Pages

Monday, 2 February 2015

Ayubowan Sri Lanka: 04 - Sigiriya & Kisah Harass

Assalamualaikum..

Melalui sawah padi dari Dambulla ke Sigiriya

Perjalanan dari Dambulla ke Sigiriya menggunakan tuk tuk hanya mengambil masa 45 minit. Driver tuk tuk, aku panggilnya Santana sangat peramah. Habis kisah hidup aku nak diselongkarnya. Ada jer pertanyaan di luar kotak sampai aku tak terjawab.

Tapi terasa agak smooth mamat ni bawak tuk tuk dia. Dari jalan bertar tuk tuk masuk ke jalan yang bertanah merah. Mula-mula lalu pekan kecik kecik, kini kami berdua hanya dikelilingi oleh hutan hutan dan sesekali tengok tuk tuk lain yang lebih laju jalannya menyaingi kami.

Tib-tiba Santana memberhentikan tuk tuknya kat tepi jalan. Aku mula cuak bila lansung tak nampak satu pun kenderaan lain lalu masa tu. Tanganku mula meraba-raba dalam beg mencari apa-apa benda yang boleh dijadikan senjata in case dia berniat tak baik.

"Sorry adik, saya kena bercakap dulu dengan awak sebelum bagi awak masuk ke Sigiriya nanti.."

"Apa dia awak nak cakap?"

"Bila dah sampai sana nanti, akan ada banyak orang offer untuk jadi tourguide awak. Dorang charge agak mahal. Kalau awak tak nak pakai guide, awak tolaklah pelawaan dorang nanti yer.. Sigiriya tu tempatnya jelas dan tak akan sampai buat awak sesat"

Owh... dia nak bagi nasihat jer kat aku. Terpana aku kejap mati-mati ingatkan dia nak buat benda tak baik kat aku. Buat muka malu sendiri, aku angguk tanda berterima kasih, hihi..

Jalan yang tidak bertar, sunyi memanjang..

Sampai kat Sigiriya, Santana pinjamkan aku payung sebab hari nak hujan sambil mengingatkan aku sekali lagi jangan terpedaya dengan segala macam offer kat situ.

"Terima kasih Santana.. Baiknya awak. Nanti kita jumpa kat exit 2 jam kemudian okeh"

Bergeraklah aku dengan penuh waspada menuju ke kaunter tiket. Sebijik macam Santana cakap, tak sampai 10 langkah aku jalan dah ada sorang mamat datang ke arah aku menawarkan khidmatnya.

Kalau sorang jer takpe lagi, aku masih boleh menepis dengan lembut. Ni lepas yang awal tu tak berjaya, sorang lagi datang offer benda yang sama macam take turn. Pastu sorang lagi sampai aku rasa muak..

"Tak nak! tak nak ! tak nakkkkk....." Aku jerit dalam hati, huhuk...

Anyway, setelah berhempas pulas menyisipkan diri dari dorang ni, aku sampai ke kaunter tiket. Berat jer rasa tangan aku nak menghulurkan duit tebal berkepuk-kepuk kat situ tapi apakan daya, nak masuk mestilah bayar walaupun mahal....

** Entrance fee ke Sigiriya untuk foreigner adalah 3900 rupee bersamaan dengan 30usd **

Kira dulu duit cukup ke tak.. last check 30usd bersamaan dengan rm105!!

Basically Sigiriya (Lion Rock) ni adalah bukit batu yang sangatlah besar dikelilingi hutan rimba. Di atas bukit ni terletaknya sisa-sisa peninggalan istana kuno zaman dulu kala. Orang yang duduk kat istana tu dulu namanya Raja Kassapa I, keturunan raja yang bertindak membunuh ayahnya sendiri pastu merampas takhta dari ayah saudaranya. Dah buat salah, dia ni jadi takut dengan pembalasan dendam lalu decide nak dirikan istana atas batu ni yang punyalah tinggi..

Saja jer raja ni kan... Penat tourist macam aku nak mendaki tinggi-tinggi sebab nak tengok apa yang kat atas tu, hiks...

Anyway, di sinilah Raja Kassapa ni membangunkan pusat kerajaan dia disamping menjadi tembok pertahanan. Lepas raja ni kalah, istana ni terbiar tak dijaga sehinggalah ditemui kembali oleh sorang arkeologist mat saleh seterusnya diwartakan sebagai salah satu tapak warisan UNESCO pada tahun 1982.

Sekarang ni, yang dapat dilihat cumalah tinggalan dan runtuhan bangunan pentadbiran Raja Kasssapa seperti fresco, mirror wall, kerusi-kerusi batu dan bekas kolam renang... fuh..

Amacam, menarik tak bunyinya sejarah dia?? Sorry buat korang yang bukan penggemar History aku merepek panjang kali ni, hehe..

Nampak sorang mamat kat papan tu, tak giveup lansung pujuk aku ambik dia jadi guide
Lalu tasik ni yang dikatakan ada buaya dalamnya..
Boleh imagine tak keindahan taman ni masa dulu kala..
Dangerous... air yang tenang jangan disangka tiada apa-apa

Dah, cukup pasal tu aku nak jalan sendiri tengok sampai ke puncak bukit. Lafaz Bisillah dulu sambil tarik nafas panjang..

Tinggi benar Sigiriya tu dari jauh. Takpe, Malaysia Boleh!!
Cerita dahulukala pasal Sigiriya

Orang kata perjalanan naik bukit ni ambik masa lebih kurang 1 jam. Aku kata apa yang orang kata tu memang betul... Betul-betul penat aku mendaki tangga-tangga kat sini walaupun ketinggian bukit ni hanyalah 200 meter. Cari-cari dalam beg adalah sebungkus coklat Snickers untuk aku tambah energy..

Bismillahirahmannirahim...
Ada few cave juga kat sini yang dijadikan pelbagai fungsi masa dulu
Tangga yang cerun pun bermula
Gua ni katanya tempat tido sapa dulu aku pun tak ingat..
Hembus nafas bila tengok lagi banyak anak tangga
Perasan ada statue putih tu dari kejauhan. Tak tahu apa pulak..
Dongak ke atas, tingginya..
Spiral stairs
Jalan dah roboh, seram sejuk tengok..
Yea!! lukisan dinding masih terjaga rapi dijumpa lepas kita naik spiral stairs tadi
Ada jugak dah rosak tapi masih maintain elok
Dah puas tengok lukisan, turun balik tangga ni
Lalu mirror wall pulak sebelum naik tangga lagi sampai puncak

Tapi, bila dah sampai kat atas tu, hilang segala penat mendaki tadi. Berbaloi yang amat melihat sendiri kesan peninggalan kerajaan dulu kala. Nak menangis rasanya dah sampai atas, hahaha emo terlebih pulak aku..

Dipanggil Lion Rock sebab kuku singa tu.. Actually ni baru half part of climb. Puncak ada di atas lagi...

Meluangkan masa di atas, aku berjalan-jalan mengelilingi kawasan tu sambil tangan tak henti-henti memetik kamera. Dari puncak tu, boleh nampak kawasan sekeliling hutan dan perasaannya macam hanya kita sorang berdiri di situ. Macam aku rasa akulah "Raja Di Hutan Rimba", hehe..

I'm on top of the world, ngeh ngeh ngeh...
Mushkil aku bila nengok sapi tu, ada orang bela dia kat sini?
Cuaca tak berapa panas, sejuk jer sekeliling

Dah puas menggedik berangan tak sudah di atas tu, aku turun balik ke bawah. Kesian pulak dengan Santana yang menunggu lama, aku fikir. Nampak tak aku masih berjiwa lembut disebalik muka kasar, hiks..

Disebabkan jalan nak keluar tak sama dengan jalan masuk tadi, aku jadi konfius tak tahu arah. Nampak sorang pakcik local tengah duduk-duduk tak jauh dari situ, aku cuba bertanya. Dengan ramahnya pakcik tu suruh aku ikut dia sambil dia. Aku pun macam "Alahai, baiknya pakcik ni.."

Sampai-sampai kat pintu exit, tak sempat aku nak berterima kasih pakcik tu dah hulur tangan. Nak mintak upah rupanya, patutlah baik lain macam jer. Takpelah, aku dah silap tanya orang kali ni. Dah terkena, aku terpaksa bagi jer kat pakcik tu. Tu pun dia demand mintak lagi banyak, hampagas betul..

Actually, aku dah kena beberapa kali benda ni masa kat Colombo hari tu. Niat kita yang cuma nak bertanya arah, kalau orang tu baik sangat sampai bawak kita ikut dia sah sah mintak upah pastu. Cuma aku ni bengap sangat percaya atas kebaikan manusia sejagat..

Pakcik penunjuk jalan bagitau gua ni menyerupai ular jadi namanya Gua Ular Tedung
Oh!! ada aksi menyeru ular sebelum keluar dari sini




Jumpa Santana di luar, dia terus bawak aku balik ke stesen bas di Dambulla. Actually aku ingat nak makan dulu kat Dambulla tapi tengok jam dah pukul 2 petang aku takut lewat sangat pulak nanti sampai Kandy. Perjalanan bas jer dah makan nak dekat 3 jam. Kalau boleh aku tak nak sampai bila hari dah gelap.


On the way balik, nampak sekor ni tengah bermandi riang terus aku mintak Santana berenti kejap ambik gambar. Padahal bukannya aku tak pernah nampak gajah kat Malaysia, heheh..

Bas ke Kandy lalu agak kerap. Aku naik yang normal bas dengan perut yang kosong menjadikan aku mabuk angin kat dalam bas tu. Hairan pompuan yang duduk kat sebelah tengok aku macam nak muntah tak jadi. Time ni lah aku jadi over sensitif dengan crowd yang super banyak berhimpit dalam bas dan bau-bauan hasil dari kepadatan manusianya...

Caranya terpaksalah aku membuka tingkap sambil memejamkan mata pujuk untuk tido supaya lupa pasal mabuk, huhuk...

Dipendekkan cerita, bas sampai ke Terminal Goodshed, Kandy lebih kurang pukul 5.30 petang. Di sinilah kebodohan aku datang lagi...

Asalnya, aku nak jalan-jalan cari makan dulu sebelum balik ke rumah Dilini. Turun-turun dari bas, sorang pemuda local yang sama bas dengan aku datang tegur. Curious dengan foreigner seperti aku, dia bertanya aku nak kemana.

Being me yang anggap dorang ni friendly aku jawab dengan jujurnya. Sebab banyak kali sebelum ni aku ditegur atas dasar ingin tahu dorang jadi aku layan jer.. Tak ku sangka mamat sorang ni berniat lain...

Dengan kebongokan tahap 10, aku pi tunjuk mamat tu alamat rumah Dilini. Mamat tu tengok kejap dan suruh aku follow dia sebab dia cakap alamat tu berdekatan jer boleh jalan kaki. Antara logik dengan tak, aku jump to conclusion nak jimat duit tuk tuk masa ni.

Tak tahu apa yang merasuk, aku ikut jugak mamat ni. Mula-mula dia ok, borak biasa-biasa tanya aku soalan general. Makin lama berjalan, kami berdua makin jauh dari pusat bandar sampai aku tak tahu lansung kami kat mana. Cuaca mendung bertukar gelap menandakan hari nak hujan. Jam di tangan memberitahu malam nak menjelma..

Seperti dijangka, hujan mula turun. Dari renyai, hujan semakin lebat. Kebetulan ada satu bangunan kedai tak jauh dari situ, mamat tu ajak aku berteduh di situ sementara tunggu hujan berenti. Kat sinilah mamat tu mula membuka pekung bila dia mula menyentuh tangan aku. Terkejut, aku tarik tangan sambil otak mula memproses. Bila dia tengok aku berdiam diri jer, mamat tu mula bertindak lebih. Sambil mengajak aku minum dulu bersama, tiba-tiba aku sedar tangannya menjalar ke badan aku ala-ala nak memeluk.

Ini sudah lebih!! Dalam terkejut, aku menjerit kat dia,

"Don't touch me!!!" Sedar-sedar aku berlari keluar dari situ dalam kehujanan tak tahu mana nak tuju. Hari yang dah gelap menyukarkan aku berjalan. Time ni memang aku betul-betul dah lost direction.

Aku mula kebasahan. Mamat tu yang mengekor aku mengeluarkan payungnya ajak aku bersama-sama berpayung. Aku geleng kepala menolak. Tak sanggup aku nak berkongsi payung dengan lelaki miang macam dia. Sambil tu ligat otak aku berfikir apa nak buat sekarang untuk melarikan diri dari mamat tu.

Luckily aku nampak tuk tuk berkumpul di satu jalan. Masa ni aku dah determined berapa jer harga driver tu nak charge aku sanggup bayar asalkan aku jauh dari mamat tu. Berlari-lari anak aku menuju ke arah sorang tuk tuk driver sambil menghulurkan alamat rumah Dilini dan suruh dia hantar aku masa-masa tu jugak.

Apa jadi kat mamat tu?? Bila dia tengok aku masuk ke dalam tuk tuk, masih tak putus asa jugak dia. Rushing dia menghulurkan kad mintak aku telefon dia nanti dan ajak aku berjumpa esok.. Kegilaan apakah mamat ni????

Sampai mampus pun aku tak ingin nak tengok muka dia lagi!!

Habis segala drama tersebut, aku sampai jugak ke rumah Dilini dalam basah kuyup. Tekejut ibunya melihat aku begitu sambil suruh aku pegi mandi terus takut demam. Kasut aku yang basah diambilnya untuk dijemur belakang peti sejuk. Nak menangis rasanya bila lihat layanan mak Dilini tu, sob sob..

Anyway, lepas aku dah kemaskan diri mak Dilini ajak aku makan malam. Terasa syahdu betul bila dilayan macam anak sendiri.

Sempat mulut aku bercerita dan mengutuk mamat miang tadi kat dorang masa dinner tu. Nasihat dorang, hati-hati in the future. Jangan mudah percaya dengan lelaki asing...

Penat seharian dengan perjalanan panjang, pendakian yang awesome dan tempat yang menarik hari siang aku diakhiri dengan peristiwa menakutkan. Sungguh aku terasa sungguh penat hari ni dan kaki aku mula menunjukkan tanda-tanda kejang. Sapu minyak urut dan Tiger Balm, aku pergi tido mengharapkan hari lebih tenang esoknya.


to be continued...




13 comments:

  1. Replies
    1. Yer.. memang jadi pengajaran besar kat saya.."(:

      Delete
  2. hohoho.... ngeri.
    luckily kita sentiasa bernasib baik, paling teruk pun kena provok je, belum pernah ada cubaan untuk body contact... itulah ketakutan paling besar bila travel solo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. sometime aku ingat dah cukup berhati-hati tapi masih jugak terkena. Lumrah kan Anne..:)

      Delete
  3. LD ... ada sample itinerary tak utk 6 hari? agak agak aku yang gemok ni buleh ke panjat sigiriya nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gumok?? hehe.. InsyaAllah, Sigiriya tu masih mampu milik lagi untuk orang macam kita yang tak pernah exercise. Cuma terpongeh banyak tapi aku yakin ko boleh sebab ko Supermeng, :)

      Itinerary, umm.. nanti aku post kat blog:)

      Delete
  4. Uishhh tu yg risau kalau sorg2 tu...bertabahlah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. memang takut bila terkena, nasib baik dapat larikan diri..:)

      Delete
  5. Ld , seram jugak tu , but next kena lebih precaution. That y i rasa klau pompuan tu baik berteman.
    terutamanya ke arah negeri yg kurang menghormati wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terima kasih atas nasihat. Next time memang akan lebih berhati-hati.:)

      Delete
  6. Masya Allah. Syukur semuanya selamat. Kalau mamat tu buat benda bodoh terlebih2 & masa tu xde tuktuk aku confident ko akan buka kuda2 terus. It was a great experience kan. Glad ure back home in one piece.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bie.. satu pengajaran betul untuk aku. Tapi aku lebih salahkan diri sendiri pastu sebab vongoks sangat sampai mudah terkena..

      Delete
  7. wuwuw. seram. alhamdulillah selamat. baiknya mak Dilini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...