Pages

Monday, 6 January 2014

Sedetik di Rumah Panjang

Alhamdulillah, tahun baru 2014 menjelma dan bersyukur sangat masih dipanjangkan umur untuk bernafas dan melihat dunia. Tahun baru maknanya umur pun makin bertambah, diri semakin tua, anak-anak semakin membesar dan pejam jelik nanti tiba-tiba tengok cepat masa berlalu.

Ini sebenarnya entri tahun lepas waktu ada masa rehat di pejabat bawak pegawai dari Semenanjung untuk menyinggah di satu rumah panjang yang berdekatan dengan bandar. Walaupun aku orang Sarawak, tapi tak pernah jugak jejak kaki ke sini.

Rumah panjang merupakan tempat kediaman suku peribumi Sarawak especially Iban dan Bidayuh. Sebab aku tak arif sangat, jadi kalau nak tahu lebih lanjut, klik Longhouse.

Perjalanan tak lama sebab pilih nak pergi ke rumah panjang terdekat dan dalam 15 minit dah sampai. Sebelum tu, dah bagitahu salah seorang penghuni rumah tersebut yang berkawan dengan rakan sepejabat aku jugak harapnya diaorang tak terkejut tengok kitaorang tiba-tiba terjongok depan pintu diarang.

Sampai dah..
Ruang di dalam. Boleh nampak ada pintu-pintu di sebelah kanan yang mewakili sebuah keluarga untuk setiap pintu
Makcik-makcik membuat aktiviti senggang waktu pagi


Rumag ni tak silap ada 26 buah pintu jer. Inipun kira sedikit kalau nak dibandingkan dengan rumah panjang yang lain terdapat kat Sarawak
Lambaian selamat jalan ikhlas dari makcik ni..
Dari jalan utama mula masuk ke simpang jalan dah tak elok

Tetiba aku rasa beremosi pulak bila melihat depan mata kehidupan diaorang yang aku tak terfikir sebelum ni. Walaupun dalam bandar tapi jalan nak masuk ke dalam tak berapa baik, banyak lubang di kira kanan jalan. Penghuninya sangat peramah dan terasa sangat kita dilayan berlebihan walaupun kita bukan sapa-sapa. Kehidupan yang tenang dan tak serabut walaupun tak mewah buat aku terfikir betapa aku jarang nak bersyukur dengan apa yang aku ada.

Sangat singkat masa yang kitaorang ada tak sampai sejam pun tapi kesannya sangat besar buat aku. Jadi, motifnya tahun baru ni aku berazam untuk jadi manusia yang sentiasa bersyukur, tak nak berfikir banyak sampai stress dan kurangkan mengeluh. Boleh capai ke tak, insyaallah..


5 comments:

  1. Rumah panjang...tak penah gi tgk lagi...ooooh..org Sarawak rupanya..kalau ke Swak boleh cari LD lah nih :-)

    Kiranya ruang panjang. mcm lalauan tu masing2 boleh leapk2 borak sambil buat kerja kan...lebih mesra kan mcm ni..nak buat kenduri pun best..

    Aha..azam tu boleh tercapai kalau ada disiplin dan janji pada diri sendiri..aku boleh buat...aku boleh buat.. :-)

    ReplyDelete
  2. hehe..boleh jer kalau JM nak datang, saya sambut dengan tangan terbuka..:)

    ReplyDelete
  3. Rumah Panjang.. tak pernah masuk yg asli.. pernah try masuk yg sample jer itu pun kat sabah huhuhu.. nanti nak kene datang sarawak untuk discover tempat best untuk dairy sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, datang ke belah barat Sarawak pulak nanti. Memang okay kalau pergi rumah sebenar tengok kehidupan harian penduduk kat situ..

      Delete
  4. kita dah sampai SIBU.

    Teringin nak masuk umah panjang ... tapi tak termasuk jua... sebab tak ada orang nak bawak...

    hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...