Pages

Tuesday, 17 September 2013

Trip to Singapore: Total Spend

Ini trip yang aku ada menyesal sikit kalau sebut budgetnya. Walupun puas hati dengan tempat-tempat yang aku pegi, tapi masih sangat terkilan sampai sekarang dengan duit yang aku gunakan kat sini. Kat bawah ni total belanja aku sepanjang 4 hari kat sana.

Day 1:
EZLink Reload = SGD10
Accommodation balance = SGD70.50 included deposit
Lunch = SGD6.50
Mineral water = SGD1
Icecream waffle = SGD1.20
Skypark Observation deck entry = SGD20
Dinner = SGD6.30

Jumlah Day 1 = SGD115.50

Day 2:
Singapore tourist pass = SGD30 included deposit
Light snack kat 7e = SGD8.80
Bumberboat = SGD2.50 x 2 (return fare) = SGD5
Bicycle rent at Pulau Ubin = SGD6
Lunch = SGD9.50
Skyway supertree grove entry = SGD5
Snapple apple juice = SGD3.60
Dinner = SGD6
Coke at hostel pantry = SGD2.25

Jumlah Day 2 = SGD76.15

Day 3:
Snacks at 7e = SGD4.25
Pakaian beli kat Bugis St = SGD42
Lunch kat KFC = SGD7
Dinner kat seafood Boat Quay = SGD325/3pax = SGD109

Jumlah Day 3 = SGD162.25

Day 4:
Souveniers kat China Town = SGD11
Lunch at Vivo City foodcourt = SGD7.70
Refund hostel = +SGD10
Refund tourist pass = +SGD10
Excess baggage = SGD45

Jumlah Day 4 = SGD63.70 - SGD20 = SGD43.7

Tiket flite Kuching - Singapore return = RM243

Jumlah belanja pegi Singapore kali ni = (SGD397.60*2.56) + RM243 = RM1260

Untuk trip yang mengambil masa 4 hari, belanja aku kat atas ni memang terlebih. Next time (kalau adalah) aku berazam untuk jimatkan lagi budget especially part makan mahal tu.

Wednesday, 11 September 2013

Trip to Singapore - Day 4

25 Ogos 2013:

Pagi tu aku bangun betul-betul lewat. Tengahari nanti nak kena checkout pulak sebab flite pukul 5.30 petang. Perasaan menyesal makin membuak-buak tatkala bangun. Lepas berfikir panjang, aku try ubat hati fikir peluang ni nak merasa popular food Singapore jadi tak salah nak keluar belanja kali ni. Kali ni, aku tak mandi dulu, just cuci muka terus naik rooftop pegi breakfast sebab dah lewat. Sampai atas, aku tengok Hani dan beberapa orang penghuni duduk bersantai kat situ. Aku join diaorang dan kitaorang berborak sampai entah pukul berapa aku tak ingat. Memang aku tak plan lagi nak pegi mana lepas ni. Rasanya nak kena relaxkan fikiran dulu baru fikir. Hani pun balik jugak malam tu sebab esok dah kena kerja.

Lepas kenyang dan habis borak, aku turun balik ke bilik nak mandi. Rasanya nak kena manfaatkan masa aku kat sini kalu tak bila lagi aku nak datang. Aku kemaskan barang pastu pegi mandi. After everything settle, aku tengok ngan-ngam jam dah tengah hari aku pegi checkout terus. Since flite aku lewat lagi, aku decide nak tinggalkan dulu backpack kat hostel tu sementara aku pegi berjalan-jalan. Yalah, nak bawak memang konfirm aku sakit belakang nanti. Lepas semua okay, aku start gerak keluar.

Malay Heritage Center:
Hari tu aku tengok ada iklan pasal open house kat sini jadi lepas keluar hostel tu aku terus terjah tempat ni. Kat depan pintu masuk dah nampak pekerjanya berbaju melayu dan kurung menyambut kedatangan orang ramai. Pastu ada beberapa aktiviti yang berlansung macam mewarnakan batik (aku pun ada take part aktiviti ni), nyanyian lagu raya beserta explanation adat istiadat orang islam Singapura menyambut hari raya. Aku tengok sekejap jer ambik-ambik gambar pastu keluar. Konsepnya asal pegi jelah function macam ni.

Memang best kata-kata ni tapi nak applynya macam susah jer kan..


Aku buat yang kat atap tu..
Lagu raya nyanyian pun sama dengan lagu raya kat tempat kita


India Street:
At first, aku tak tahu nak kemana. Baca blog-blog orang aku macam teringin nak buat trekking kat Southern Ridges. Aku siap dah naik train turun kat stesen. Sampai kat sana, tetiba aku bertukar fikiran sebab tengok cuaca panas sangat boleh membakar kulit tu. Yela aku ni, sampai pun dah nak masuk tengah hari, konfirm cuaca begitu. Mission aku hari ni nak berjalan kat tempat yang tak panas dan beraircond. Jadinya, aku patah balik ke stesen dan naik train pegi ke India Street. Nipun sebab aku tengok dalam laluan aku jugak. Sampai kat situ, aku tak tahu nak ke mana sebenarnya, jadinya aku bawak kaki melangkah jalan-jalan pusing kawasan situ sambil ambik gambar. Memang kat sini aku rasa macam kat India (terlebih sikitlah aku ni..). Komuniti India majoriti tinggal kat sini dan walaupun kat Malaysia tak ada beza aku fikir since dah sampai sini, jalan jelah.










Aku kat sini tak lama sangat sebab alasan yang sama iaitu panas. Beberapa hari aku kat sini memang nampak perubahan muka aku dah bertukar gelap dengan dehidrate sebab kurang minum air. Aku patah balik ke stesen nak berenti kat China Town pulak.

China Town:
Perjalanan kat sini tak susah sebab semuanya dalam satu laluan train ni. Bila aku sampai sini, obviously nampak ciri-ciri komuniti cina terpapar kat dinding stesen sini. Aku keluar, tu dia aku nampak deretan kedai-kedai cina dan barangan menjual souveniers melambak kat sini. Aku tak punya banyak masa jadi aku jalan tengok kedai jer dan tak pegi tempat lain. Boleh sepanjang laluan aku tu ternampak beberapa kedai seafood dimana harganya jauh lebih murah daripada kedai semalam. Memang membuatkan perasaan aku stress sekejap mengenangkan hal semalam. baru ingat duit cash aku dah tak banyak jadi kiranya tak nak shopping ler kali ni. Tapi, tengok fridge magnets kat sini murah dari Bugis St, aku sambar jugak tapi taklah banyak sangat. Sekadar nak jadi kenangan diri sendiri dan beberapa orang kat rumah.



banyak sungguh manusia kat sini






Tengok jam dah pukul 1.30pm aku cepat patah balik ke stesen nak pegi makan dulu sebelum ambik beg kat hostel. Kali ni aku singgah lunch kat foodcourt di Vivo City sebab dulu pernah pegi makan sini dan rasanya boleh tahan sedap. Aku pegi order menu makanan Jepun dan air Longan costs me SGD7.70. Oklah tu, perut pun kenyang dan sedap makanannya. Tiba masa nak balik hostel aku bergegas bila tengok jam dah pukul 2 lebih.


Last capture before balik, by bye hostel..
Sampai hostel, aku ambik bag pastu tumpang mandi kat situ sebab tak selesa. Selesai semuanya, aku memulakan perjalanan balik menaiki train dari Bugis station ke Changi airport. Sampai airport, aku pegi pulangkan tourist pass kat office dan dapat balik refund SGD10. Bolehlah tu nak cover sikit.. Aku kiranya nak merayau-rayau cari something light to eat tapi tengok jam dah tak sesuai lah jadi aku terus pegi kaunter AirAsia checkin. Boleh pulak staf kat kaunter tu tengok aku bawak backpack suruh aku timbang bag tu atas scale. Aku dah takda choice letak jer bag dan itu dia, beratnya 10kg.. Fulamak!!, terlebih sudah ni. Mamat tu suruh aku bayar excess baggage sebab limit dia kan 7kg je. Sekali aku kena semua tu SGD45, mampus aku terlebih bajet ni. Dengan hati yang sedih aku pegi menggunakan kad kredit bayar baru dapat boarding pass masuk departure hall.

Sedih sangat, aku tak lalu nak makan terus masuk boarding tunggu kapal. Masuk kapal pukul 5 lebih dan flite takeoff tepat pada masanya. Sepanjang perjalanan tu aku tido sampailah kapal landing kat Kuching airport. Keluar dari perut kapal, lalu imigresen, tunggu baggage pastu terus ambik kereta parking kat opis balik rumah..

Sebetulnya, trip yang mulanya berjimat cermat bertukar menjadi over spend disebabkan kebodohan aku sendiri. Terkena pulak aku kali ni kat Singapore tu mengajar aku untuk ambik jer baggage lain kali kalu naik AirAsia.









Sunday, 8 September 2013

Trip to Singapore: Day 3

24 Ogos 2013:

Pagi Sabtu tu aku macam biasa bangun agak awal (kalu ikut standard jam aku la). Kat hostel ni memang susah nak bangun lewat sebab pagi-pagi dah terdengar macam-macam bunyi dibuat oleh penghuninya. Lepas mandi, aku naik ke rooftop untuk breakfast roti dan conrflakes sambil-sambil tu fikir nak pegi mana. Otak ligat fikir nak pegi trekking tapi tengok cuaca memang panas sangat. Jadinya, aku kira pepagi ni aku nak buat light walking je pegi meninjau barang shopping kat Bugis St.

Bugis Street:
Orang kata kalau nak barang murah dan boleh bargain pegi sini. Aku dulu pernah pegi sini tapi setakat beli fridge magnet dengan souveniers jer. Kali ni aku pun tak tahu apa nak beli just tengok-tengok dulu mana yang berkenan. Disebabkan aku stay kat area Bugis ni, aku hanya jalan kaki jer untuk sampai ke Bugis Street. Tak jauh manapun, dalam 10 ke 15 minit berjalan dah sampai (ni kalau ikut stail aku jalan berlenggang). Wandering dari satu kedai ke kedai yang lain, hasilnya aku grab 2 helai baju dan seluar kat sini. Magnets pulak aku tengok yang kat Kpg Glam lagi murah jadi aku tak jadi nak beli kat sini. Jalan-jalan sampai penat tengok jam dah pukul 12.30pm aku gerak kaki nak balik ke hostel. Walaupun tempat tu beratap tapi boleh terasa bahang kepanasannya. Jalan balik melalui shopping mallnya aku singgah kat KFC dia sebab nak lunch dulu. Baberapa kali aku ternampak poster iklan bergambar kat jalan aku teringin nak merasa menu KFC ni. Walaupun kat Malaysia pun ada tapi aku tengok menunya ada lain sikit tu yang aku teringin. Aku ambik Zinger Chicken Rice set serta dengan add on chicken drummet lagi hanya costs me SGD7. Murah jugak tu dan penting sekali sedap dan aku puas makan.

Bugis Street dari seberang..
  
Nilah iklan KFC yang aku selalu tengok, buat aku teringin sangat nak makan ni
Rupa sebenar bolehlah hampir sama dengan gambar iklan yang penting sedap!!
Sampai kat hostel baru pukul 2 pm aku kira nak relak dulu. Mulanya ingat nak mandi sebab badan dan berpeluh sangat tapi disebabkan keletihan aku baring terus atas katil dan tido. Bangun balik dalam pukul 3 lebih aku nampak Hani ada kat atas katil aku jadi kitaorang pun berborak. Dia pun nak getting ready jugak untuk tengok konsert malam ni. Aku pulak masih berfikir nak pegi mana pulak lepas.. Fikir lama-lama sorang penghuni tu tegur aku. Kitaorang berkenalan dan berborak. Namanya Rachel dari Seoul, Korea. Dia tanya apa plan aku malam ni. Aku cakap macam nak ke Sentosa jer nak jalan-jalan kat situ tapi tak definite lagi. At last dia cakap nak ikut aku pegi jalan malam ni. Aku pun ok jer lah since aku sorang jer. Berteman kadang-kadang fun jugak. Lepas tu sorang penghuni ni dengar kitaorang cakap nak pegi Sentosa dia pun nak join jugak. Umm, bertiga pun okay lah aku fikir. Cuma aku cakap tak nak pegi awal sangat sebab masih panas membahang lagi kat luar. Diaorang pun setuju jadi kitaorang relak kat bilik sampailah pukul 6.30pm baru gerak keluar.

Sentosa Island:
Perjalanan kat sini kita orang gerak dengan santai jer sebab takda apa nak dikejar.Tanya diaorang nak kemana dah sampai Sentosa nanti sebab tempat tu kan besar, diaorang cakap tak tahu ikut aku jer. Aku pun tak tahu sangat, fikir balik hari dah malam maybe nak pegi pantai jelah. Sampai kat stesen MRT, kena tunggu pulak si Rachel dan Echo (geng baru dari China) berbaris beli tiket pulak. Aku sebab dah ada tourist pass tak perlu nak que. Seriously, memang banyak buang masa kat line beli tiket malam tu. Sampai Vivo City kena bayar lagi SGD4 untuk return tiket monorel ke Sentosa dari sana. Aku pun ada EZlink card jadi aku gunakan jer, nasib baik masih ada balance hari tu. Berenti kat Beach Station sebab nak pegi pantai kat situ. Jalan-jalan kat kaki pantai, beli air singgah masuk kat Wave sebab nampak ada orang buat performance kat situ. Ada satu sifat si Rachel ni yang aku perasan, dia sangat suka bergambar. Every place yang kami lalu dia mesti nak singgah sebab nak ambik gambar. Aku dengan Echo senyum jer tengok gelagat Rachel ni. Padanlah, umur dia pun muda lagi macam kanak-kanak riang pulak aku tengok. Penat jalan kat situ, Echo cakap dia lapar nak dinner. Memang patut jugaklah jam dah pukul 9pm tak makan sejak tengah hari tadi. Aku pulak boleh selamba cakap nak makas chili crab yang popular kat Singapore ni. Diaorang setuju jadi kitaorang pun gerak balik ke monorel nak pegi ke kawasan Boat Quay.

Ni tempat orang main ombak buatan tu, tak ingat namanya
Malam ni ada orang buat performance tapi suara biasa-biasa jer..

Singapore Seafood:
Aku ni mulut main cakap jer padahal budget tak kira lagi. Kitaorang sampai sana terus survey-survey kedai seafood yang menarik. Akhirnya, kitaorang sepakat pilih satu kedai ni tepi sungai sebab nampak menu dia cantik jer. Aku kira dalam hati tak akan mahal sangat kot kalu bahagi 3 orang ni. Tak nak susah hati fikir, kami pilih menu yang diinginkan iaitu Nasi Goreng Thai, Chili Crab, Ikan masak Sambal dan Sayur Kailan. 4 menu sahaja tetapi bila bil datang, ya Allah terbeliak biji mata kita orang tengok. Nak tahu berapa total => SGD325!! Si Rachel dah tak senang duduk sambil mulut dia cakap mahal. Aku pulak dah tak dapat fikir apa terus buka purse cek cash cukup ke tak. Nasib baik ngam ngam tapi melayanglah duit aku yang selama ni aku jimat. Hanya Echo jer nampak relak tu pun dia bayar guna kad kredit sebab tak cukup cash. Habis lari budget aku kat sini, tulah teringin sangat nak makan seafood. Nak sedapkan hati, Echo cakap makanan sedap-sedap belaka pastu dapat tengok view cantik sambil makan kat sini.

Nilah kedai seafood tu..
Ada bar bersebelahan kedai ni, kitaorang cuci mata dan telinga kat sini..
Sayur kailan biasa jer macam kat tempat aku jugak..
Inilah menu yang 'membunuh' kitaorang punya duit, Chilli Crab nasib baik sedap..
Nasi goreng, berpuluh dolar jugak harga ni.. fuuhhh
Ikan masak sambal tapi tak pedas pun, yang ini SGD100
Lepas bayar, kitaorang gerak berjalan menyelusuri sungai kat situ berjalan kaki sambil tengok pemandangan malam. Jalan-jalan sampai ke Clarke Quay memang kehidupan malamnya sangat aktif. Banyak sungguh manusia kat situ tak seperti waktu malam. Tengok jam alamak, rupanya dah pukul 12am patut dah gerak balik ke hostel. Masalahnya train dah tutup operasi. The only choice adalah teksi tapi tengok muka masing-masing tak nak guna duit lagi sebab dah terbazir kat seafood tadi. At last kitaorang sepakat jalan kaki balik hostel dari situ berpandukan maps. Memang aku gagahkan diri malam tu sebab balasan diri sendiri tak pandai nak control duit. Entahlah, bab lain boleh jimat tapi kalau tiba hal makan, terus hancur lebur usaha nak jimat. Kitaorang jalan balik ambik masa nak dengan setengah jam jugak kot. Nasib baik jalan tak sunyi sangat, ada jer orang lain lalu lalang jugak even dah tengah malam. Teksi pun banyak yang lalu sepanjang perjalanan. Finally nampak Raffles Hospital, hati aku dah makin excited tahu tak lama lagi sampai. Kaki makin cepat melangkah, walaupun badan dah habis berpeluh.

Sepanjang tebing sungai di area Clarke Quay memang banyak manusianya..
Sampai jugak kitaorang kat bilik, masing-masing tak sabar nak bersihkan diri. Aku pun cepat-cepat basuh muka, berus gigi, terus lompat atas katil tanpa mandi. Memang kalau kat rumah kena tegur ni nasib baik aku sorang jadi koboilah jawabnya. Terus tarik selimut aku tertido dengan baju yang tidak bertukar..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...