Pages

Monday, 9 February 2015

Itinerary Pendek ke Sri Lanka

Assalamualaikum..

Antara tempat menarik untuk dilawati di Sri Lanka, terima kasih Google:)

Lai lai.. mari semua dengar sini duta Sri Lanka nak bercerita, hehe..

Sebenarnya, ni post langkah bendul tapi sebab aku masih sangat excited dengan Sri Lanka dan nak galakkan korang semua pegi sana aku publishkan post ni dulu.

Juga nak memenuhi permintaan Supermeng, hiks..

Ini adalah sample itinerary untuk trip selama 6 hari. Tak semua tempat aku dapat terjah disebabkan perangai aku yang malas nak rushing dan jarak jauh dari satu tempat menarik ke tempat lain ambik masa perjalanan yang panjang.

Day 1:
Upon landing kat Bandaranaike International Airport, aku naik bas awam dari airport ke Colombo Fort dengan tambang 130rupee.
- Check in guesthouse dan hanya berjalan di sekitar kawasan kediaman. Free and easy kekdahnya.

**Kebanyakan traveller pilih untuk lajak terus ke Kandy dari airport sebab Colombo takda tarikan sangat. Tapi kalau malas macam aku pilih untuk stay dulu semalam kat sini sebab nak kumpul energy balik (walaupun takdelah letih sangat naik turun kapal terbang)**

Day 2:
- Pepagi masih lagi free and easy sebab malas.
- Tengahari baru bertolak ke Kandy menggunakan train. Kalau setakat guna 2nd or 3rd class, tiket memang masih ada dan perjalanan ke Kandy lebih kurang 3 jam. 
- Sampai Kandy, kalau sempat boleh pegi ke Kandy Temple of Tooth Relic, one of UNESCO Sites. Boleh jugak nak tengok show "Kandyan Dance" di area yang berdekatan. Tapi aku tak pegi masuk pun, hanya tengok dari luar jer. Satu tempat masuk jer dah bayar 1500rupee..
- Malam, bermalas-malasan dengan gumbira atas katil.

Day 3:
- Dari Kandy ke Dambulla for Golden Rock. Perjalanan lebih kurang 2jam setengah. Entrance Fee = 1500rupee.
- Dari Dambulla boleh sambung pegi ke Sigiriya yang  terletak 1 jam perjalanan jer. Entrance fee = 3900rupee!!

** Trip hari ni banyak mendaki jadi prepare minuman yang secukupnya serta pastikan perut tak lapar masa mendaki. Allocate masa dengan betul untuk pastikan dapat tiba ke Kandy semula sebelum malam**

Day 4:
- Misi menawan puncak Adam's Peak. Pepagi checkout guesthouse terus naik train + bas ke kampung berdekatan kaki gunung, Dalhousie. Perjalanan lebih kurang 5 jam.
- Tiba di Dalhousie tengahari dan jalan merayap di kampung sebelum mendaki tengah malam nanti.

Day 5:
- Awal pagi balik dari mendaki Adam's Peak terus check out dari guesthouse menuju balik ke Colombo menggunakan bas + train.
- Sampai Colombo dah malam jadi terus checkin hostel.

Day 6:
- Hari terakhir di Colombo, touring around the city promenade, Galle Face Green.
- Bagi peminat pantai, boleh naik train menuju ke Mt.Lavinia Beach, pantai femes di Colombo.
- Checkout hostel dan menuju ke airport untuk pulang. Huhuk....

****************************************************************************

Untuk orang yang minat ke tanah tinggi dan sejuk, boleh pegi ke Nuwara Eliya dan lajak terus ke Ella. Ladang-ladang teh ada banyak di sini dan kedua-dua tempat ni boleh pegi lepas spend masa di Kandy. Sangat digalakkan untuk naik train sebab view sepanjang perjalanan especially dari Kandy Ke Nuwara Eliya sangatlah lawa, kata oranglah...

Di Sri Lanka, ada dua ancient city terkenal dan listed dalam UNESCO iaitu Anuradhapura dan Polonnaruwa. Kalau tak cukup masa boleh pilih singgah satu tempat jer dan lawatan ni sangat berbaloi untuk orang peminat sejarah dan nature.

Ada satu lagi tempat aku teringin sangat nak jejak tapi takde masa, Galle.Tempat ni terletak kat Southwest Coast of Sri Lanka dan ada banyak tinggalan bangunan zaman jajahan matsaleh dulu kat sini. Nanti korang pegi sini tolong ambik gambar bebanyak okeh...:)

Last but not least, Hikkaduwa, Unawatuna dan Mirissa merupakan antara tempat menarik untuk penggemar pantai. Menghabiskan masa sehari duduk tepi pantai sambil bermalasan pasti syok kan..

Ni jer kot yang aku boleh fikir. Sri Lanka negara yang cantik dan walaupun tak dapat nak cover semua dalam masa pendek, trip beberapa hari cukup untuk kita merasa keunikan dan keindahan tempat di sini. Harapnya boleh membantu korang yang nak ke sana.

Until then, bye...






19 comments:

  1. thank u !!

    aku book mark entry ni.. makasey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome:)

      Nanti kat sana, hati-hati dengan tuktuk dorang especially yang nak bawak pegi Gem's store. Berlambak giler kat Colombo cuba nak rip foreigner. Buat muka local sikit bila dah sampai sana nanti, confirm dorang tak kacau:)

      Delete
    2. can i have your phone number? i am planning to got here on 7th January ni. i have a lot of things to ask. or can u email me at shahrilshahrin@gmail.com

      Delete
  2. Thanks for the entry. Saya dah terberkenan dengan Sri Lanka pas terjumpa tentang Adam's Peak. wishlist ke Sri Lanka belum kesampaian lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2:)
      Ajla peminat daki-mendaki jugak err? Kalo gitu, memang wajib pegi sini. Adam's Peak sangat mencabar untuk orang yang tak fit macam saya tapi bila dah sampai puncak, berbaloi semuanya. InsyaAllah, saya doakan awak sampai sini nanti:)

      Delete
  3. I memang salute baca pengalaman LD kat Sri Lanka.. Memang layak digelar duta Sri Lanka... mcm2 citer sukasuki dukaduki... seronok bca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! Tak malu mengaku jadi duta kang tak pasal2 terus kena kejar dan baling telur oleh duta sebenar..

      Terima kasih Farikica:)

      Delete
  4. beb satu nak tanya. duit nak tukar kat mana? epot ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu aku pegi tukar USD dulu kat klia. Pastu dah landed epot sana baru tukar ke sri lankan rupee. Keluar jer ke arrival hall akan nampak kaunter money exchange. :)

      Delete
  5. Haritu kawan aku persoal ada apa kat Colombo...masa aku suarakan Sri Lanka kat dia. Pastu aku suruh dia berkampung kat rumah ko & Hidayah. Puas hati sebab dah berjaya racun dia. Insha Allah akan menjejak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!! aku pun puas hati sebab dapat meracun ko datang sini. Seriously, ko tak akan menyesal Bie (konfiden giler aku ni):)
      Have fun and enjoy the trip!!

      Delete
  6. Selalu aku tgk org pegi Sri Lanka ni mesti ambik tour (kereta + driver). Alhamdulillah ko buktikan turun naik bas pun boleh. Caya lah ko! Nak pegi India kalo sila ajak aku buleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut preference masing2 kan, yang penting enjoy the trip:)

      Haha!! Aku lagilah ingin nak ikut ko Jea. InsyaAllah, bermimpi sampai mengigau aku nak kesana. Nanti aku bagitau ko kalau ada fix date ok..

      Delete
  7. hai awak. saya nak ke sri lanka next week. boleh tau how long bus ride from airport to colombo city?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ainil..

      Mintak maaf lambat reply. kalo tak salah ingat saya bas dari airport ambik masa lebih kurang 1 jam macam tu untuk sampai ke Colombo Fort. Expect lagi lama kalau jalan jammed..

      Delete
  8. Replies
    1. Pegi jangan tak pegi, sangatlah best kat sana:)

      Delete
  9. LD next amik sya jadi pengawal peribadi ,dpt gak travel ngan u. Nak suruh sya gi sorang2 tak brani kot especially s.lanka ,india,pakistan.
    by pandangan sya mereka ni kuat putar alam ....i dont know may be my perseption je kot. Jgn lupa ajak sya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! tak alang2 terus bodyguard tu...:).

      Pendapat saya personally kat mana2 memang ada jer kelompok sebegini bukannya terhad kat certain negara jer. Selagi mana adanya manusia, pasti ada yang baik dan yang tak berapa baik.:)

      InsyaAllah yer.. sekarang ni dok berhibernasi lagi kumpul duit balik:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...