Assalam..
Aduh.. lama betul tak menjenguk blog ni. Rasa nak menaip dah ke laut tapi mengenangkan aku perlu buat jugak untuk kenangan dan rujukan aku sendiri in future, bukak laptop dengan hati yang berat. Fuh...
***********************************************************
09 April 2014 (Rabu):
Pagi ni bangun dari katil segar sungguh aku rasa. Kemaskan diri terus terjah ke lobi bawah hostel untuk breakfast. Nasib baik hostel ni ada sediakan free breakfast. Walaupun roti dengan jem jer, aku syukur sangat-sangat sebab semalaman perut aku belum berisi makanan berat.
Kenyang perut, aku memulakan langkah berjalan. Nak ke mana dulu?
Hostel ni terletak tak jauh dari Khaosan Rd. Tengok map, ada tebingan sungai Chao Phraya yang glemer tu dekat jer untuk jalan kaki.
Jom ronda-ronda apa yang ada di tebingan Chao Phraya..
|
Pagi-pagi tengok ramai jugak yang berniaga tepi jalan macam ni |
|
Kalaulah aku boleh baca tulisan ni |
Rupanya di tebingan sungai Chao Phraya (Phra Arthit Pier) ni ada taman untuk bersantai dan bermenung ria. Cantik taman ni, terjaga jer aku tengok.
Santichaiprakarn Park ,tu dia berbelit lidah aku nak menyebutnya. Yang best pasal taman ni, aku rasa aman damai dan tenang jer duduk sini walaupun lokasinya tak jauh dari hiruk pikuk kebisingan tahap dewa area Khao San.
Bersebelahan taman tu ada kubu yang agak menarik untuk dilihat. Bila aku google, baru aku tau nama kubu tu. "Phra Sumen Fort", antara last two remaining fort kat Central Bangkok.
|
Phra Sumen Fort in Thai |
|
Phra Sumen Fort |
|
Cantik jer kubu ni aku tengok dari park |
Rupanya boleh masuk kubu ni. Aku jer tak tahu main snap gambar dari luar. Kalau masuk, boleh naik dan tengok view surrounding. Tak lupa view Chao Phraya River beserta dengan pembangunan seberang sungai.
|
Aku tak tau pun yang taman ada operating hours jugak. Ingatkan bila-bila masa jer boleh datang lepak.. |
|
Sebut betul-betul "Santichaiprakarn Park" |
|
Krew pengambaran spotted |
|
Ada ukiran seni kat dinding menambahkan keunikan taman |
|
Sangat teliti ukiran kat sini |
|
Siap ada colurful bunga lagi |
|
Sekarang, ke waterfront pulak.. |
|
View across the river |
|
Katanya ni extension bridge of Rama VIIIyang aku tak tahu siapa |
|
Phra Arthit Pier |
|
Banyak jer bot-bor yang lalu. Sungai Chao Phraya ni medium penting gak untuk transportation selain dari train dan bas |
|
Bersih jer kan taman ni.. |
|
Pagi-pagi nampak diaorang ni bekerja membersihkan taman |
|
Dah kerja, lepak kejap bergosip :) |
Overall, tak rugi datang sini. Penat-penat berjalan jauh boleh singgah untuk lepaskan lelah sambil menikmati udara segar, burung berkicauan dan tengok ragam manusia, hehe..
|
Tepi taman ni, nampak akak bertudung jual minuman. |
|
|
|
Jalan raya sibuk, ni pakcik polis trafik jaga lalulintas |
Aku sebenarnya belum ada proper planning hari ni nak ke mana. Yang aku pasti, nak cari tempat makan yang halal dulu. Aku pernah baca kat blog orang (tapi tak ingat siapa) cakap kat area Khao San Road ni ada restoran muslim tapi tak pasti pulak mana.
|
Khao San Road di siang hari |
Jalan tak tahu arah yang betul sampai masuk lorong-lorong kecik, aku nampak sorang pakcik pakai kopiah. Tanya dia, pakcik tu bagitau ada tempat makan halal berdekatan sekali dengan masjid. Siap dia kasi bagi detail direction kat aku.
Terima kasih pakcik, aku ikut cakap dia dan terus aku jumpa lorong kecik tersembunyi sikit dari jalan besar. Betul-betul tak jauh dari Khao San Road.
|
Lalu lorong kecik ni semua kedai makan halal |
|
Masuk satu kedai ni kat lorong yang sama |
|
Finally, jumpa masjid yang lokasinya tersorok sikit. |
|
Order Chai Yen |
|
Lorong dari jalan ke masjid |
|
Memang betul cakap ramai orang, Chai Yen (Ice Milk Tea) kat Bangkok memang sedap |
|
Pilihan makanan yang ada, satu lauk tu 50 baht. Aku pandang rendah pada level kepedasan lauk ni memula |
|
Aku dengan sifat tamak sinonim agaknya.. Ambik sampai dua lauk pastu tak habis pulak.. Perangai buruk yang susah betul aku nak kikis.. |
|
|
|
Close up sikit muka tuan punya kedai.. Berdebu cakap Thai dengan orang sebelah |
Bila perut dah kenyang, baru aku dapat berfikir dengan betul. Jadinya lepas makan ni aku decide nak pegi ke Grand Palace dan beberapa temple yang lain berdekatan. Bukan niat tak betul, tapi aku nak lihat sendiri keunikan building temple kat sini.
Lagipun, ni adalah attraction places yang dalam walking distance jer dari Khao San Road (40 - 50 minit ikut pace aku)
Far from my sane mind that i almost get scammed on my way to those temples..
|
Songkran Festival yang berlaku beberapa hari lagi |
Jgn kataLD, Jm pun malas tahap gaban baru up 1 entri je bln ni x de mood betul nk sambung tulis adoyaiiiii
ReplyDeleteBangkok oh bangkok huhuhu x de rezeki terpaksa cancel trip ke sana dek kerana polemik politik tu walhal dh prepare itie huhu
Rasanya macam dah berkurun tak dengar cerita JM... Biasa kan JM rajin update blog, jadi bila senyap jer rasa sunyilah pulak dunia blog:)
DeleteTakpe JM, keselamatan diri lebih penting time tu. Insyaallah, next time pasti JM akan jejak kaki kat sana:)
Ada pesta air eh masa LD pg? cm best je tengok..
ReplyDeleteMasa saya pegi tu belum lagi. Kiranya diaorang tengah buat persiapan untuk festival Songkran tu starting Sunday. Saya pulak dah balik KL dua hari awal jadi memang tak berkesempatan untuk lihat festival air ni..huhuk..
Delete