Pages

Sunday, 8 September 2013

Trip to Singapore: Day 3

24 Ogos 2013:

Pagi Sabtu tu aku macam biasa bangun agak awal (kalu ikut standard jam aku la). Kat hostel ni memang susah nak bangun lewat sebab pagi-pagi dah terdengar macam-macam bunyi dibuat oleh penghuninya. Lepas mandi, aku naik ke rooftop untuk breakfast roti dan conrflakes sambil-sambil tu fikir nak pegi mana. Otak ligat fikir nak pegi trekking tapi tengok cuaca memang panas sangat. Jadinya, aku kira pepagi ni aku nak buat light walking je pegi meninjau barang shopping kat Bugis St.

Bugis Street:
Orang kata kalau nak barang murah dan boleh bargain pegi sini. Aku dulu pernah pegi sini tapi setakat beli fridge magnet dengan souveniers jer. Kali ni aku pun tak tahu apa nak beli just tengok-tengok dulu mana yang berkenan. Disebabkan aku stay kat area Bugis ni, aku hanya jalan kaki jer untuk sampai ke Bugis Street. Tak jauh manapun, dalam 10 ke 15 minit berjalan dah sampai (ni kalau ikut stail aku jalan berlenggang). Wandering dari satu kedai ke kedai yang lain, hasilnya aku grab 2 helai baju dan seluar kat sini. Magnets pulak aku tengok yang kat Kpg Glam lagi murah jadi aku tak jadi nak beli kat sini. Jalan-jalan sampai penat tengok jam dah pukul 12.30pm aku gerak kaki nak balik ke hostel. Walaupun tempat tu beratap tapi boleh terasa bahang kepanasannya. Jalan balik melalui shopping mallnya aku singgah kat KFC dia sebab nak lunch dulu. Baberapa kali aku ternampak poster iklan bergambar kat jalan aku teringin nak merasa menu KFC ni. Walaupun kat Malaysia pun ada tapi aku tengok menunya ada lain sikit tu yang aku teringin. Aku ambik Zinger Chicken Rice set serta dengan add on chicken drummet lagi hanya costs me SGD7. Murah jugak tu dan penting sekali sedap dan aku puas makan.

Bugis Street dari seberang..
  
Nilah iklan KFC yang aku selalu tengok, buat aku teringin sangat nak makan ni
Rupa sebenar bolehlah hampir sama dengan gambar iklan yang penting sedap!!
Sampai kat hostel baru pukul 2 pm aku kira nak relak dulu. Mulanya ingat nak mandi sebab badan dan berpeluh sangat tapi disebabkan keletihan aku baring terus atas katil dan tido. Bangun balik dalam pukul 3 lebih aku nampak Hani ada kat atas katil aku jadi kitaorang pun berborak. Dia pun nak getting ready jugak untuk tengok konsert malam ni. Aku pulak masih berfikir nak pegi mana pulak lepas.. Fikir lama-lama sorang penghuni tu tegur aku. Kitaorang berkenalan dan berborak. Namanya Rachel dari Seoul, Korea. Dia tanya apa plan aku malam ni. Aku cakap macam nak ke Sentosa jer nak jalan-jalan kat situ tapi tak definite lagi. At last dia cakap nak ikut aku pegi jalan malam ni. Aku pun ok jer lah since aku sorang jer. Berteman kadang-kadang fun jugak. Lepas tu sorang penghuni ni dengar kitaorang cakap nak pegi Sentosa dia pun nak join jugak. Umm, bertiga pun okay lah aku fikir. Cuma aku cakap tak nak pegi awal sangat sebab masih panas membahang lagi kat luar. Diaorang pun setuju jadi kitaorang relak kat bilik sampailah pukul 6.30pm baru gerak keluar.

Sentosa Island:
Perjalanan kat sini kita orang gerak dengan santai jer sebab takda apa nak dikejar.Tanya diaorang nak kemana dah sampai Sentosa nanti sebab tempat tu kan besar, diaorang cakap tak tahu ikut aku jer. Aku pun tak tahu sangat, fikir balik hari dah malam maybe nak pegi pantai jelah. Sampai kat stesen MRT, kena tunggu pulak si Rachel dan Echo (geng baru dari China) berbaris beli tiket pulak. Aku sebab dah ada tourist pass tak perlu nak que. Seriously, memang banyak buang masa kat line beli tiket malam tu. Sampai Vivo City kena bayar lagi SGD4 untuk return tiket monorel ke Sentosa dari sana. Aku pun ada EZlink card jadi aku gunakan jer, nasib baik masih ada balance hari tu. Berenti kat Beach Station sebab nak pegi pantai kat situ. Jalan-jalan kat kaki pantai, beli air singgah masuk kat Wave sebab nampak ada orang buat performance kat situ. Ada satu sifat si Rachel ni yang aku perasan, dia sangat suka bergambar. Every place yang kami lalu dia mesti nak singgah sebab nak ambik gambar. Aku dengan Echo senyum jer tengok gelagat Rachel ni. Padanlah, umur dia pun muda lagi macam kanak-kanak riang pulak aku tengok. Penat jalan kat situ, Echo cakap dia lapar nak dinner. Memang patut jugaklah jam dah pukul 9pm tak makan sejak tengah hari tadi. Aku pulak boleh selamba cakap nak makas chili crab yang popular kat Singapore ni. Diaorang setuju jadi kitaorang pun gerak balik ke monorel nak pegi ke kawasan Boat Quay.

Ni tempat orang main ombak buatan tu, tak ingat namanya
Malam ni ada orang buat performance tapi suara biasa-biasa jer..

Singapore Seafood:
Aku ni mulut main cakap jer padahal budget tak kira lagi. Kitaorang sampai sana terus survey-survey kedai seafood yang menarik. Akhirnya, kitaorang sepakat pilih satu kedai ni tepi sungai sebab nampak menu dia cantik jer. Aku kira dalam hati tak akan mahal sangat kot kalu bahagi 3 orang ni. Tak nak susah hati fikir, kami pilih menu yang diinginkan iaitu Nasi Goreng Thai, Chili Crab, Ikan masak Sambal dan Sayur Kailan. 4 menu sahaja tetapi bila bil datang, ya Allah terbeliak biji mata kita orang tengok. Nak tahu berapa total => SGD325!! Si Rachel dah tak senang duduk sambil mulut dia cakap mahal. Aku pulak dah tak dapat fikir apa terus buka purse cek cash cukup ke tak. Nasib baik ngam ngam tapi melayanglah duit aku yang selama ni aku jimat. Hanya Echo jer nampak relak tu pun dia bayar guna kad kredit sebab tak cukup cash. Habis lari budget aku kat sini, tulah teringin sangat nak makan seafood. Nak sedapkan hati, Echo cakap makanan sedap-sedap belaka pastu dapat tengok view cantik sambil makan kat sini.

Nilah kedai seafood tu..
Ada bar bersebelahan kedai ni, kitaorang cuci mata dan telinga kat sini..
Sayur kailan biasa jer macam kat tempat aku jugak..
Inilah menu yang 'membunuh' kitaorang punya duit, Chilli Crab nasib baik sedap..
Nasi goreng, berpuluh dolar jugak harga ni.. fuuhhh
Ikan masak sambal tapi tak pedas pun, yang ini SGD100
Lepas bayar, kitaorang gerak berjalan menyelusuri sungai kat situ berjalan kaki sambil tengok pemandangan malam. Jalan-jalan sampai ke Clarke Quay memang kehidupan malamnya sangat aktif. Banyak sungguh manusia kat situ tak seperti waktu malam. Tengok jam alamak, rupanya dah pukul 12am patut dah gerak balik ke hostel. Masalahnya train dah tutup operasi. The only choice adalah teksi tapi tengok muka masing-masing tak nak guna duit lagi sebab dah terbazir kat seafood tadi. At last kitaorang sepakat jalan kaki balik hostel dari situ berpandukan maps. Memang aku gagahkan diri malam tu sebab balasan diri sendiri tak pandai nak control duit. Entahlah, bab lain boleh jimat tapi kalau tiba hal makan, terus hancur lebur usaha nak jimat. Kitaorang jalan balik ambik masa nak dengan setengah jam jugak kot. Nasib baik jalan tak sunyi sangat, ada jer orang lain lalu lalang jugak even dah tengah malam. Teksi pun banyak yang lalu sepanjang perjalanan. Finally nampak Raffles Hospital, hati aku dah makin excited tahu tak lama lagi sampai. Kaki makin cepat melangkah, walaupun badan dah habis berpeluh.

Sepanjang tebing sungai di area Clarke Quay memang banyak manusianya..
Sampai jugak kitaorang kat bilik, masing-masing tak sabar nak bersihkan diri. Aku pun cepat-cepat basuh muka, berus gigi, terus lompat atas katil tanpa mandi. Memang kalau kat rumah kena tegur ni nasib baik aku sorang jadi koboilah jawabnya. Terus tarik selimut aku tertido dengan baju yang tidak bertukar..




Saturday, 7 September 2013

Trip to Singapore: Day 2 (Part 2 - Gardens By The Bay)

Bangun dari tido tengahari tu aku perasan ada orang kat atas katil aku. Aku dengan ramahnya memulakan sesi perkenalan. Namanya Hani dari Indonesia. Datang sini seorang sebab nak tengok konsert Metallica yang dijadualkan perform malam esoknya. Wah! sanggup dia datang jauh dan bayar tiket lebih mahal dari tempat sendiri. Alasannya sebab Singapore lebih happening dan keselamatan lebih terjamin kalau menonton di sini.

Lepas berbual seketika aku bersiap pulak nak ke Gardens By The Bay yang menjadi bualan kebanyakan tourist ke Singapore. Perut masih kenyang jadi aku hanya membawa bekalan air mineral sebagai barang wajib dibawa kat sini. Memang akan cepat haus dan kering tekak kalau kat sini. Menyesal aku tak bawak sunblock..


Totally agree..
Memandangkan garden ni terletak berdekatan dengan Marina BaySand, jadi perjalanan nak ke sana pun sama jugak. Ada banyak direction board yang terpampang menjadi rujukan dan chances untuk sesat almost impossible kecuali orang tu tak tahu membaca ataupun malu bertanya

Aku sampai kat situ lebih kurang pukul 6pm tetapi cuaca masih panas sangat. Memang penat kalau berjalan time cuaca begini dengan sunblock nya aku tak bawak. Sampai je memang ramai pengunjung kat situ. Aku tengok bukan main besar lagi garden ni tak seperti yang aku bayangkan. Banyak section pulak tu. Pada aku motif utama aku kesini adalah kerana Supertree Grove yang rupanya ala-ala Avatar aku tengok. Jadi aku pun wandering jelah kat garden tu sambil tengok-tengok taman dan amik gambar sementara tunggu sunset. Kalau jalan kat sini tiada bayaran dikenakan tapi kalau nak masuk Cloud Forest dan Flower Dome, ada bayaran masuk dikenakan. Aku tak tahu berapa sebab aku tak masuk situ. Aku cuma pegi kat pokok-pokok yang colurful tu dan aku bayar SGD5 untuk naik Skyway selama 15 minit sahaja.

Masih sangat panas ni..




Ramai betul photograher kat sini, macam ada buat kelas jer
Haus sangat sambar air ni, sedap harganya SGD3.60
Tak masuk tapi ambik dari luar jer..
Bersebelahan jer ngan Cloud Forest tadi..



Sekali lagi aku naik tempat tinggi padahal azalinya aku ni gayat. Permulaan sampai kat atas tu aku tarik nafas panjang-panjang dan tutup mata kejap. Since dah bayar nak tak nak aku kena lawan jugak feel takut tu. Aku beranikan diri berjalan kat skyway tu tapi kat tengah-tengah tu aku jadi tak keruan. Sambil mencepatkan langkah aku berjalan lansung tak tengok bawah. Akhirnya aku sampai ke penghujung tapi ada sikit tak best sebab aku tak menikmati sepenuhnya panorama kat atas tu. Takpelah, at least aku melawan jugak rasa takut tu.

Baca dulu sebelum jalan, dah start gegar dah tubuh badan padahal tak tinggi sangat pun 22m jer..



Senja dah menjelma

Turun je kat bawah, aku ingat nak terus balik. Boleh pulak on the way balik tu aku terdengar ada seorang perempuan ni borak dengan kawan dia nak cari best spot tengok show. Aku pun "ting!!", ada show ke kat sini? Tak jadi nak keluar, aku patah balik tanya seorang staf kat garden tu. Rupanya ada light show pukul 7.45pm. Aku tengok jam dah pukul 7.40pm ngam ngam untuk aku tengok. Sebab semalam aku ada tengok light show jugak depan Marina BaySand, jadi aku taklah excited sangat. Cuma alang-alang dah kat tempat orang ada show yang free pulak baik tengok jelah kan..

Show bermula tepat mengikut jam. Aku rasa macam berpiknik pulak kat situ duduk atas rumput berhadapan dengan supertree grove tu tengok show tinggal aku tak bawak makanan jer. Selain aku, ada ramai lagi umat manusia kat situ menilmati keindahan lampu dimainkan kat pokok-pokok tu. Basically, diaorang mainkan muzik dan lights kat situ macam yang aku tengok semalam. Show ni hanya untuk 15 minit jer tapi worth to see.


Sebab aku penggemar ungu, jadi semua ni cantik sangat bagi aku




Selesai show tu, aku berjalan balik ke stesen. Kali ni aku pilih nak round shopping complex kat Marina BaySand pulak since aku tak sempat meninjau apa yang ada kat situ before. Memang fulamak, barang branded-branded belaka dijual yang harganya aku mampu telan air liur jer. Dekorasi memang cantik dan kat dalam tu, management ada buat laluan sungai dimana sapa-sapa nak naik sampan menyelusuri sungai tu kena bayar tak silap aku SGD10 per ride.

on the way keluar dari garden


Puas berjalan kat situ, aku decide nak balik hostel. Jam pun dah pukul 9pm jadi sesuai sangat untuk aku balik. Sampai balik kat Bugis stesen tu, macam biasa aku cari tempat makan dulu. Jalan meronda kat situ aku lalu beberapa kedai ala mamak tapi tekak aku time tu tak teringin nak makanan sebegitu. Aku keep walking tapi semua macam tak menarik jer. Memilih betul aku ni, mungkin sini senang nak cari makanan halal tu yang aku cerewet sikit kot.. At last, aku pegi kat Kpg Glam Cafe tu lagi makan kat situ. Aku order nasi goreng paprik seafood dan teh o ais cuma berhga SGD6. Abang yang bekerja kat cafe tu dah kenal aku terus ajak aku berborak. Aku pun layan je la since aku makan sorang kat situ. Makan dan borak, perut dah kenyang aku pun minta izin berangkat pegi balik ke hostel.


Sampai bilik, aku mandi segarkan badan dan macam biasa naik atas katil menidurkan diri. Nak plan untuk esok tak sempat lagi nak tengok mood dululah bangun esok..

Thursday, 5 September 2013

Trip to Singapore: Day 2 (Part 1 - Pulau Ubin)

23 Ogos 2013:

Pagi tu aku bangun agak awal dalam pukul 7.30am. Dengar bunyi macam-macam kat bilik pastu orang mandilah, bersiaplah, bercakaplah memang nak suruh aku angkat dari katil cepat. Kaki masih terasa lenguh lagi tapi aku kena paksa diri jugak ni angkat, kalau tak nanti sampai rumah menyesal.

Lepas mandi, aku pegi naik kat rooftop sebab nak breakfast dulu sebelum keluar berjalan. Ada bread dan cornflakes, pastu air kopi atau tea. Kira cukuplah untuk menampung perut sejam dua. Kat situ, aku berkenalan dengan satu famili dari Penang. Pakcik dalam lingkungan umur 60 tahun serta isteri dan anak-anak kiranya baya aku jugak. Memang respek aku kat famili tu. Diaorang pun suka travel jugak secara budget dan pakcik tu walaupun dah berusia masih kuat semangat lagi nak mengendung backpacknye. Dia pulak sempat cakap usia muda-muda macam aku bagus travel sementara kudrat masih ada kerana dia memulakan travel pada usia yang agak lewat. Inilah salah satu reason jugak buat semangat aku makin kuat nak berjalan, umm..

Pulau Ubin:
Selepas breakfast tu, aku pun memulakan perjalanan nak ke Pulau Ubin. Sebab apa aku nak ke situ, kerana aku tertarik dengan view bloggers yang aku baca mengatakan tempat ini totally different from Singapore yang kita lihat dan ia sesuai untuk penggemar nature. Kalau nak tahu info lebih, klik Pulau Ubin. Before tu, aku sempat membeli bekalan makanan dan Singapore Tourist Pass untuk 3 hari berharga SGD30 termasuk deposit since aku rasa EZlink card tu macam tak berbaloi je sebab aku banyak berjalan.


Cara aku kesana:
Naik MRT dari Bugis station pegi ke Tanah Merah station. Turun kat situ pegi ke Exit B untuk tunggu bas Nom.2 menuju ke Changi Point Ferry Terminal yang terletak kat Changi Village. Jarak laluan bas adalah dalam 10.8km dan stesen ni merupakan perhentian bas yang terakhir jadi tak perlu risau nak tekan loceng bila. Turun dari bas jalan sikit melalui hawker centre pastu akan nampak sign Changi jetty. Turun tangga then pegi kanan menuju ke Pulau Ubin.

Suasana dalam bas double decker, orang depan ni semua pegi situ jugak

Dah nampak boat-boat bersidai..

Bila sampai situ nak kena duduk dulu tunggu naik bumboat nak ke seberang. Diaorang akan tunggu sampai 12 orang penumpang baru akan bergerak. Since aku sampai takda orang jadi aku terpaksalah duduk menunggu yang lain. Nasib baik tak lama sangat dalam setengah jam kitaorang dah cukup orang jadi pagar pun dibuka. Naik bumboat ni kena bayar SGD2.50/pax one way. Perjalanan atas air memakan masa lebih kurang 10-15 minit. Bolehlah tak boring sangat tengok sungai dan  boat-boat lain sambil enjoy view kat situ.

Kena tunggu duduk kat kerusi sampai cukup korum
Abang driver boat

Dah sampai kat jeti Pulau tu, aku terus berjalan dan dari jauh entrance tu dah nampak. Aku kiranya nak rent basikal untuk aku pusing kat pulau tu. Ada banyak kedai sewa basikal kat pintu masuk situ sukahati kita nak pilih. Aku ambik basikal yang ada bakul cost SGD6 untuk sehari. Boleh testing dulu sebelum decide takut tayar pancit ke atau handle rosak ke. Lepas satisfied dengan condition basikal tu, aku bayar dan memulakan sightseeing kat situ. Orang kedai tu siap bagi map pulau tu dan suggest tempat-tempat menarik untuk dilihat seperti Chek Java dan temples serta shrines yang aku tak ingat nama.

Sampai akhirnya
Semangat pada mula nak pegi semua tempat, hangat-hangat tahi ayam je ni..
Deretan basikal untuk disewa, rambang mata jadinya
Akhirnya aku pilih ini, sesuai sangat..
Permulaannya aku memang penuh semangat kayuh basikal plannya nak ke Chek Java dimana boleh tengok view yang cantik kat situ. Selain aku, ada tiga empat orang lagi bersama-sama kayuh. Tapi makin lama kayuh, aku jadi bersendirian sebab teknik kayuhan tak sama dengan orang lain. Selain banyak berenti sebab nak ambik gambar, aku ni slow jugak sebab stamina tak cukup. Tulah, bersenam malas sungguh ada hati nak buat ekspedisi yang memenatkan. Ditambah pulak dengan naik bukitnya yang banyak memang aku semput nafas kayuh. Daripada jalan bertar masuk ke jalan tak berturap dalam hutan aku kayuh berseorangan. Tiba-tiba mind aku boleh terfikir benda yang pelik-pelik pulak kat situ dengan jalan yang sunyi yang ada bunyi cengkerik jer kat situ. Mulut aku mula terkumat-kamit baca Al-Fatihah, Surah Kursi serta bermacam surah pendek yang aku ingat. Memang aku ni penakut sungguh, kaki pulak walau letih tapi hati aku rasa nak cepat jer keluar dari kawasan sunyi tu. Luckily aku nampak signboard ke Chek Java dah tak jauh dan aku ingat nak berenti kat situ  tapi kes yang lain pulak timbul. Dari jauh aku nampak beberapa ekor binatang melintas jalan dan berehat kat situ tapi sebab mata aku rabun aku tak pasti sangat. Bila dah dekat sampai situ, Ya Allah, babi hutan rupanya berkeliaran. Bersopan pulak diaorang tengok kiri kanan sebelum melintas. Niat aku nak berenti kat situ terus terbantut dan aku dengan cepat kayuh basikal lalu jer kawasan tu. Takpelah, hati aku tak nyaman baik aku skip jer tempat tu walaupun dah penat gila kayuh.

Air mineral yang aku beli dah habis sebotol. Aku kepenatan dan perjalanan balik nak kena kayuh naik bukit yang banyak jugak. Last-last aku turun dari basikal dan heret basikal sambil berjalan sebab dah tak larat. Tak sabar rasa nak balik ke jetty. Lepas fikir sekejap aku decide nak skip semua attraction kat situ sebab aku dah rasa mual serta air dah habis. Walaupun rugi since dah kat situ tapi aku fikir positif jer kesihatan lebih penting sebab aku ada 2 hari lagi kat Singapore ni. Next time boleh datang balik kot, insyaallah.. (macam banyak duit aku ni).

 Jalan kosong, only me n my pink bicycle
On the way balik jetty spot lake ni, tak tahu apa nama
Terduduk kepenatan kat sini lepas sampai, adoi time ni memang dah nak muntah
Aku sampai kat kedai basikal tu aku terus lega. Perasaan mual dan pening tu makin kuat dan aku cepat-cepat duduk ambik angin kat tepi sungai. Memang nak termuntah tapi aku cuba sedaya upaya control. Bagi balik basikal kat kedai tu aku cepat-cepat nak balik jeti tunggu bumboat balik ke Changi Jetty. Waktu bagi balik basikal tu orang kedai tu siap tegur aku terkejut tengok aku cepat jer dah balik. Malas aku nak explain panjang lebar aku senyum jer cakap rushing pegi somewhere.

Tunggu kat jeti tak lama kami dah cukup 12 orang terus naik boat. Seperti biasa, bayar SGD2.50 kat tuan punya boat tu dan enjin pun start running boat bergerak meninggalkan Pulau Ubin. Sampai jeti balik tak boleh terus keluar sebab ada kastam check kena scan barang personal dulu kat situ. After everything done terus direct pegi station bas tunggu bas Nom.2 balik ke Tanah Merah station. Tak lama bas pun sampai aku segera masuk. Since aku ada tourist pass aku tak risau dengan harga tambang bas tu. Sampai kat stesen Tanah Merah, turun kat situ naik pulak MRT nak balik ke hostel. Aku tengok jam dah pukul 1.30pm memang dah cukup masa aku lunch. Kiranya aku nak berenti kat mana-mana stesen dalam laluan takut angin masuk perut pulak. Naik MRT kat situ aku decide nak turun kat stesen Eunos. Disitu, aku pegi mencari kedai makan yang available dan terdekat sebab perut dah lapar. Memang aku bertuah, sebelah stesen tu ada food hawker center yang pilihan makanannya agak banyak. Aku pegi duduk kat tempat kosong terus order 2 main meal. Memang tamak punya pasal time tu aku tak peduli. Nasib orang tamak memang tak baik. Aku tak dapat habiskan makanan kat situ, baru nak rasa menyesal. Nak bungkus aku tengok alang-alang jer yang tinggal. At last ada abang tukang ambik bekas pinggan atas meja tu aku suruh ambikkan makan situ sebab masih bersih lagi.

Sedap makanan kat kedai ni..
Nasi ayam penyek SGD4.50
Carrot Cake SGD3.50

Lepas settle semua aku pun menapak balik ke stesen MRT nak balik ke hostel. Cuaca memang panas terik aku tak tahan rasa menyengat kulit. Setengah jam kemudian, aku sampai bilik terus mandi dan terlentang atas katil keletihan. Sampai bilik aku tengok katil atas aku dah berpenghuni dan ada beg letak kat situ. Aku tak larat nak berkenalan dulu jadi aku terus buat urusan penting iaitu tido.. kroghhh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...