Pages

Saturday, 25 January 2014

Mendung di Kuching Waterfront

Assalam..

Aku kerja kat Kuching lama jugak tapi biasanya pergi kerja balik kerja rumahlah jawapnya. Boleh dihitung tak sampai satu tangan aku berlepak-lepak kat Waterfront ni.

Waterfont Kuching

Jadi satu hujung minggu tu aku singgah kat sini sebab nak temankan adik ipar beli barangan souvenir Sarawak untuk dibagi kat kawan-kawan kat Semenanjung. Disebabkan hujung tahun selalu hujan, jadi cuaca memang mendung jer sepanjang hari.

Barangan sovenir ada jual kat dalam ni
Antara barangan tradisional untuk dijual
Ikut tekak aku memang aku suka makan tebaloi ni
Lada Sarawak yang dikomersilkan
Banyak jer kedai-kedai sepanjang jalan ni berhadapan dengan waterfront

Alang-alang dah sampai sini jadi kami pun ambik kesempatan merasa naik perahu tambang dari Waterfront pergi ke kampung seberang. Aku dah pernah naik tapi adik ipar yang tak pernah kesian jugaklah kat dia, hehe.. Tambang pun okay sahaja RM1 seorang one way walaupun harga dah meningkat sejak last time aku naik dulu. Tak lama pun kurang dari 2 minit pakcik tu mengayuh dah sampai ke seberang.


Pakcik yang mula-mula segan tutup muka :)
Rilek jer dia mendayung, cuaca pun mendung sendu jer
Antara view boleh tengok kat waterfront ni



Dah sampai, orang lain pulak nak naik
Boleh percaya tak dengan safety jacket ni


Kalau kat kampung seberang tarikan utama adalah kek-kek lapis Sarawak yang banyak dijual. Ada jugak foodcourt untuk sapa-sapa yang rasa haus dan lapar lepas pilih kek tapi rasa aku tak tahu sebab tak pernah cuba. 



Di waterfront ni aku tengok ramai jugak orang datang lepak-lepak, ada yang jalan-jalan berlenggang ambik angin, ada jugak orang macam aku saja datang nak tengok orang, keh keh keh..

Tebingan sungai Sarawak ibu pertiwiku, chewahh..
Selain tu, ada jugak cruise ship package untuk sapa-sapa yang berminat menyelusuri sungai Sarawak sama ada melalui cruise ship (macam mewah jer bunyi) atau pakai bot penambang. Semua ada kat kaunter tebingan sungai tinggal nak tak nak jer.

Trylah naik sekali perahu tambang ni
Kalau ada datang Kuching tu bolehlah singgah-singgah waterfront ni. Cuba jalan kaki dari satu hujung ke hujung yang lain. Confirm boleh mengurangkan kolestrol badan, aku jamin. Boleh jugaklah cuci mata tengok bandar Kuching dari view pejalan kaki.

**Statement mempromosi tempat sendiri, yelah kan kalau bukan diri sendiri sapa lagi, hehe..
 








4 comments:

  1. Alllaaaa...pak cik ni malu2 pulak tau..ini mau kasi masuk dalam internet ma..kasi glamour heee

    Mesti dah puas mkn kek lapis sarawak kan..kami di semenanjung ni kempunan je kek tu..

    Psst..mana alamatnya..mau antar ole2 nih :-)

    ReplyDelete
  2. haha.. nanti kalau JM nak bagi alamat yer. boleh jer saya kirim kek lapis orang Sarawak..:)

    ReplyDelete
  3. Tabaloi tu tetiba teringin nak rasa pulak hahahahaa :D
    Seronok naik bot mcm ni murah pulak tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... boleh kat tempat saya ni ada banyak tebaloi. Meh bagi address, saya kirim..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...