Pages

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, 8 December 2014

Menjengah ke Mukah

Assalamualaikum..

Hulo December, pejam celik tahun 2014 bakal berakhir. Lansung tak terasa dengan cepatnya masa berlalu..

Aku ke Mukah bukan Mekkah err ni pada satu hujung minggu yang bosan. Selalu ke sini bila fefeeling nak ke pantai berangan-angan mat jenin.

Actually, Mukah ni tempatnya ~2 jam drive dari Sibu kalo ikut pace aku yang ala-ala pemandu berhemah.

Walaupun berdekatan, tapi perbezaannya besar. Mukah ni majoriti penduduknya kaum Melanau yang tentulah bahasanya lain. Tapi, jangan risau bahasa Melayu masih difahami. Satu Malaysia katakan..

Nampak jambatan kuning ni maksudnya dah sampai Mukah
Bandar kecik, nampak masjid dan clock tower dah sampai pusat bandarnya

Kingwood Hotel, rangkaian hotel terbesar di Mukah

Clock tower berdiri di tengah-tengah roundabout

Masjid utama Mukah
Sekadar menghabiskan masa ronda-ronda di bandar cari lunch, aku singgah ke airport jumpa rakan sekerja.

I tell you, Mukah yang kecik pun ada airport. Perkara biasa di Sarawak untuk bandar-bandar kecik as flight is one of main transportation within our states.

MasWing baru landed dari Kuching, tengah nak adjust parking

Borak-borak kejap kat airport baru aku gerak menuju ke pantai ambik angin. Sekarang tak ada apa-apa event, memang pantai ni lengang sikit.

Kalu tiba Pesta Kaul kat Mukah ni, jenuh parking berbatu jauhnya hanya untuk jejak kaki ke pantai.

Tibau, permainan tradisional masyarakat Melanau. Seronok dimain:)

Cuaca petang-petang tak panas. Boleh duduk di bangku

Angin kuat gak time ni

Vandalisme kat pasir, untung si Jen tu

Pantai... air surut. Bolehlah untuk melayan perasaan sesorang

Alangkah indahnya kalau tempat kerja dekat dengan pantai.

Aku baru perasan, dari pantai ni boleh nampak view kapal terbang landing yang sangat cantik. Disebabkan runway yang sangatlah dekatttt dengan pantai, ternganga kejap aku lihat satu aircraft tu buat approach nak land. Macam nak touch down tepi aku jer kekdahnya..

Gitu tahap amaze yang aku rasa. Sayangnya sebab terlampau ternganga aku tak sempat ambik gambar kapal tu.. 

Umai
Sebelum balik, singgah makan umai dulu. Kalau nak tahu, makanan ni signature dish Mukah. Tak sah datang Mukah kalau tak merasa umai. Ala-ala shushi dicampur limau, cili dan bawang. I like 10X..

Dah, jom balik ke pangkal jalan..


Thursday, 6 November 2014

Perkara Pertama Buat Setiap Kali..

Assalamualaikum..

"MasWing, bring me to KK now"

I'm flew to KK yesterday to attend a meeting today.

Macam biasa, perkara pertama buat bila touch down KK adalah....




Makan seafood!!! yum yum yum..

Tempat yang aku pegi adalah kedai makan seafood tak jauh dari Philippines Market yang berseberang dengan Le Meridien Hotel


Sotong, udang, ketam semua aku rembat. Gila amak haloba masa ni..

Katanya 100gm rm10, timbang seekor tu lebih kurang 600gm...nanges dalam hati

Colourful betul ikan-ikan sini

Jakun sebenarnya aku tengok sotong besar ni..

Seaweed , bagus untuk kulit supaya awet muda kata adik penjual tu kat aku


Rambang mata aku nengok pelbagai jenis hidupan laut yang terbentang depan mata. Syurga idaman aku kejap rasanya, hehe..

Melantak tak ingat dunia, jumlah perlu bayar RM79 untuk dua orang makan. Bila nak bayar baru rasa diri kembali ke dunia nyata...

Itulah dia, keindahan makan seafood di KK. Berbaloi-baloi yang amat!





Perut dah kenyang baru kembali ke hotel untuk berdekatan, D'Borneo Hotel yang lokasinya sangat strategik.

Since pegi atas urusan rasmi, jadi ambiklah hotel yang sedap sikit, RM140 semalam. Boleh claim nanti, hehe..

Cuma tak ada free breakfastlah..

Ok, tu jer nak cerita. Sajer nak kasi korang lapar pagi-pagi ni. Bye..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...