Pages

Sunday, 28 July 2013

BCCK: Buffet Ramadhan

Nampaknya kali ni aku pegi berbuka puasa di luar lagi. Tempatnya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Cuma kali ni abang aku pulak yang belanja. Memang teringin nak kesana since dengar orang kat ofis cakap iftar kat situ best. Excitedlah pulak nak tahu apa yang bestnya. Pergi kali ni bertiga termasuk kakak aku. Dewasa rm75 seorang. Phewh, nasib baik bukan aku yang keluar duit. Terima kasih bebanyaklah kepada abang aku yang belanja tu.

BCCK dari luar
BCCK ni terletak kat kawasan Pending. Sesuai dengan namanya memang besar tempat ni cuma area dia secluded sikit. Sampai sana awal sikit jadi sempatlah aku nak berjalan-jalan tengok sekitar tempat tu. Macam biasa, tengok menu-menu yang ada dulu sambil ambik gambar. Bila masa berbuka, takda masa nak buat semua tu dengan dewan yang pack banyak orang. Yang bestnya tempat ni sangat spacious tak macam Margherita hari tu. Jarak antara meja ke meja agak besar dan decoration kat dewan serta ambiencenya sangat menyenangkan. Waiternya pun cepat jer respon tengok gelas dan pinggan kosong terus clearkan dari meja.
Bagi aku memang puas hati berbuka kat sini. Aku ni penggemar udang tegar, jadi perasan menu udang dia memang tak lokek diaorang taruh prawn banyak-banyak. Aku bagi 5 star kat situ, heheh..

Dari semua makanan yang ada kat situ, apa yang aku ambik cuma kat bawah ni jer. Memang nampak sikit tapi dapat merasa hampir kesemua menu yang ada kat situ. Alhamdulillah..
1st round: kurma, prawns, chicken, seafood lasagna n beef lasagna
2nd round: cucur udang n char siew chicken
3rd round: shawarma pita bread
4th round: mee hoon belacan
5th round: desserts, fritter n keropok
6th round: lamb roasted
7th round: sates...
Actually aku makan sampai 8 round. Yang last tu pulut mangga tapi lupa ambik gambar sebab dah full giler kot. Sampai rumah baru nak rasa menyesal makan macam tu sekali. Adoi!! there goes my diet.. uhuk uhuk..

Wednesday, 24 July 2013

Macam Macam Ada di Margherita Hotel

Sekali lagi pegi berbuka puasa di hotel dalam minggu ni. Kali ni kakak aku dapat kupon berbuka puasa di Margherita Hotel dari company dia. Jadi, Sabtu lepas kitaorang pun pegi sana untuk menikmati juadah berbuka yang menggunakan tagline "Macam Macam Ada". Kalau nak beli sendiri mahal giler dia punya rate. RM93+ untuk dewasa dan untuk children aku tak ingat. Jadi excitement untuk merasa foods yang ada kat hotel mahal tu sangat tinggi jugaklah selain nak mengetahui "keberbaloiannya" makan dengan rate yang mahal. Buffet ramadhan kat hotel ni bermula pukul 6.30 petang sampai 10 malam.



Sampai kat situ dah agak lewat ngam ngam waktu berbuka jadi aku pun mencarilah makanan dulu nak dijamah. Nak kelabu mata tengok makanan banyak sangat tak tahu apa nak diambil. Memang rasa dalam food heaven..


Chef ni memang import dari Cambodia untuk promotekan makanan diaorang
Vietnamese Spring Roll
View ADUN dari hotel
Since aku dah set awal-awal jangan ambik portion banyak sangat untuk makanan, jadi aku nak try semua kat sini dengan kuantiti yang sedikit. Hasilnya, aku berjaya merasa almost 90% makanan kat situ. Kira berjaya jugaklah mission aku ni except kambing kat arab foods sebab aku memang tak minat lamb dan makanan jepun dia macam tak menarik.

Disitu ada jugak stesen BBQ yang sedap dan stesen Vegeterian yang gambarnya aku tak ambik pun sebab ramai sangat orang pastu sendiri sibuk nak makan.Pulang dari situ dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah...


Tuesday, 16 July 2013

Break the Fast di Regency Rajah Court


Hari ni dah 7 hari berpuasa. Semalam buat first timenya puasa tahun ni aku pegi berbuka kat luar dengan kakak-kakak dan abang aku. Memang takda plan lansung tapi since aku rasa hati tetiba nak makan mewah sikit (amboi...) aku pun ajak diaorang pegi kat satu hotel ni. Cari punya cari aku jumpa hotel Regency Rajah Court yang nampak menarik jadik aku pun siap booked untuk 4 orang. Menariknya sebab harga yang agak murah sikit compare to hotel-hotel yang lain di Kuching ni iaitu RM48 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Stail dia adalah buffet dari 6pm sampai 9.30pm.

Since waktu berbuka pukul 6.54pm, jadi kitaorang gerak dari rumah dalam pukul 6 petang. Ingatkan ngam ngam sampai terus berbuka taklah tunggu lama sangat kat situ menghadap makanan yang nampak menyelerakan. Tapi, abang aku bawak laju sangat kot atau jalan tak berapa jammed, jadinya kami sampai situ 15 minit kemudian padahal normal duration nak dekat 25 minit jugak. 

Aku tak pandai sangat history tapi yang aku tahu nama hotel ni diambil sempena founder dan pemerintah Sarawak yang pertama iaitu Charles Brooke. Masuk kat dalam restorannya akan nampak gambar-gambar Brooke's guy ni dipampang kat wall dia. 

Disebabkan aku lebih sibuk nak mencuba makanan, jadi tak banyak gambar makanan yang aku ambik. Nak ambik lepas makan pun dah tak best sebab dish dah kena kacau. 

 
Decoration at every table, nice purple
Area makanan berasaskan kerabu
Ulam-ulaman, tapi aku tak makan pun dah full sangat
Its Jelly!! yum yum
Inilah dia muka one of the Brooke's family
Overall, makanan dia sedap dan mostly adalah citarasa melayu dan masakan kampung. Cuma sedikit western food disediakan tapi itu bagi aku pun dah cukup. Pelayan diaorang pun okay sentiasa tersenyum serta cepat respond dengan customer. Cuma, surau dia takde telekung jer. Dengan harga yang dikenakan, aku rasa berbaloi jugaklah kalau sesekali nak merasa bukak puasa kat hotel. Kalau teringin nak ke sana buffet ni akan berlanjutan sampai 4 Ogos nanti. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...