Pages

Saturday 24 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 03 - Pagi di Golden Temple, Dambulla

Assalamualaikum...

Bila dah berada di Kandy, ada banyak tempat untuk dilawat dan perkara untuk dibuat. Jadi, dengan pilihan yang agak banyak aku jadi berpinar nak pilih apa nak buat dulu hari pertama di Kandy.

Baling-baling dadu satu kali aku decide pegi tempat outskirt sikit iaitu Dambulla dan seterusnya Sigiriya.

Basically untuk ke tempat-tempat di luar bandar Kandy, kesemua bas akan berpusat di Goodshed terminal. Sampai sini, tanya jer kat kaunter mana satu bas nak naik untuk ke Dambulla. Insyallah, dorang kan tunjukkan bas yang benar, :)

Sebelum apa-apa, kena breakfast dulu supaya ada tenaga. Mak Dilini sangat baik siapkan aku semua nih, Kekenyangan aku sampai petang
Terminal Goodshed
Dalam bas sementara tunggu gerak ke Dambulla
Perjalanan dari Kandy ke Dambulla menggunakan bas ambik masa lebih kurang 2jam setengah dengan tambangnya 100rupee (~rm2.60) sajork. Murah sangat dan bas pun sangat selesa. Tambahan pulak orang tak berapa ramai dalam bas. Pepagi naik bas aku masih bersemangat lagi nak tengok-tengok view kat luar. Tunggulah bila naik bas waktu petang masa dorang baru baik kerja nanti... fuh..

Inilah rupanya bas, di luar nampak berdebu tapi di dalam sangat bersih
Cuma ada perkara kita sebagai foreigner perlu tau kat Sri Lanka ni. Dorang sangat hormatkan monk kat sini. Bila naik bas yang crowded, automatik bagi tempat duduk kat dorang. Kalau bas tu tak crowded, monk ni akan duduk belah depan sekali.

Macammana aku tau pasal ni?

Sebab aku kena tegur bila ada dua orang monk ni naik bas pastu aku pulak masa tu duduk depan sekali buat muka seposen.. Confirmlah aku saja nak kena ceramah pepagi..

Konduktor bas mintak aku beralih tempat duduk kasi monks ni duduk situ. Aku dah salah jadi kenalah mintak maaf kan...

Yang enaknya dua orang monk ni lemah lembut jer tutur kata sambil senyum orang alim. Sejuk hati tengok orang sebegitu, hehe..

Paling best, monks ni peramah giler kat aku. Borak macam-macam dalam bas macam kawan lama. Siap tanya aku ada facebook tak sebab nak add. Dorang cerita pasal ramai foreigner especially mamat minah salleh ni buat volunteering kat temple dorang pastu ada ajar English. Tanya aku tak berminat ke nak buat benda yang sama?

Geleng-geleng kepala cakap aku short term traveller jer, tak berkelayakan nak jadi volunteer lagi kat tempat dorang, hiks..

Anyway, kebetulannya dorang ni nak turun di Cave Temple gak sebab ada upacara ibadat kat sana. Pucuk dicita ulam mendatang, aku tak susah hati fikir nak turun kat mana sebab kami sama destinasi.. Caya you Monks!!

Jadinya dalam pukul 9.30 pagi tu aku dan terpacak di depan golden temple Dambulla. Apa yang ada di sini sebenarnya?

Mengekor belakang The monks..
The Golden Temple, yeah!!
Statue of Golden Buddha terletak kat downhill of Cave temple
Barisan monks menunggu rezeki

Golden Temple of Dambulla (lokal panggil Cave Temple) adalah salah satu tapak warisan dunia UNESCO yang famous di sini. Panjang history kuil ni tapi aku malas nak godek dalam sangat. Secara kasarnya, kompleks temple ni stretched over 5 gua yang tersempit di bawah batu besar. Dalamnya ada lebih dari seratus statue Buddha yang dijaga rapi beserta dengan wall paintings.

Tapi... ada tapinya kalian.

Aku tak masuk dalam gua tu pun atas dua sebab utama. Yang pertama, entrance fee nya adalah 1500rupee (~rm40) which is mahal bagi aku walaupun ratenya normal untuk foreigner. Plus aku bercadang nak ke Sigiriya nanti jadi nak savekan budget. Mampus duit kekeringan kontang kalo semua attraction aku pegi masuk. Nak tak nak kena pilih jugak nak masuk yang mana satu attraction sini...

Yang kedua dan yang paling utama adalah salah satu syarat untuk masuk ke temple temple sini kita kena bukak kasut, topi dan segala benda yang menutupi kepala which is including tudung.

Gila aku nak bukak tudung hanya sebab nak masuk temple?? Mengamuk kemudian pengsan family aku kat kampung nanti, hehe..

Mula sampai pegi jenguk Golden buddha statue dulu kat bawah ni..

Tu dia!! Kalo tak silap aku jari statue ni macam tu ada pengertian tersendiri. Mungkin penganut Buddha faham kot..
Lepas dah tengok statue besar tu, baru pendakian sebenar ke Cave temple bermula
Dipanggil Rock temple sebab berbatu-batu kat atas tu...
Tengah mendaki boleh melihat statue tadi di sebelah

Jadinya, aku hanya ikut crowd memanjat bukit dan pusing-pusing sekitar kawasan kompleks temple ni jer sekadar nak exercise (sila muntah) dan tengok view..:)

Ya, aku cakap naik bukit sebab kompleks temple ni kat atas tu. Walaupun tak tinggi sangat dan makan lebih kurang 15 minit jer tapi aku terpongeh jugak mencari nafas. Nampak sangat jarang exercise dan badan semontok panda, eh eh..

Selain aku dan tourist kulit putih, yang lainnya ummah Buddhist naik ke atas ni...  
Cantik gunung tu tapi aku tak tahu nama..
Ada jer penjual-penjual di tepian..
Dah sampai kat atas tapi kena jalan sampai ke hujung tu lagi untuk masuk ke Cave temple
Kena bukak kasut sebelum masuk dan bayar sebanyak 25rupee sebagai upah menjaga kasut
Lagi view gunung dari sini tapi tak tahu apa nama
Inilah rock temple dan jugak dipanggil cave temple. Entrance adalah disebalik rocky hill tu..
Cuba bertenang dan relaks, ambik angin dan gambar sekeping dua aku turun balik ke bawah. Betul-betul kali ni aku pakai konsep "been there done that". Baru ku tau makna sebenar kata-kata ini, hihi..

Posing sakan no dorang ni....
Dah touch touch sikit baru aku gerak balik ke bawah
Cantik view dari sini kalau nak bersantai sebelum turun

Ada yang berkaki ayam jer naik.. aku salute giler kepada ketebalan tapak kaki dorang

Keluar balik dari kawasan temple ni jam baru menunjukkan pukul 10.45pagi. Aku bergerak jalan kaki mencari arah untuk ke stesen bas Dambulla. Plan nak ke Sigiriya pulak which is terletak dalam 1 jam perjalanan pakai bas.

Tak menyempat aku nak cross jalan ke seberang, sorang mamat tetiba datang menegur aku offer naik tuk tuk dia ke Sigiriya.

"Berapa awak nak kasi ni?"

"Saya hantar adik ke Sigiriya pastu adik ambiklah selama mana nak duduk kat situ. Saya akan tunggu tanpa waiting charge. Pastu saya hantar adik balik ke stesen bas sini. Saya charge 2000rupee (~rm52)"

Mahal gedabak dia charge aku. Aku cakap tak nak lebih suka nak naik bas jer. Pastu dia turunkan lagi harga sampai 1400rupee. Fikir balik kalau dia sanggup tunggu aku berjam-jam di Sigiriya nanti molek sangatlah tu.

Resultnya...


Aku termakan jugak dengan pujuk rayunya, huhuk..

I'm on my way to Sigiriya inside the tuk tuk!! Lemah betul semangat ko kan LD mudah kena pujuk orang...

To be continued...





14 comments:

  1. Haha...akhirnya termkn jua pujukan abe tuk2... bus mika rupa bas len seng zmn 90an...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembut hati betul kan, pantang dipujuk rayu terus setuju. heheh...

      Ohh, bus leng seng tu kat KL err?

      Delete
  2. Replies
    1. Iyer, kalo tempat yang agama rasminya Buddha, ni adalah perkara normal. Kena tetapkan niat nak jalan dan tengok tengok jer..:)

      Delete
  3. fuhh, tengok tangga nak menapak ke atas pun dah pancit. kalau menapak jugak mau pitam nih...
    tak sangka lembut jugak hati LD dengan pujuk rayu, hihi
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anne lagi fit dari saya pasti boleh, :). Tangga kat Dambulla ni manja lagi, kat Sigiriya nanti lagi terpongeh, hehe..

      almaklumlah, dalam hati ada banyak sangat taman huhuk..

      Delete
  4. LD , sya salute la, jiwa yg kental dpt melaluinya.

    ReplyDelete
  5. seronok dapat jalan-jalan luar negara,
    jauh perjalanan, luas pemandangan gitu haha

    saya singgah & follow yer
    http://www.rafzantomomi.com/2015/01/follow-me.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. memang seronok dapat membuka minda terhadap benda baru.

      Terima kasih sudi singgah:)

      Delete
  6. Exercise pepagi panjat bukit adalah heaven. Sila muntah juga. Hahaha pasal tu laju je cair hati ko bila abang tuktuk datang offer. Siap nak tunggu lagi. Untong tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa loya dah ada tapi tak sampai muntahlah Bie, hehe...

      Tuk tuk tunggu berbayar, tu dia sanggup memujuk rayu :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...