Pages

Saturday 11 May 2013

For A Starter..

Assalam semua..

Dalam hati ni ada banyak benda yang nak diluahkan, dikongsi tapi otak masih lambat nak memproses apa yang patut ditulis dulu. Baik saya mulakan dengan perkara-perkara yang mendorong saya nak create blog jugak.

Beberapa tahun yang lepas ni terlalu banyak perkara yang telah berlaku. Itulah, sebab saya manusia biasa ada banyak kelemahan jadi cepat lalai. Satu-persatu dugaan datang menimpa sehingga saya merasakan diri hampir jatuh tersungkur. Nasib baik ada keluarga dan kawan-kawan yang memberi semangat dan nasihat. 

Alhamdulillah, setelah melalui fasa "dark period", sedikit demi sedikit langit mula cerah balik. Baik dari segi physical dan emosi. Tahun ni bermulanya 2013 hari tu saya dah start pegi kursus beberapa bulan meninggalkan anak-anak kat kampung. Bak kata pepatah sapa saya tak ingat, setiap benda yang kita nak atau kejar pasti ada pengorbanan yang perlu dibuat. Memang betul tu..

Sekarang ni masih concentrate lagi dengan kursus yang terakhir dalam kerjaya. Insyaallah, kalau pass nanti ingat nak ambik cuti panjang. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah..

Jadi, berbalik kepada tujuan nak create blog ni, saya teringat kawan-kawan saya cakap blog ni tempat meluahkan perasaan terpendam melalui penulisan. Kadang-kadang nak luah pakai mulut x terluah. Jadi, bila ada blog, tgh malam pun kalau x dpt tido atau tup tup teringat apa nak tulis, blog ni ader. ye x yer jugak kan. Saya nak mencuba bidang baru jugak rasanya sekarang ni. Dulu masa sekolah paling malas sekali nak buat karangan bahasa melayu. Harap selepas ni saya dapatlah jugak praktikkan apa yang belaja dulu-dulu. hihi...

1 comment:

  1. heheeheh...semoga lebih success nanti...kongsi je..JM sudi membacanya :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...