Pages

Saturday, 10 January 2015

Saigon: 02 - Cu Chi Tour

Assalamualaikum...

Hari kedua di Ho Chi Minh, i'm fully ready to learn further about Vietnam War.

Aku pegi booked Cu Chi tour dengan satu kedai travel agent ni. Bayar 6usd tak termasuk entrance fee. Untuk entrance fee kena tambah bayar 90k dong.


Bajet bajet nak pegi kelas sejarah tingkatan 5 dulu, tapi sebelum tu kena isi perut dulu.

Tukang masaknya bebudak lelaki, simple tapi mengenyangkan..
Kalau ikut tour yang aku ambik, janjinya pukul 8 pagi ke 8.15 pagi. Aku kemain bersemangat dok menunggu depan pintu hostel tu sebelum pukul 8. Alih-alih nak dekat pukul 9 pagi jugak baru bas tu nampak muka.

Tour guide tu keluar dari bas pastu dengan manisnya mintak maaf sebab dorang kena tunggu sorang tu yang lambat. Takpe, aku maafkan, hehe..

Pagi-pagi dah meriah dengan penjual-penjual
Akak jual apa tu?? 
Naik bas aku tengok adalah dalam 15 orang macam tu. Kecik jer basnya selesa. Tour guide kami ni namanya Mickey. Sangat talkative dan funny. Perjalanan panjang tak terasa sebab aku khusyuk dengar dia bercerita dan buat lawak.

Ada satu part bila Mickey tau aku orang Malaysia, dia cakap dia teringin nak jadi rakyat Malaysia. Tau sebab apa?

"Sebab kat Malaysia saya boleh kahwin sampai empat orang. Sapa yang tak nak kan..." (sambil ketawa berdekah-dekah)

Cis, tu jer yang dia fikir. Tapi aku tak terasalah sebab tahu Mickey cuma bergurau jer. Dia pun cakap sebenarnya sorang pompuan pun dah cukup untuk dia. Ok, thats all..

Dalam bas ni selain aku, ada sorang abang ni jer orang Malaysia. Dia pun jalan sendiri jugak dari Penang. Pekat giler loghat utaranya sampai aku susah nak tangkap. Takpe takpe, kita satu Malaysia aku buat-buat faham supaya boleh jadi geng pegi tour ni, :)

Mickey....... Mouse???
Sebelum sampai ke Cu Chi tunnel tu, bas berenti singgah kat satu pusat kraftangan selama 20 minit. Namanya Handicapped Handicraft, tempat mangsa-mangsa Vietnam War dulu mempamerkan hasil kerja seni mereka untuk dijual. Ada jugak kedai minuman untuk sesiapa yang dahaga..

Aku... umm main tengok dan ambik gambar jer. Kagum jugak dengan hasil kerja dorang tapi aku tak mampu nak beli.

Memerhati salah seorang pekerja membuat kraftangan
Unik dan kagum aku dengan hasil ni..
Overview dalam pusat bekerja
Akhirnya, aku tak ingat pukul berapa bas pun sampailah ke Cu Chi Tunnel ni. Excited aku nak meronda tempat ni. Berapi-api gitu nak masuk dalam terowong sempit, hehe..

Abang Penang dan member group lain menunggu Mickey.. 
Selepas Mickey menguruskan pembayaran masuk kat kaunter, kami semua berbondong-bondong mengekor dia masuk ke dalam kawasan tour. Syok bila dalam group yang tak berapa banyak orang ni. Fokus nak menghayati tour tu lebih tinggi, hiks..

Abang Penang tu tanya, "Haih, tiket masuk pun nak ambik gambar ke?" Senyum sengih jer aku respon tak tahu nak jawap apa..
Dah masuk kawasan, Mickey suruh kami masuk ke satu pondok ni..
Rupanya nak lihat dokumentari dulu pasal gerila Vietnam ni dan cara hidup mereka survive semasa perang
Habis cerita dan explain bagai, baru kami semua gerak ke arah hutan (hutanlah sangat, hehe..) nak tengok-tengok trap yang wujud masa perang tu.

First trap show, Booby trap. Mickey tanya ada sapa-sapa nak volunteer tak untuk pijak... Ko berani??
Ngeri tengok bila ada bamboo spike menunggu kat bawah.. ieeuuu.
Ni pulak jalan masuk rahsia untuk ke tunnel. Sangat pandai Vietnamese gerila ni buat benda ni semua. Kami sorang pun tak perasan ada hidden door bila Mickey tanya.. 
One of group member mencuba aksi masuk ke tunnel..
Patung jer ni, menggambarkan kehidupan dorang masa perang dulu..
Sampai kat satu pameran kereta kebal tu, Mickey bagi kami semua peluang untuk bergambar dan berehat kejap. Aku pegi tengok dan pusing-pusing jer situ sambil ambik gambar. Pastu abang Penang tu paksa aku ambik gambar kat kereta tank tu.

"Boleh kasi bukti tunjuk kat orang kampung awak dah mai sini..."

Memula aku tak nak, tapi at last aku mengalah jugak bila dia keep push aku. Nanti takde kenangan katanya...

Apa-apalah abang Penang, saya menurut perintah...

Hasilnya, "Hi.. saya dah sampai ke Cu Chi Tunnel:)"
Menyambung lagi tengok trap-trap yang ada. Seram nengok semua ni.. No wonderlah askar-askar US trauma berpanjangan lepas perang ni
Window trap.. 
Folding chair trap. Kerusi maut gitu..
See-saw trap, nanges tengok..
Tak termasuk lagi trap-trap kecik yang memberi kesan fobia
Bila buka pintu, trap ni akan dihayunkan menghentam muka dan badan si pembuka pintu. Giler betul..

I cannot brain all these!!! Sasau tengok segala jenis trap ni. Kabarnya at least ada 500 jenis trap pelbagai fungsi yang disediakan oleh gerila Vietnam ni masa perang dulu.

Malang sungguh nasib tentera US tu kan..

Selepas habis pusing-pusing tengok trap ni, Mickey bawak kami semua ke padang sasar tembak untuk sesiapa yang nak try skill menembak menggunakan peluru betul.

Aku tak cuba pun, hanya duduk duduk sambil minum jadi tukang perati. Maklumah, badan berat dan pemalas..

Dalam setengah jam begitu, baru kami sambung lagi perjalanan.

Contoh sandal yang dipakai gerila Vietnam dibuat menggunakan getah tayar.

Akhirnya, kami sampai ke kemuncak tour iaitu mencuba sendiri masuk ke terowong Cu Chi. Actually, tunnel ni dah diubah suai dibesarkan supaya boleh dimasuki oleh pengunjung dari western yang berbadan besar.

Original tunnel tak dibuka kepada pengunjung dan ia sebenarnya lebih kecik muat-muat untuk badan orang Vietnam yang halus-halus dan comel.

Tapi, takpe. Haruslah aku mencuba peluang ini kan walaupun tak ori. Panjang tunnel pun 20m jer. Konfiden giler aku, heheh..

Highlight tour, memasuki lorong sempit yang gelap gelita..
Sebenarnya, aku rasa kalau orang tu Claustrophobic baik jangan masuk. Boleh tertekan tahap dewa bila paksa diri masuk sebab tunnel tu sempit.

Macam aku merangkak dibelakang sorang mat saleh badan besar ni. Mulut dia asyik cursing jer kat dalam tunnel tu nak patah balik. Macammana nak return sedangkan belakang dia ada aku dan orang lain yang merangkak sama... Aku yang mulanya tak rasa apa-apa boleh jadi tertekan jugak tetiba rasa sempit dah sukar bernafas bila mamat tu buat perangai gitu.

Over tau aku ni. Senang nak imagine bukan-bukan bila stress..

Nak tak kena kena teruskan sampai jumpa cahaya di hujung terowong gitu. Nampak pintu keluar cepat-cepat aku keluar nak ambik udara..

Jadi, pengajarannya adalah walaupun 20m tu pendek jer tapi bila masuk kat dalam tu terasa macam dah tengah merangkak sepanjang 1km...

Bila Mickey dah pastikan semua member group dia dah selamat keluar, kami meneruskan perjalanan ke tempat terakhir iaitu merasa sajian ubi kayu yang dijadikan menu utama dorang masa perang dulu.

Aku dahlah lapar, beria-ia aku makan tak peduli orang keliling. Agaknya sebab lapar, ubi kayu ni rasa sedap jer bila masuk tekak aku, hehe... buruk betul perangai..

Ubi kayu belum dimasak..
Ubi kayu dihidangkan dengan kacang tumbuk dan garam. Aku belasah ambik dua tiga lapar time ni, hehe..
Bila kat sini aku boleh terkenang betapa bertuahnya aku boleh makan apa-apa yang aku nak bila masa aku suka. Orang zaman dulu sanggup bersusah payah begini hanya untuk pertahankan tanah sendiri. Ohh, mode insaf muncul sekejap..

Bila dah kenyang, tu petandanya tour kami pun dah berakhir. Kami pulang balik ke Ho Chi Minh dalam pukul 1 petang begitu. Masing-masing keletihan dan terbongkang atas kerusi bas..

Last view capture before exit. Example bomb used during war time
Malamnya, aku meronda cari makan malam kat area Ben Thanh. Lepas jalan-jalan aku decide masuk kat satu kedai ni, As-Salam..

Sesungguhnya restoran ni sangat cozy, cantik dan kemas. Jadi, harganya pun seiring jugak dengan standard restoran ni.

Aku hanya ambik nasi putih, telur dan sayur beserta air kopi ais, jumlahnya bila tukar kat ringgit menjadi RM35. Terkejut beruk aku, huhuk...

Takpe takpe, makanan pun dah selamat dalam perut. Kang nak komen lebih takut tak berkat pulak. Jadinya, aku pegi pejam mata bayar bil...

As-Salam Restaurant. Got Free wi-fi..
Telur dadar  dihias cantik
Sayur peria goreng. Sedap!!

Macam biasa, lepas makan ronda-ronda malam kat taman lepak sejam dua baru aku balik ke bilik merehatkan diri. Esok dah nak balik pulak. Kejap sungguh masa berlalu...

To be continued..

Monday, 5 January 2015

Saigon 01 - Arrival Day & New Saigon Hostel

Assalamualaikum..

Day 1 - 12/12/2014 (Saturday):

Vietnam Airline before departure, loading process
Menggunakan Vietnam Airline, aku bertolak ke Ho Chi Minh bercadang meluangkan masa kat sana 3 hari jer. Kejap jer kan..

Cerita pasal Vietnam Airline, first time aku naik dan aku nak rasa kelainan dia. Asyik naik Air Asia jer, sekali-sekala nak jugak naik different airline.

Menggunakan kapal Airbus 321, paling aku suka adalah legroom dia yang spacious. Takdenya nak berlangar bontot dengan orang lain bila nak keluar dari seat pegi toilet.

Pastu ada free baggage up to 20kg. Haruslah dipergunakan sepenuhnya oleh aku. Penat wo nak harung bagpack sana-sini masuk dalam kapal.

Dari segi makanan pulak, ia dah termasuk dalam harga tiket. Satu lagi, jangan risau ya kawan-kawan. Untuk penerbangan between Malaysia dan Vietnam, meal yang disediakan dijamin halal. Tak percaya, boleh check sini.

Oh ya, pramugarinya cantik-cantik jer aku nengok. Pakai pakaian tradisional diaorang, memang ayu jer rupa..

Pramugari berdedikasi menjalankan tugas
Complete set meal provided on board. Tea/Coffee provided later..
Tengok balik macam teringin pulak aku nak makan nasi sekarang..
Desert sebagai penutup
Perjalanan ke Ho Chi Minh ambik masa ~2 jam. Flight aku landed pukul 1 petang waktu lokal. Waktu kat Vietnam adalam sejam lewat dari Malaysia. Set watch accordingly, now i'm all set to explore Ho Chi Minh.

Dari Tan Son Nhat International Airport ke area Ben Thanh market, aku menggunakan bas awam. Tak susah nak carik, keluar jer dari bangunan airport terus pegi ke kanan jalan sampai nampak Burger King. Pergi ke seberang jalan dah nampak bas bernombor 152 sedia menunggu penumpang di stu.

Tambang bas adalah 5kdong untuk ke bandar. Kalau ada luggage tambah lagi 5kdong. Murah sangat kan..

Bas 152 ke bandar dari airport

One of the view from the bus
Memandangkan hostel aku terletak kat kawasan Bui Vien, aku kena jalan kaki lagi dalam 10 ke 15 minit dari area Ben Thanh market. Termengah jugak aku berjalan dalam panas terik tu..

Saigon New Hostel nama diberi. Bertemu muka dengan staff di kaunter buat kepanasan yang membahang menjadi sejuk. Sangat friendly dan buat muka kesian tengok aku yang keletihan mencari hostel mereka.

Sampai-sampai terus mereka hidangkan aku dengan air oren segelas. Kelass sangat kau LD!!

Akhirnya berjumpa jugak. Letih aku mencari sebab buta huruf baca map.

Reception counter. Friendy betul budak pompuan tu
Masuk bilik, dapat katil bawah. Best best..
Yeah! ada TV dan telefon dalam bilik. Agak mewah kalau compare to rate bilik.
Seperti pernah aku tulis sebelum ni, hostel ini sangat memuaskan hati. Harga murah beserta dengan free breakfast. Pastu setiap bilik dorm ada bilik air tersendiri. Oklah, tak yah nak keluar dari bilik macam kebanyakan dorm lain..

Cuma, lokasi hostel ni agak jauh dari Ben Thanh market. Berjalan kaki mau ambik masa berbelas minit jugak bagi aku. Tapi since tujuan aku bukan nak shopping, aku tak kisah sangat dengan lokasi hostel ni.

Sampai bilik, letak beg pastu baring sejam dua baru keluar balik nak meronda 
kawasan sekitar.

Terkezut aku tengok wayar elektrik dorang kat sini. Berselirat betul

Jalan ambik angin perati geng makcik ni bersenam. Enjoy sungguh dorang

Seronok aku lihat dorang ni mengamalkan gaya hidup sihat, tak macam aku :)
Owh.. nilah rupanya Ben Thanh market

Singgah kedai Hjh Basiroh sebab glemer sangat kat blog-blog orang. Terus pekena Pho Mee..
Vietnamese Lady, aduh aku orang pompuan pun boleh kagum dengan keayuan dorang ni..
Kanak-kanak bermain ria

Jogging mengeluarkan lemak dan peluh

Permainan shuttlecock yang popular di taman

Basically, hari pertama sampai aku takda buat apa-apa sangat kat sini. Riki-riki tour apa yang ada sambil berjalan-jalan ambik angin petang di bandar Saigon.

Cuma satu aku perasan bila dah sampai sini. Ya Allah, banyaknya motorsikal!!

Gerun semacam aku nak cross jalan kat sini. Kalau nak tunggu jalan tu clear, agaknya memang tak ke manalah aku dok bertenggek kat tepi jalan tu.

Nasib baik ada tourist police kat situ yang tolong. Tak pun aku main ikut-ikut jer orang sebelah menyeberang. Memang dasyat trafik kat sini. Macam nak ambik insuran nyawa jer masa-masa tu.

Apa yang aku belaja dari orang lain, kat sini kalau nak cross jalan tu jangan berenti-berenti. Cross jer terus dengan langkah yang sekata. Pandai-pandailah segala macam motor tu nanti nak elakkan kita. Paling teruk aku kena bila buat macam ni adalah kena honk memanjang oleh dorang.

Tapi, who doesn't kan... Consider kat sini memanjang jer dengar bunyi hon kat mana-mana...

Motorsikal yang tak putus-putus di jalan raya
Okeylah, tu jer nak cerita hari pertama. Kekdahnya sesi berkenalan dulu dengan Saigon secara santai.

Sampai ketemu lagi di lain entri, hik hik...



Friday, 2 January 2015

Nice To See You 2015!

Assalamualaikum...

Kredit to http:www.zedge.net
Selamat tahun baru 2015 kepada semua rakan-rakan maya yang sudi membaca blog aku yang sememeh ni. Aku tak pernah jumpa pun seorang tapi banyak yang aku perolehi dari segi ilmu pengetahuan tentang travel dari korang semua.

Tak lupa segala pemberian berupa Giveaway dari korang walaupun kita tak kenal pun satu sama lain kan..

Clap Clap Clap...

Okeh, aku terlambat sehari tapi tetap jugak masih awal tahun kan..hiks

Tahun 2015 dah menjelma. Apa-apa benda dah berlaku tahun lepas kena let it go. Yang boleh di bring forward hanyalah pengajaran dan kenangan sahaja.

Jadinya, pengajaran terbesar aku dapat dari tahun lepas adalah:

"Aku Tak Nak Beli Tiket Kapal Terbang Terlalu Awal Walaupun Masa Promo"

Giler aku kena disiplinkan diri aku dan menahan diri dari membuka segala macam airline website pasni sebab aku tak nak menanges lagi bila trip tak jadi.

Jadinya, so far aku tak beli apa-apapun tiket walaupun hati meraung jer nak pegi ke sini dan ke situ... 

Bertabah ajalah wahai hati..

Harapnya tahun baru ni membuka peluang lebih besar untuk aku dan kita semua. Semoga rezeki bertambah murah, hidup dilimpahi rahmat dan diri semakin dekat dengan-Nya.

Kalau ada yang tak best menjelma nanti, takpe...

Happy happy ajer kerana itu semua memang sebahagian dari kehidupan. Muhasabah diri dan kemudian move on. Life is too short to get stress about everything.. Cheers:)


Jadi, kemana hala tuju aku travel tahun ni?

2015, where you gonna take me?
Frankly speaking, i have no idea. Nampaknya aku hanya menunggu seru datang tetiba baru hunting tiket flight. Yang aku pasti aku nak meneruskan perjalanan langkah travel aku walaupun tak tahu dimanakah itu..

Happy travelling guys:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...