Pages

Wednesday, 17 December 2014

Saigon, Bukan Shopping Trip

Assalamualaikum..

Bendera Vietnam berkibar kencang ditiup angin

Plan asal aku sebenarnya nak ke tempat lain, tapi disebabkan ada banyak drama sinetron berlaku aku end up ke sini. Short trip selama 3 hari bersyarat tidak boleh shopping.

Pegi tukar duit cukup-cukup untuk jenjalan jer sebanyak RM300. Macam banyak jugak aku pi tukar..

Last-last balik aku ada lebihan lebih kurang RM100 camtu. Boleh cover untuk next trip, hehe..

Perkara pertama aku fikir adalah pengangkutan. Aku opted ambik public bus dari airport ke bandar dan dari bandar ke airport. Selain dari tu, aku jalan kaki jer pergi ke attraction places.

Murah bangat-bangat yer kalian semua. Tambang 5k dong sahaja (tambah lagi 5k dong jika ada luggage).

Untuk accommodation, aku menginap di New Saigon Hostel terletak kat District 1. Katanya backpacker area, jadi banyak hostel murah-murah.

Sungguhpun begitu, hostel ni agak jauh dari Ben Thanh market dan kawasan tarikan sekitar. Fikir positif, aku berjaya mengurangkan lemak seciput di badan sebab banyak jalan kaki, hehe...

Cuma kalau orang suka shopping tempat ni macam tak berapa sesuailah kot..

Nama: New Saigon Hostel
Rate: 8usd/night untuk 6-bed share bathroom (include breakfast)
Review: Terbaik. Nanti cerita detail kat lain entri.

Dari segi makan, nak dapatkah halal foods takde masalah lansung especialy area Ben Thanh tu. Melambak kedai makan halal dan orang-orangnya pun boleh cakap Melayu.

Satu jer aku tak berapa berkenan, mahal nak m**** harga dia kalau ikut tahap aku. Jadinya, aku makan nasi cuma sekali sehari jer kat situ.

Pho Mee, wajib dicuba
Kopi Ais Vietnam, aku try gak walaupun tak berapa minum kopi

Disebabkan masa yang terhad, aku cuma berkesempatan ambik Cu Chi Tunnel Tour jer kat sini. Satu pengalaman yang best dan menambahkan ilmu pengetahuan aku terhadap sejarah perang Vietnam dahulu kala, hehe...

Overall, aku berjaya memanfaatkan masa pendek trip ni semaksimanya.

Petang-petang aku duduk lepak kat taman-taman termenung, perati orang lokal dan foreigner beriadah, menari, bersenda gurau dan berbisnes.

Buat julung-julung kalinya aku pergi bersenam bila bercuti kat tempat asing. Sapa suruh peralatan senaman yang sangat banyak disediakan di taman sini. Buat tabiat betul kan...

No wonder jugaklah orang Vietnam slim-slim belaka..

Antara peralatan senaman yang disediakan
Sampai ke malam bebudak ni main sepak takraw
Nak komen lebih-lebih rasa tak wajar pulak sebab aku sekejap jer kat Ho Chi Minh ni.

Walaupun ada banyak benda tak elok aku baca dan dengar berkenaan dengan penipu-penipu yang banyak di sini, alhamdulillah aku tak terkena. Nampak ada cubaan pelik-pelik dari orang yang aku tak kenal, aku angkat kaki awal-awal.

Cuma tak sahlah kalau smooth memanjang kan. Ada juga hiccup sikit-sikt tapi aku cuba fikir positif. Yang penting sekali enjoy dengan apa yang ada..

Nanti-nanti aku cerita detail lagi. Lagipun, orang Malaysia berlambak dah datang sini. Aku jer lambat datang seru..

Till then, tata



14 comments:

  1. Best juga ni, boleh terjah hujung minggu je... dolu-dolu pergi tak sempat nak ronda town...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tengok bayak giler Malaysian kat sini datang semata-mata nak shopping jer hujung minggu.

      Delete
  2. part bersenam di luar negara tu memang terbaikla....aku paling kuat pun jalan kaki je la exercise aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula ingat nak duduk-duduk jer lepak kat taman. Sekali tengok diaorang menggoda betul lah bersenam, berjoging, menari aku pun join sekaki. Fuh, terus aku rasa nak mengamalkan gaya hidup sihat hari-hari, hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Haha!! Sebab tak shopping. Kalau tak mao aku angkut berkantung-kantung beg balik..

      Delete
  4. alamak, baru nak suh cikviva baca
    upenya dia siap komen, huhu

    haah la, kita pun rindu pho mee
    igt nak gi jalan2 makan2 je
    xnak sopim dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dapat tahan godaan tak lalu ben thanh market tu?

      Delete
  5. Pertama kali pegi memang shopping abes... kali kedua tu gi perati2 orang je sambil minum kopi. maybe kalau ada kali ketiga nk try mee pho tu pulak...

    ReplyDelete
  6. kiranya LD x ikut tour ke Sungai Mekong lah yek...lorr..x shopping ke..tak tergoda dengan kain2 dan tudung yg murah2 tu :-)

    Ha'a..mmg betul..Ho Chi Minh adalah syurga shooping orang Malaysia itu sbb semua transaksi jualan dan bayran byk guna RM..x perlu nk susah hati tukar byk duit ke VND

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah JM, sebab 3 hari jer kat situ jadi saya tak sempat nak ambik tour Sg. Mekong tu. Maybe next time:)
      Kali ni berjaya menepis semua godaan untuk shoping kat situ. Nasib baik bawak duit sikit gak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...