Sebelumnya aku nak listkan antara blog-blog orang yang aku skodeng untuk menjadi rujukan aku untuk ke Macau:
Supermeng Malaya, Jari Manis, Shah-rule & Kaki Berangan
Macau Museum:
Museum ni aku dah sampai tapi tak dapat masuk sebab pegi salah hari. Operation hours dia aku ada letak kat sini. Sapa-sapa yang minat nak tahu culture tradition, sejarah atau gaya hidup serta benda-benda berkaitan dengan Macau bolehlah jengok kat sini. Tak jauh pun dari Ruins of St.Paul's cuma kena naik tangga sikit jer lagi.
Macau Mosque:
Sebelum pegi hari tu beria-ria hati aku masukkan masjid ni dalam list wajib pegi. Bila dah sampai, planning entah ke mana aku terus tak sempat jejak kaki ke sini. Since Muslim merupakan golongan minoriti jadi masjid dan kawasan perkuburan pun ditempatkan sekali kat sini.
Macau Giant Panda Pavillion:
Aku tak tahulah kenapa tapi automatik level jakun tu naik kalau sebut panda. Tulah pasal ada frust sedikit bila tak jejak kaki ke sini padahal senang nak reach via public bus. Tempat ni terletak kat Coloane dan entrance fee kalau tak silap adalah MOP10 sahaja.
Last day tu aku dah tak kemana-mana lagi except pegi cari makanan jer. Overall belanja kurang RM400 tak termasuk tiket flight. Part tido memang dah free, transportation pulak most of it free, jadi duit untuk entrance fee dengan makanan jer. 2 hari aku tinggal luggage kat kaunter bayar MOP160 (RM64). Souvenier aku beli fridge magnet jer asal cukup syarat ada kenangan. Rasanya tu jer kot belanja aku kat sini.
Banyak orang memilih untuk daytrip jer ke sini kalau destinasi asal adalah Hong Kong. Aku pulak dah sampai sini automatik mood berjalan jadi kurang bertukar menjadi nak senggang jer. Memang tak untung lansung kalau ada orang lain ikut. Boleh jer aku ronda-ronda bandar, taman dan laluan pejalan kaki ambik angin tak buat apa-apa selain tengok ragam orang jer. Tapi begitupun aku tetap puas rasa macam tak ingat segala masalah yang ada di tempat kerja. Kalau ikutkan tempat nak pegi mungkin tiga empat hari akan cukup untuk cover, memaksa aku untuk considerkan trip repeat ke sini. Alahai, tunggulah kalau ada rezeki dan umur panjang impian terjun dari Macau Tower akan tertunai, insyaallah..
![]() |
Fighting walaupun tak kuat.. |
![]() |
Finally kapal balik KL datang.. |
![]() |
Kebulur nak makan sedap.. |
![]() |
Memang sedap!! Antara favourite food to order kalau naik AA |
![]() |
Ni je lah yang aku beli. Fikir balik sekarang macam nyesal tak beli banyak hari tu. |