Pages

Tuesday 13 January 2015

Saigon: 03 - Meronda Tengah Bandar Sebelum Balik

Assalamualaikum..

Hari terakhir di Ho Chi Minh. Flight aku pukul 3 petang jadi aku ada sepanjang pagi untuk pegi mana-mana tempat menarik kat sini. Bajetnya pukul 12 tengahari baru aku ke airport nanti.

Jadi, jom ikut aku ronda-ronda tengah bandar ni berjalan kaki..

Breakfast hari terakhir. Sama jer menu nya kan tapi aku suka sebab mengenyangkan
Pagi-pagi lalu taman tengok lokal berdansa diiringi oleh muzik rancak yang bergema seluruh taman. Nak ajak aku le tu menari bersama, hihi....
Reunification Palace:

Tempat ni dulunya merupakan tempat kediaman Presiden South Vietnam semasa Vietnam War. Kalau rasa nak tengok macammana keadaan dalam rumah orang besar dan penting Vietnam, boleh masuk sini.

Cuma sekarang ni takdelah presiden nak duduk situ lagi. Hanya pelancong jer penuh termasuk aku..

Layan gambar jerlah erk. Aku malas nak bercerita panjang. (Buat muka menguap..)

Kena bayar entrance fee dulu, 30k dong
Keseluruhan building palace dari luar
Ada kereta tank dipamer kat luar


Besar dan luas kawasan dalam bangunan ni bertingket-tingket. Dengan cuaca panas di luar, boleh tahan berpeluh jugak aku kat sini. Hancus makeup aku mencair, hihi...

Ni mereka panggil "State Banqueting Hall". Tempat presiden menjamu tetamu-tetamu penting makan
Ni "Cabinet Room" tempat meeting para pembesar. Bertentangan jer dengan dining room tadi. Konsepnya lepas tension dengan meeting terus terjah makan kat bilik sebelah

Ni bilik tidur tau kat level berapa aku dah lupa.. Walaupun besar tapi macam kosong sangat aku tengok.

Ni pulak taman di luar bilik-bilik tidur keluarga presiden ni..

Ni "Ambassador Chamber". Wakil embassy negara luar datang mempersembahkan diri kepada presiden dalam bilik ni..
Level atas sekali palace ni ada Helipad sekali dengan helikopternya. Sedia berkhidmat dengan Presiden bila-bila masa
Bilik ni aku tak ingat pulak untuk apa..

Pandangan dari level 3 palace. Oh terasa ada gap antara diriku dengan rakyat kebanyakan di luar sana, hehe..

Lagi helikopter dari pandangan atas sikit..

Ada bilik wayang kat dalam palace ni. Bahagia hidup takyah keluar dari rumah beratur panjang beli tiket kan..

Ada jeep jugak kat tingkat bawah..
Dalam sejam macam tu pusing-pusing kat palace ni, aku keluar menuju ke tempat lain. Jalan-jalan berpandukan map, aku nampak ini..

Its Notre Dame Cathedral!! Cantiknya senibina dia
Pastu nampak ada couple buat wedding photoshoot kat situ. Comel jer..

Khusyuk mendengar arahan dari si topi putih cara beraksi

Ambik gambar dari depan pulak..

Ada satu lagi couple buat video kat sini. Suddenly feel like love is in the air, hiks..
Dalam kawasan yang sama jugak ada Saigon Post Office. Dari jauh dan perasan kaler kuning building yang terang berderang. Silau pulak mata aku, heheh..

Bak kata banyak orang, dah sampai Ho Chi Minh, tak sahlah kalu tak singgah sini..

Ni pulak Saigon Post Office berdekatan dengan cathedral tadi. Masih dalam renovation depan tu..

Cantik-cantik jer bangunan yang ada sekitar ni..

Masuk dalam post office, fuyoo.. kagum aku dengan senibina dalaman ni walaupun aku buta seni

Letak lagi gambar dalaman. Masih aktif beroperasi lagi sekarang..

Kemasan siling yang dibuat rapi..
Pondok telefon disediakan sekali
Lepas habis ronda-ronda situ, aku patah balik ke hostel untuk check out. Actually semalam aku ada hantar baju untuk dibasuh thru hostel ni. Sajer nak membuang duit bila nampak matawang dong masih berkepuk-kepuk lagi dalam purse, hihi..

Jadi janjinya pakaian tu akan dibagi balik siap dibasuh bila aku check out nanti.

Turns out, kedai dobi tu salah faham bila dorang ingat aku nak pakaian tu lewat malam so dorang tengah basuh lagi pakaian aku dalam washing machine.

Berpuluh-puluh kali staff kat hostel tu mintak maaf sebab dah menyusahkan aku. Sebagai tanda kesal, dorang kembalikan duit aku dan suruh sorang budak hostel tu hantar aku ke stesen bas pakai skuter. Pastu bagi air sebotol lagi kat aku, hehe..

"It's okay kakak, saya maafkan. Saya masih tetap rekemenkan hostel akak ni kat orang lain sebab akak baik, hehe.."

Aku takdelah kecewa sangat sebab tu bukan salah dorang pun. Lagipun benda dah jadi...

Jadinya baju tu dikembalikan kepada aku dalam keadaan basah baru keluar dari mesin basuh. Berat beg bertambah dan aku kena cari jalan untuk keringkan pakaian aku nanti setiba di KL. Kalau tak semerbaklah nanti bau baju aku, malu kat orang...

Budak baju merah tu bawak aku pegi kedai dobi tu dulu ambik pakaian aku..
Menunggu pakaian aku tengah dibasuh
Dah settle segala baru budak tu hantar aku ke stesen bas. Taklah jauh sangat pun tapi sebab panas terik aku bersyukur jugak membonceng belakang skuter ni. Alhamdulillah, selamat kulit aku dari kegelapan sekejap, hihi...

Tunggu kat sini untuk naik bas 152 ke airport
Sampai airport, masih ada banyak masa untuk aku berlegar-legar dan tido. Flight balik ke KL smooth jer dan kapal landing lebih kurang pukul 6.30 petang. Macam mimpi pulak aku dah balik dari Saigon.

Bye bye Ho Chi Minh...

Begitulah serba sedikit perjalanan pendek aku ke Ho Chi Minh. Malamnya, aku spend tido kat airport lagi sebab nak kejar flight pagi keesokannya...

Tido bertemankan baju-baju yang basah dalam beg, huhuk...

Sekian...terima kasih sudi membaca :)


4 comments:

  1. byk pulak kapel buat potoshoot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. actually ada satu lagi wedding couple tengah bergambar sakan kat situ jugak tapi saya tak ambik gambar..

      Delete
  2. bawak balik baju basah?
    alahai siannya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. kesian kat diri sendiri pastu bukannya terus balik kampung esoknya. Saya sambung ke tempat lain pulak, huhuk..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...