Sebelumnya aku nak listkan antara blog-blog orang yang aku skodeng untuk menjadi rujukan aku untuk ke Macau:
Supermeng Malaya, Jari Manis, Shah-rule & Kaki Berangan
Macau Museum:
Museum ni aku dah sampai tapi tak dapat masuk sebab pegi salah hari. Operation hours dia aku ada letak kat sini. Sapa-sapa yang minat nak tahu culture tradition, sejarah atau gaya hidup serta benda-benda berkaitan dengan Macau bolehlah jengok kat sini. Tak jauh pun dari Ruins of St.Paul's cuma kena naik tangga sikit jer lagi.
Macau Mosque:
Sebelum pegi hari tu beria-ria hati aku masukkan masjid ni dalam list wajib pegi. Bila dah sampai, planning entah ke mana aku terus tak sempat jejak kaki ke sini. Since Muslim merupakan golongan minoriti jadi masjid dan kawasan perkuburan pun ditempatkan sekali kat sini.
Macau Giant Panda Pavillion:
Aku tak tahulah kenapa tapi automatik level jakun tu naik kalau sebut panda. Tulah pasal ada frust sedikit bila tak jejak kaki ke sini padahal senang nak reach via public bus. Tempat ni terletak kat Coloane dan entrance fee kalau tak silap adalah MOP10 sahaja.
Last day tu aku dah tak kemana-mana lagi except pegi cari makanan jer. Overall belanja kurang RM400 tak termasuk tiket flight. Part tido memang dah free, transportation pulak most of it free, jadi duit untuk entrance fee dengan makanan jer. 2 hari aku tinggal luggage kat kaunter bayar MOP160 (RM64). Souvenier aku beli fridge magnet jer asal cukup syarat ada kenangan. Rasanya tu jer kot belanja aku kat sini.
Banyak orang memilih untuk daytrip jer ke sini kalau destinasi asal adalah Hong Kong. Aku pulak dah sampai sini automatik mood berjalan jadi kurang bertukar menjadi nak senggang jer. Memang tak untung lansung kalau ada orang lain ikut. Boleh jer aku ronda-ronda bandar, taman dan laluan pejalan kaki ambik angin tak buat apa-apa selain tengok ragam orang jer. Tapi begitupun aku tetap puas rasa macam tak ingat segala masalah yang ada di tempat kerja. Kalau ikutkan tempat nak pegi mungkin tiga empat hari akan cukup untuk cover, memaksa aku untuk considerkan trip repeat ke sini. Alahai, tunggulah kalau ada rezeki dan umur panjang impian terjun dari Macau Tower akan tertunai, insyaallah..
Fighting walaupun tak kuat.. |
Finally kapal balik KL datang.. |
Kebulur nak makan sedap.. |
Memang sedap!! Antara favourite food to order kalau naik AA |
Ni je lah yang aku beli. Fikir balik sekarang macam nyesal tak beli banyak hari tu. |
Hoyee...nama JM ada terslit di situ..terima kasih kerana sudi jadikan blog JM sbg guidlline :-)
ReplyDeleteHai..ada misi repet nampak bila ada beberapa tempat tak sempat nk terjah tu :-)
Blog JM memang tempat rujukan utama sebab information pegi kat satu-satu tempat tu detail giler. Tabik kat JM, hehe..
DeleteMacau... tempat idaman kalbu nak pi sana :D
ReplyDeleteKak JM kalau nak repeat kita nak ikut sekali hahahha ..
Kesian pulak dah sampai museum tak boleh masuk... hurmm kene buat study elok2 senlum pi ni..
Kesian tapi padan muka kat diri sendiri. Selama ni studi tempat berjalan pun main agak-agak jer, tak pernah nak betul-betul..;)
DeleteBaru perasan FM yg ada thermometer tu memang famous.. dah terjumpa 4-5 kali kat fridge rumah orang hehehe.. :D
DeleteMakanan dalam Airasia tu nampak sedap.. jarang beli tapi biler orang sebelah dah start makan.. itu kadang2 tergoda terbeli jugak hahahaaa :P
Aha, pilihan FM yang ada mostly ada thermometer tu. Makanan tu memang sedap, tambahan bila cium bau orang sebelah makan, lagilah nak beli..:)
DeleteSalam Perkenalan Lady Dreamer,
ReplyDeleteBest baca pengalaman LD kt Macau, mcm boleh try tiru..terutama bab tido kt airport tu...menarik idea tu, sebab yg paling utama FREE la kan...
Salam kenal Ain:). Sebenarnya hati agak cuak jugak tapi fikir hotel kat situ semua mahal-mahal memang tak berbaloi untuk saya. Tengok time saya tu ada jugak orang lain tido kat situ selamba jer:)
ReplyDeleteAku gi Macau haritu balik hari. But ferry balik HK malam tu super terambing sebab ada typhoon. Gi musim hujan merasalah. Kat Macau lak kejap hujan, kejap panas. Tapi memang puas hati as banyak tempat aku dapat cover. Before pegi tu ada buat research psl halal food, alhamdulillah dapat tau ada 1 di The Venetian. Cuma kedai yang dalam list tu dah xde, sibaik jumpa Indian outlet kat foodcourt. As for hostel, memang gov diorang xbagi dah any cheap hostel operate kat Macau since 2011 xsilap. Takut hotel2 lain rugi kot.
ReplyDeleteBibie punya daytrip memang worth kan.. Next time kalo nak repeat sini ingat nak ikut style tu jugaklah, :)
DeleteOo.. begitu rupanya. Patutlah masa cari accommodation sini punyalah tak jumpa bawah RM200. Nasib baik otak aku berfungsi dengan betul fikir option tido kat airport.