Pages

Tuesday, 15 July 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 15 - Gem Scam By Thai People

Assalam..

"..%^&(&(*%$##!@... kap kap kap.."

"??Sorry, i don't speak thai.."

Tu lah permulaannya kepada sebarang scam yang meibatkan foreigners. Aku silap sebab menjadi terlebih friendly dengan stranger.

****************************************************************************

Lihat dari map, nak jalan kaki dari KhaoSan Rd ke Grand Palace nampak macam dekat. Perut pun kenyang lagi, bajet nak mengeluarkan peluh lah sambil-sambil buang kalori.

Tunggu traffic light bertukar hijau, sorang lelaki Thai tegur aku sambil bercakap Thai dan tangannya bergerak menunjuk ke satu arah.

Buat muka blur, aku gelengkan kepala isyarat tak faham apa dia cakap.

"Ohh.. you're not Thai? Sorry, sorry.." berkali-kali dia mintak maaf. Okaylah, no big deal bagi aku.

Dari situ, dia dengan peramahnya tanya aku dari mana dan buat apa di Bangkok. Aku pulak bengong pegi jawab semua soalan dia dengan jujurnya.

Tip 1 - Jangan sekali-kali berlaku jujur kepada stranger especially bila tiba-tiba sangat berminat dengan apa yang kita buat. Tambahan bila stranger tu boleh cakap English yang agak lancar. Penduduk tempatan Thailand diketahui lebih prefer untuk berbahasa ibunda daripada English walaupun dengan foreigners.

Dengar aku cakap nak ke Grand Palace, lelaki itu mengerutkan dahi.

"Miss, today is a big day for Thailand people. This is the special day whereby the Grand Palace will be closed for half day to allow our monks performing the sacred ritual. It will reopened at 2 pm."

"Oh, really?" Aku buat muka frust dengar dia cakap macam tu. Time ni automatik aku fikir plan B, nak patah balik ke Chao Phraya River lepak untuk cari mana nak pegi.

"But don't worry miss. As today is sacred day for Buddhist, our government give discount to selected tuktuk company to bring tourist to our other temples."

Kalau fikiran masih waras, time ni dah boleh blah dari laki ni. Tapi aku dengan naifnya dengar jugak dia explain.

"You can go to Lucky Buddha, then to this temple bla bla bla..."

"Sorry, i'm not interested to go there right now. I just want to go back."

"You know, you can go to all these temple and only pay 20baht for whole journey. But don't take any tuk tuk. Just tuktuk with yellow plat number because that's the only tuk tuk given discount by our government"

Panjang lebar laki ni explain kat aku. Aku pulak fikir baik jer ingat dia ni berhati mulia tolong tourist macam aku.

"I can only help you with information only miss. You can find those tuk tuk here but be careful not to ride on other tuktuk. Those are liar."

"Ohh.." pendek jer aku jawab.

Tengok muka aku macam terpedaya jer, laki ni terus cakap,

"Ok miss, enjoy your day. I need to get back to work now. I'm working at that hotel," sambil jari dia menunding ke arah satu hotel depan kami.

Lepas say bye bye kat dia, aku patah balik berkira-kira nak naik tuktuk. Time ni aku fikir murah giler bayar 20baht jer untuk bawak pegi banyak tempat.

Tip 2 - Grand Palace tidak pernah ada closing day. Temple ini dibuka sepanjang tahun dan sebarang maklumat mengatakan ia ditutup adalah tipu bertujuan untuk memperdaya pelancong.

Baru jer beberapa langkah berjalan, aku disapa oleh sorang pemandu tuktuk. Mula-mula aku reject tak nak naik..

"Miss, i can bring you to our temples with only 20 baht. You can go to this temple, this, this and this. Then, i can bring you to Grand Palace just in time the palace open back at 2pm."

"Really?" Time ni aku mula terpedaya sebab ingat boleh jugak jalan-jalan tengok temple lain sightseeing sementara tunggu Grand Palace bukak.

"Yes miss. My tuk tuk is one among many tuk tuk  given discount today. If you don't believe me, you see my plat colour is yellow, goverment tuk tuk. You see that tuk tuk colour, not yellow right means not government tuk tuk, no discount"

Tip 3 - Walaupun rasa macam kebetulan, sebetulnya dua lelaki ni adalah accomplice. Sorang pretend macam local people yang baik hati manakala sorang lagi memang beraksi jadi pemandu tuktuk supaya tourist lebih percaya dengan penipuan pasal Grand Palace ditutup.

Kat sini, aku macam bodoh sebab setuju untuk naik tuktuk. Just a moment sebelum dia bawak aku, dia cakap,

"Miss, after you finish visit other temples, i need to bring you to our Souvenir Store, under our Government store. You can buy many souvenir there including gems."

"No, i don't want to go there. I don't want to buy anything and i don't have extra money."

"Miss, help me in this one. You don't need to buy, just see see only. When i bring you there, the store will give me fuel coupon. You can be there for 5 minutes only then i'll take you to Grand Palace after."

Ni lah aku tak berapa berkenan walapun aku macam terpedaya jugak bila tengok dia buat muka kesian. Katanya, dia perlukan kupon minyak tu dan aku hanya perlu masuk sekejap pastu keluar balik dari kedai nanti.

Aku tak tahu kenapa tapi instint aku macam berkata-kata tidak walaupun otak aku setuju dengan cadangan lelaki tu.

Last-last, mulut aku lancar jer cakap tanpa fikir

"I'm sorry, but i need to see my friend first before agree. He's waiting for me now at the hotel."

"Where are your friend? I can take you there then we can go to the temples."

"Just nearby only. It's okay, i need to see him now. Bye"

Sepantas kilat, aku keluar dari tuk tuk berjalan laju jauh dari pemandu tuktuk tu. Aku tak tahu nak ke mana lagi, yang pasti mesti jauh dari dia..

Memang aku selamat buat masa ini dan aku sangat bersyukur. Kalaulah aku setuju naik tadi, aku pun tak tahu apa yang terjadi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk mengesan pembohongan orang ni.

Sebenarnya, ada banyak cara digunakan oleh sindiket penipuan ini. Yang ini adalah daripada pengalaman aku sendiri. Kemuncak penipuan ini adalah untuk mengambil duit tourist semaksimum boleh.

Lepas peristiwa tu, aku dapat satu pengajaran. Sebelum ke mana-mana tempat yang unfamiliar, aku kena buat research sedikit pasal tempat tu especially yang melibatkan scams. Kat bawah ni aku dapat lepas google dan harapnya untuk korang yang teringin ke Bangkok boleh klik bawak ni sebagai persediaan:

Bangkok Scams 

Thaitravelblogs

Niat aku baik, sebab aku hampir terkena. Seseronok mana pun main redah bila travel, aku kena peruntukan sedikit masa studi. Bak kata orang putih, "Prevent is better than cure"

Tapi, despite all of this scam, Bangkok still a nice place and do have a lot more things to offer. Tiada penyesalan kerana dari situ aku belajar sesuatu yang lebih penting.

Aku sendiri masih teringin untuk repeat balik ke sini.

*Mode teringat chai yen dan pad thai, nyum nyum*

Tengok balik stok gambar, ada rupanya gambar laki lokal yang penipu ni walaupun sipi-sipi jer. Gambar diambil waktu tengah tunggu trafik light tukar hijau..



9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. fuh... nasib baik terfikir idea nak melarikan diri. kadang2 those people yang involve dengan scam nih memang convincing giler bila bercakap.
    *cha yen memang berhantu... jom ripit! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. betul-betul ni jadi pengajaran. Diaorang sangat pandai berlakon, sebab tu jugak saya mudah terpedaya.

      Ripit, Jom anne !! buat misi memburu makanan/minuman berhantu Thailand:)

      Delete
    2. jom! bila agaknya nak ripit tu?
      confirm bila balik naik berkilo2, haha..

      Delete
    3. Takpe makan dulu menyesal kemudian, haha..

      Kalo ikut perancangan, maybe next year kot. Tapi tau2 jerlah kepala giler, tiba2 rasa kuat nak pegi terus terjah tiket:)

      Delete
  3. The same scam aku kena haritu. But mine kena masa nak gi Platinum Mall. Minah tu siap cakap Weds tutup, only open halfday. Pastu dia tanya aku nak gi mana, I told her nak gi Siam Paragon. Laju dia suru gi Thai Center which kononnye just belakang Siam Center untuk beli souvenir mura. Aku bagi muka 'halau orang' aku, terus minah tu xjadi cakap lagi. Aku dahlah lapar masa tu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tabik kat ko Bibie. Ada gaya tersendiri nak get rid these kind of people. Rasanya aku kena belajalah buat muka macam tu next time..

      Delete
  4. Jgn kata LD, klau Jm d offer macam tu pun akan tergoda dan terpedaya jgk nasib LD x mudah accept offer dorang tu seram pulak dgr. Tak pe boleh jadi pengajaran jika Jm nk ke sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang bernasib baik jugak masa tu. Memang dapat satu pengajaran besar lepas tu, kena research jugak pasal scam kat city-city yang kita tak pernah pegi just in case. At least untuk orang lain yang tak pernah tahu tu akan dapat information berguna jugak..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...