebenarnya aku hari ni pegi melawat temple-temple yang ada di Bangkok. Salah satu yang menarik minat aku adalah Wat Pho ataupun lebih glemer dengan nama Reclining Buddha.
Ala, patung Buddha yang terbaring cantik jer tu..
Aku nak tengok dengan mata kepala sendiri sebesar manakah patung berbaring tu. Baru ummph orang cakap..
Sebab aku balik dari Grand Palace, aku jalan kaki jer mencari Wat Pho. Kalau cuaca tak panas, agaknya boleh enjoy berjalan kaki.
Tapi ditakdirkan hari tu panas tahap gaban, aku berpeluh melekit segala macam mak nenek tak selesa. (Ayat over menggambarkan betapa berpeluhnya berjalan)
Kalau naik boat boleh jugak sampai. Wat Pho ni kat perhentian Pier No.8 (Tha Tien Pier). Turun keluar dari jeti cuma perlu jalan sikit jer akan sampai kat sini.
Sebab tujuan aku nak lihat-lihat jer, layan gambar jerlah yer. Tak pandai aku nak explain bagai tempat ni.
Tempat ibadat orang ni, jadi selain dari tu tengok-tengok jerlah..
|
Ada tanda jalan jadi tak susah mana nak ke sini. |
|
Dari luar dah nampak bangunan temple di dalam |
|
Yang ni, aku masuk sebab murah jer, hihi |
|
Penat meronda, berehat di pangkiran |
|
Ketelitian senibina kat sini |
|
Agaknya cuaca panas cenggini payung ni handy |
|
One of the temple building |
|
Sami-sami banyak berkeliaran |
|
Perempuan khusyuk beribadat |
|
Gigih betul diaorang ukir benda ni |
|
Kat sini aku masuk tengok Buddha terbaring tu |
|
Tu dia!! Nak sangat aku tengok.. |
|
I've been here |
Puas hati dah tengok apa yang aku nak, aku keluar dari situ. Ingat nak terus balik hostel jadi aku pun jalan kaki balik ke jeti No.8 tu.
Sampai ke jalan nak masuk ke jeti tu, mata aku terpandang kat satu stall belah kanan. Aih, ada makanan halal...
Happy melonjak kegembiraan tak peduli kiri kanan terus ambik port duduk.
|
Halal stall betul-betul kat luar jeti No.8 belah kiri |
|
Kalau dari pandangan stall tu, naik tangga tu terus masuk ke jeti tunggu bot |
|
Ahh, Chai Yen berais buat menghilangkan haus waktu panas terik |
|
Ni Somtam tapi orang depan aku yang punya. Aku buat muka tak malu minta ambik gambar sebab nampak sedap |
|
Ni baru aku punya Seafood Pad Thai. Harga 60baht sepinggan. Rasa pulak boleh tahan sedap walaupun nampak dalam gambar portion sedikit |
Kenyang perut semua baru aku boleh fikir dengan jelas lagi. Tengok jam nak dekat pukul 4 petang, aku decide balik terus ke hostel. Malam nanti baru keluar lagi hajatnya nak ke MBK,tengok muay thai free show.
Untuk makluman, nak tengok muay thai show yang free, depan MBK ada buat hari Rabu sahaja bermula 6.30petang. Hari lain takde. Kalo teringin jugak nak tengok, banyak lokasi lain show ni cuma tak bestnya kena bayaarrr..
Haruslah sebagai orang normal nak ambik yang free kan walaupun aku bukanlah penggemar tegar tengok manusia berlawan sama sendiri.
|
Kalau lepas makan masih jugak panas tak kebah, boleh beli cool towel ni |
|
Wat Arun dari seberang jeti |
Balik dari temple hopping, aku terus ke hostel untuk merehatkan diri. Sampai bilik tengok katil atas aku ada orang. Tanpa berkenalan, aku terus membebel dengan budak perempuan tu cerita kat dia pasal aku almost terkena pagi tadi dengan Gem Scam.
Fikir balik, memang tak sopan lansung...hihik
Yang bagusnya, budak perempuan tu dengar jer pastu siap console aku lagi. Buat muka tersengih macam kerang busuk, baru aku memperkenalkan diri. Nama budak tu pulak, Kelsie. Rupanya, dia baru jer touch down Bangkok dari Belanda nak memulakan misi berbackpacking. Agaknya masih jetlag lagi kot, mesti dia pening dengar aku macam radio mengomel entah apa-apa kat dia.
Kan aku plan malam nanti nak keluar balik pegi MBK. Kelsie tanya pastu cakap dia nak join. Aku pun okeylah, ada kawan tak bosan.
Rupanya langit tak selalu cerah. Target pakai bas awam nak ke MBK tapi tunggu dekat setengah jam bas tak muncul-muncul. Kalo ikutkan hati aku memang nak tunggu lebih lama lagi sebab bila tanya local kat sebelah, diaorang cakap memang kami tunggu bas kat tempat yang betul.
Tengok muka Kelsie pulak, dia cakap dia lapar tak makan sejak turun dari flight tengah hari tadi. Kesiann, aku pun decide untuk dropkan plan aku malam tu jadi kami pun terus ke sekitar Khao San Road mencari makanan.
|
Khao San Road waktu malam |
|
Pad Thai lagik, tapi aku tak beli yang ni sebab ada ciri-ciri non halal. Kelsie yang beli. |
Basically, malam tu tak buat apa-apa. Lepas makan, kami berdua strolling jer ikut kaki melangkah dan lepak-lepak tepi sungai berborak.
Balik ke hostel terus aku tido kepenatan.
Menangis dalam hati tak pegi tengok orang bermuay thai. Takpe, akan aku cuba lagi next time datang Bangkok..
LD Ni dalam kategori peramah mudah bergaul dgn org..mana2 destinasi dia pegi mesti dapat kawan baru...adakah sbb kalau travel solo tak leh sombong2..JM ni lak segan nak tegur kalau org tak kenal....tapi bila dh kenal ..borak tak leh nk stop :-)
ReplyDeleteBila agak nga leh jumpa LD di alam nyata mesti cute :-)
Umm.. dulu memang pendiam habis nak berborak pun takut. Agaknya travel solo ni mengajar saya untuk jadi lebih friendly kot..
DeleteInsyaallah, ada rezeki boleh jumpa kat dunia nyata kan JM..
Saya ni bolehlah tahap 30series punya cute, hihi.. Tq JM:)