Pages

Thursday 14 November 2013

Macau: Part 03 - Senado Square & Ruins of St. Paul's

Assalam..

28 Oktober 2013:

Hari pertama aku sampai tu aku tak nak berlengah-lengah kat airport lama-lama. Motif utama nak terjah tempat tarikan yang popular kat sini apalagi kalau bukan Senado Square dan Ruins of St. Paul's. Lepas tinggalkan bag kat kaunter di airport, aku terus gerak keluar pegi tempat tunggu bas. Sampai kat situ mata aku tertangkap free shuttle Wynn Hotel jadi aku pun bergegas naik. Dekat situ ada jugak public bus dan teksi tapi mestilah kita ambik yang paling menjimatkan sekali ye tak. Dahlah tak bayar, condition dalam bas pun okay beraircond. Bas ni akan berentikan orang kat depan hotel diaraang sendiri. Mestilah kan, apa pulak nak ambik penumpang tapi berentikan depan hotel orang lain, kan ke rugi pulak..

Deretan bas menunngu penumpang, pilih jangan tak pilih.
Sampai depan Wynn hotel, mula-mula agak blur juak tak tahu nak kemana. Pastu nampak building Grand Lisboa (bangunan belah atas bentuk macam nanas) aku aim jalan ke situ. Sampai situ pulak, aku hilang arah lagi tak tahu nak kemana. Nampak sorang polis meronda ni aku pegi tanya dia. Ooohh, dia cakap "dah tak jauh dik, jalan terus jer dari sini lagi 5 minit macam tu sampai lah..". Hehe, siap aku translate sendiri lah kan dia panggil aku adik.

On the way ke Wynn Hotel dalam free shuttle, preparation for Macau Grand Prix beberapa hari lagi..
Kediaman orang kat sini macam low cost apartment jer..
Dah nak sampai..
Tu dia Grand Lisboa, kena lalu underground tunnel kalau nak menyeberang..
Sekali dengan dia punya kasino..
Ni hotel Wynn, aku sempat masuk nak pegi toilet dia. Bolehlah perasan kejap jadi orang kaya..
View Wynn dari arah seberang jalan
Jalan terus lagi..
Cantik jer kereta tu kan.. sempat aku berangan siang-siang..
Tunggu traffic light tukar colour hijau..
Nampak Pizza Hut ni, confirm kita berada di jalan yang benar..
Tengok building ni, toleh belah kanan dah sampai dah ke Senado Square, tak susah kan..
Sampai kat Senado Square tu, adoi!! banyak betul orang-orang kat situ. Aku jalan-jalan merayau kat situ pastu duduk kat bangku kosong sambil perati orang. Memang takda kerja lain kan...

Lepas tu aku nak pegi Ruins of St. Paul's pulak. Jalan-jalan berlenggang sambil enjoy view memang tak jauh pun ditambah pulak ada direction confirm takkan sesat.  Tak pandai sangat cerita, layan gambar jelah yer.

Ada direction, tinggal pilih jer nak kemana..

Aku mesti nak ambik gambar ni, dimimpi-mimpi dari rumah nak ambik..
Selamba jer pakcik ni perah kain tuala kat situ pastu guna lap muka
Ada kedai ala-ala Guardian versi diarang..
 
 
Salah satu church yang ada kat situ
Mula-mula nampak ingat nak masuk, sabar... remind diri datang bukan nak shopping duit tak bawak banyak
Pastu, lalu pulak kedai ni, favourite perfume tu..Hati kuat lagi masa ni..
 
Nampak ni, terus masuk tengok apa yang ada
Padahal sama jer air kan, nak jugak ambik gambar.. Haus betul time ni..
Budak-budak balik sekolah..ke jalan-jalan..
Banyak betul manusia kat sini, nasib baik cuaca tak panas sangat..
Dari jauh aku dah nampak, yea!!!
Sikit lagi nak sampai..
 
Aku dah berjaya sampai, hati berlagu riang..
Seronok tengok ahjumma-ahjumma ni khusyuk betul dengar explaination dari guide diaorang
Dari depan cantik jer, tengok dari belakang ada banyak penahan takut nak runtuh kot..
History church ni..
Selesai tu, hajat nak pegi sini pulak..
Ada patung ni aku tak ingat apa ntah, lupa..
Tangga-tangga kejayaan, pwweehhh..
View Macau dari sini..,
 
Bukan main lagi aku excited nak masuk tapi..
 
Wrong timing betul lah, aku datang ni hari isnin tak bukak pulak..
orang lain ambik, aku pun nak ambik jugak gambar ni, heheh tak malu..
Fokus jer makcik ni buat kerja
Banyak jer pekerja macam ni nak iklan tempat makan diaorang..
Watson pun ada!! Agak-agak membercard Watson aku tu laku tak kat sini, umm...
Lorong kedai-kedai jual barang murah
 
 
Sempat singgah masuk dalam Grand Lisboa nak tengok suasana dalam
Ada jugak bisnes naik beca pusing-pusing bandar tapi aku tak tanya pulak berapa
On the way balik dari kawasan tu aku lalu dan spot satu stall icecream tengok sorang lelaki kerja kat situ. Aku ingat baca dalam  blog Kaki Berangan ni ada gambar kedai icecream tu except pekerja lelaki tu lebih cute dari yang dalam gambar, hiks hiks... Perut aku pulak lapar aku terus pegi tanya dia kalau-kalau dia tahu ada makanan halal dekat-dekat situ. Nak makan icecream kedai dia aku tak ada keinginan waktu lapar begini. Dia jawab ada just jalan terus dari kedai dia pastu belok kanan. Nama kedai tu Hot Kebab. Aku pun senang hati ler dapat info tapi sampai ke sudah aku tak jumpa-jumpa kedai dia cakap tu. Penat sangat pusing satu tempat tu sampai aku giveup. Jadi kalau-kalau korang pernah jumpa atau makan kat kedai ni sila bagitahu yer. Curious pulak aku fikir balik dia salah bagi direction ke atau aku ni memang tak pandai nak cari.

Aim utama aku datang sini sebab building tinggi tu..
Hari dah nak senja, perut aku belum terisi makanan heavy lagi sejak dalam kapal terbang pagi tadi. Dengan semangat yang kuat aku berjalan-jalan mencari restoran halal yang aku jumpa kat website Zabihah. Sepanjang jalan kaki tu aku lalu sepanjang waterfront yang panjang dan dapat tengok manusia berehat dan mengambil angin kat situ.

 
 
 
 
The philipinos with the undertakers
MGM, salah satu hotel dan kasino tekenal bersebelahan dengan Wynn
Mula-mula aku agak okay berjalan-jalan tapi perut aku makin lapar aku jadi tak larat. Tengok ada McDonald pastu kedai-kedai seafood buatkan aku makin tak sabar nak sabar nak makan. Tau apa yang jadi, setelah merentasi jalan yang panjang dan bangunan yang berderet-deret finally aku jumpa kedai tu, Taste of India. Masalahnya adalah kedai tu tutup pulak. Apalah nasib aku hari ni. Tempat-tempat yang aku nak pergi semua closed. Tapi lepas tu cepat-cepat aku berisgtifar tak baik nak mengeluh begitu padahal benda kecik jer. Aku pegi tunggu mula-mula ingat dia bukak lambat sikit tapi tengok hari dah nak gelap aku angkat kaki pegi dari situ. Nak tanya orang aku tak jumpa pulak orang yang boleh ditanya sebab kedai ni tersorok sikit dari jalan besar. Sudahnya, aku patah balik ke Wynn hotel tunggu shuttle balik ke airport. Sampai airport aku dah lapar sangat aku pegi McDonald beli sayur salad diaorang. Bolehlah untuk isi perut sampai pagi esok. 


Menunggu shuttle balik ke airport

4 comments:

  1. kedai ais-krim ape ye? tak ingat pulak ade mention beli ais-krim kat macau ni. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh, tengok gambar yang Henry ambik ada satu kedai Turkish Icecream kat area tu cuma pekerja jer orang lain..

      Delete
  2. Byk berjalan tu sampai ke Macau Museum..nak tergelak tgk gelagat pak cik dan botol air oren tu..desin dia lain dari msia kan...lebar semacam je nampak unik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat lagi yang ingin nak pegi tak sempat nak cover time tu. Memang time tu rasa air tu sangat sedap Siap beli 2 lagi tu, :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...