Pages

Sunday, 30 November 2014

Trip Yang Tidak Kesampaian

Assalamualaikum..

Cedok dari Google

Lama giler blog ni mendiamkan diri. Aku sebenarnya melayan perasaan kecewa berminggu-minggu sebab trip birthday yang aku plan cantik bagai tak terjelma menjadi realiti. Menangis tengok tiket terbakar lagi. Dahlah accommodation semua dah booked. Tak campur lagi angan-angan tinggi melangit aku yang musnah di saat-saat akhir.

Pagi birthday tu, aku duduk melangut atas katil frust menonggeng..

Kecewa betul aku kali ni. Frust dengan lelaki pun tak seteruk ni. Nak menjerit, melalak tapi suara tak terkeluar. Last-last simpan dalam hati pegi melayan perasaan sorang-sorang kat tepi sungai... (pathetic sungguh)

Haha!! giler aku sendiri tak percaya selama tu aku meroyan tak dapat travel.

But now, aku tutup buku lama dan buka buku trip baru. Hopefully takda drama last minute lagi terjadi next month. Hampir giler rasanya kaki tak melangkah jauh sejak ke Seoul hari tu.

Doakan aku yer kawan-kawan. Trip pendek dan tak jauh mana pun tapi kaki aku dah gatal sangat nak berjalan ni. Bagpack yang kat bilik pun dah nak merajuk dengan aku lama sangat tak tengok dunia luar.

Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat travel next month..


Thursday, 6 November 2014

Perkara Pertama Buat Setiap Kali..

Assalamualaikum..

"MasWing, bring me to KK now"

I'm flew to KK yesterday to attend a meeting today.

Macam biasa, perkara pertama buat bila touch down KK adalah....




Makan seafood!!! yum yum yum..

Tempat yang aku pegi adalah kedai makan seafood tak jauh dari Philippines Market yang berseberang dengan Le Meridien Hotel


Sotong, udang, ketam semua aku rembat. Gila amak haloba masa ni..

Katanya 100gm rm10, timbang seekor tu lebih kurang 600gm...nanges dalam hati

Colourful betul ikan-ikan sini

Jakun sebenarnya aku tengok sotong besar ni..

Seaweed , bagus untuk kulit supaya awet muda kata adik penjual tu kat aku


Rambang mata aku nengok pelbagai jenis hidupan laut yang terbentang depan mata. Syurga idaman aku kejap rasanya, hehe..

Melantak tak ingat dunia, jumlah perlu bayar RM79 untuk dua orang makan. Bila nak bayar baru rasa diri kembali ke dunia nyata...

Itulah dia, keindahan makan seafood di KK. Berbaloi-baloi yang amat!





Perut dah kenyang baru kembali ke hotel untuk berdekatan, D'Borneo Hotel yang lokasinya sangat strategik.

Since pegi atas urusan rasmi, jadi ambiklah hotel yang sedap sikit, RM140 semalam. Boleh claim nanti, hehe..

Cuma tak ada free breakfastlah..

Ok, tu jer nak cerita. Sajer nak kasi korang lapar pagi-pagi ni. Bye..




Wednesday, 29 October 2014

Matang Wildlife Center

Assalamualaikum..

Kalau datang ke Kuching, tengok orang utan adalah salah satu perkara menarik boleh dibuat kat sini.

Selalu tengok kat tv jer kan. Jadinya nak expose kat anak-anak bagi diaorang tengok secara live orang utan yang berpotensi untuk extinct satu hari nanti.

Di Kuching,ada dua tempat utama nak lihat orang utan secara dekat. Satu adalah kat Semenggoh Wildlife Center manakala satu lagi kat Matang Wildlife Center.

Dua tempat ni bukan zoo okay.. Both places act as a care center for wild animal, yang kena tangkap, cedera ataupun kurang upaya serta sewaktu dengannya...

Nanti-nanti sampai satu tahap wild animal ni dah boleh berdikari, diaorang akan dilepaskan balik ke dalam hutan, tempat asal mereka.

Selain orang utan, ada binatang-binatang lain gak macam buaya, sunbear, landak dan rusa.

Yang aku cerita kali ni dekat Matang Wildlife Center, dalam 35km dari Kuching. Takde regular public transport yang menuju ke sini, jadinya kena bawak kereta drive sendiri.

Waktu Operasi: Setiap hari, 8.00 pagi sampai 5.00 petang
Fee: Dewasa - RM10
        Student - RM5

Dah bayar, bolehlah mula berjalan-jalan santai meninjau binatang-binatang yang ada.

Patuhi peraturan
 

Seram aku tengok gambar ni..
Baca Bismillah, silakan masuk..
Trail pendek jer, hehe berlagak..

First spotted, buaya

Tengah ambik gambar, terkejut aku tengok ade sekor lagi dekat betul dengan pagar.. diam diam lagi tu

Bermandi-manda

Nak masuk jugak boleh, tapi risiko tanggung sendiri

Rusanya mana???

Dapat cari tak rusa tu?

Now, carik binatang lain pulak

Kenapalah aku boleh tak ingat nama dia ni...

One of cat's family


Orang utan kat dalam ni bising betul menjerit-jerit

Baru habis lunch, bermain-main

Cari orang utan kena pegi belakang building

Tu dia, ada sekor main sorang-sorang

Panas terik, dia orang pun tahu berteduh

Oh ya, kalau bawak budak better bawak bekalan makanan sebelum datang sini. Takde tempat makan kat dalam ni. Walaupun tempat kecik tapi boleh membuatkan diri rasa haus amat sangat bila dah tengah berjalan...

Fikir balik mungkin aku jer kot rasa macam tu. Letih mengejar anak yang kecik tu berlari-lari sukahati dia kat sini.


Last sekali sebelum balik, pegi detour kejap tengok kawasan piknik kat dalam situ jugak.

Kalau nak trekking atau tengok air terjun yang cantik lagi, starting point dari center ni dan trailnya sejauh 2-3 jam one way depend dengan destinasi masing-masing.



Air cetek jer..

Bolehlah kalo rada nak menyegarkan diri kejap

Untuk informasi lebih lengkap, boleh refer sini.

Overall, puas hati jugak dapat lihat anak-anak happy berlarian di sini sambil tengok orang utan.

Kalo korang belum pernah pegi lagi, try lah masukkan tempat ni nanti dalam itie ok. Dijamin orang utannya cute-cute, hehe..

Ok, bai...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...