Pages

Friday 28 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 06 - Krowi Inn

Assalam..

Kali ni aku nak cerita pasal tempat tido aku untuk satu malam di Surabaya. Dengar betul-betul eh..

Aku pernah baca dari blog Kaki Berangan pasal tempat ni. Lepas tu aku godek godek through hostelbookers aku nampak review pun okay jer aku terus booked tempat ni untuk semalam.

Basically, Krowi inn ni terletak kat kawasan perumahan. Aku datang sini guna teksi dari rumah Shinta jadi kalau nak guna public bas aku tak pasti.

Bagi aku nak ke sini senang jer, aku bagitahu nombor rumah dan nama jalan terus jer driver tu tau kat mana.

Cantik dan kemas jer halaman rumah ni
Sebut nama Jalan Ciliwung, rumah bernombor 66 terus sampai sini.. senang kan:)
Aku opted for 6 bed female room kat sini dan harga pulak ~IDR 127ribu. Upon check in, dia akan mintak tambahan IDR 100ribu sebagai deposit kunci locker dan bila checkout kita dapatlah balik duit tu.

Bilik aku sorang lagi malam tu..

Bilik yang aku dapat memang sangat bersih dan time tu penghuninya cuma aku sorang lagi. Yeaa!!! berguling-guling lagi atas katil..

Bilik untuk 6 orang tapi penghuninya aku sorang

Cuma kalau nak ke bilik air dan mandi kena keluar dari bilik lah. Konsepnya share bathroom kat sini.

Kalau lapar sangat, kat sebelah dan depan rumah ni ada kedai makan yang menyediakan local food Indonesia. Malangnya aku tak sempat nak merasa pulak sebab tak cukup masa.

Bosan-bosan kat ruang tamu ada satu komputer gunasama semua guest dan ada tv flatscreen yang mana aku rasa pilihan channel agak banyak macam astro.

Diaorang akan kunci pintu dan pagar tepat pukul 9 malam. Tapi jangan risau sebab ada bagi kunci incase kita nak keluar malam dan balik lewat.

Kat sini pun ada provide free flow of plain and hot water. Senang nak buat apa-apa kalau tetiba lapar.

Halaman dalam rumah untuk bersenggang-senggang

Oh ya, dapur memang ada kat sini. Jadi kalau mood rajin nak memasak tu datang bolehlah pakai dapur ni.

Apa yang aku paling suka dengan tempat ni adalah..

Staf-staf dan ownernya yang bagi aku melayan semua tetamu dengan baik. Over tak statement kalau aku rasa macam stay kat rumah sendiri pulak padahal cuma semalam jer, hehe..

Ok, aku cerita pasal stafnya dulu.  Diaorang ni husband and wife dan 24 jam ada kat rumah ni. Bilik diaorang kat belakang jer dan senang kalau kita ada apa-apa keperluan nak panggil diaorang.

Si wife ni waktu breakfast memang dia akan masak untuk tetamu tapi takdelah menu yang extravaganza. Cuma mee goreng bersama telur dan tea/coffee. Bagi aku memang cukup dah untuk menampung perut sampai tengah hari.


Makcik staff tu rajin menyapu pantang tengok sampah. Sejuk hati owner dia kan..

My breakfast the next morning. Sedap makcik ni buat..

Ownernya pulak Chinese Indonesian named Guan. Dia tegur aku tetiba sedang aku bersantai-santai kat living room. Mula-mula aku ingatkan dia salah sorang guest kat situ jugak. Lepas borak lama sikit baru aku sedar dia adalah owner guesthouse ni.. Malu pulak aku..

Guan ni sangatlah baik orangnya. Dia make sure tetamunya dapat info yang betul berkenaan dengan tempat ingin dituju. Aku tengok dia ni macam tengok ayah sendiri pulak bila tengok dia sungguh-sungguh bagi nasihat dan tips untuk aku bila nak ke Bromo nanti. 

Overall, aku suka tempat ni. Perfect place as a transit hub especially kalau tujuan utama nak ke Bromo.

Aku bagi "Like" banyak kali untuk diaorang...


Bersantai sambil bermalasan
Sorry, tak banyak gambar kat tempat ni aku ambik. Jadi korang kena datang dan stay sini kalau singgah Surabaya nanti yer..

P/s: Aku turut sama bersedih dengan apa yang diumumkan oleh PM berkenaan tragedi MH370. Despite of all that, i still praying and hoping for all souls on board the aircraft.

Saturday 22 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 05 - 12 Hours Train To Surabaya

Assalam..

Susah betul nak cari idea menulis ni. Aku baru sedar tujuan trip ni adalah Bromo dan Ijen tapi dah part 5 tak sampai-sampai lagi ke situ. Adoi!! harapnya tak sampai berpuluh-puluh part untuk aku habiskan cerita.

Ok, bersambung cerita naik bajai pakcik hari tu.

Actually aku dah siap-siap beli train ticket ke Surabaya via online waktu kat Malaysia lagi. Aku pegi website utiket dan cari tiket paling murah sekali. Jumpa pukul 3.45 petang dari stasiun Pasar Senen, Jakarta dan sampainya pukul 4 pagi kat stasiun Pasar Turi, Surabaya. Fuh, bajet memang lenguh pinggang nanti.

Untuk pengetahuan, Jakarta ada beberapa stesen keretapi jadi bila korang dah beli tiket tu make sure kena tahu train station yang mana satu tempat bertolak.

Sepanjang perjalanan tu, aku berborak-borak gak dengan pakcik bajai tu. Satu ayat dia keep ulang-ulang kat aku bila tahu aku sorang-sorang jer travel.

"Hati-hati ya nak, jangan bercakap dengan orang sebarangan. Jaga begnya ketat-ketat."
"Bapak bikinnya saya takut ajer ya.."
"Bukan, bapak mo kasi tahu ada banyak orang jahat di dunia ini. Insyaallah, bapak berdoa pada Allah agar anaknya selamat sentiasa.."

Terharu betul aku rasa dengar orang berdoa untuk aku even dia tu stranger. Yalah kan, aku ni harapkan diri sendiri pun bukannya berani sangat. Kadang-kadang berjalan tempat orang senggang jer tak alert kiri kanan.

Ada tugu peringatan ni tandanya dah nak sampai train station tu
Pakcik bawak bajai
Bila sampai di stesen train, benda first kena buat dulu adalah tukar tiket online yang dibeli tu kepada tiket betul. Paling lewat boleh tukar adalah sejam sebelum masa departure train.

Aku sampai pun ngam-ngam masa terus lepas bayar tambang bajai kat pakcik tu aku pegi tukar tiket dan tunggu masa boarding train. Oh ya, pakcik tu mintak IDR 60ribu dan aku pun malas nak tawar lebih lagi sebab kejar masa.

Lautan manusia yang ramai menunggu train
Tengah tunggu train ni ada sorang makcik tegur aku dan typical aku terus ramah jer orang ajak borak. Rupanya makcik tu tengah tunggu anak perempuan dia, Shinta naik sama train dengan aku nak ke Surabaya jugak. Sepatutnya makcik ni ikut sekali tapi dia terpaksa cancel trip sebab ada kerja kat ofis. Agak rugilah, sebab makcik ni dah beli dua tiket sekali.

Borak-borak kosong makcik ni bagi cadangan kat aku duduk sama dengan anak dia nanti sebab dia risau anaknya sorang-sorang dalam train. Siap dia cakap guna jer tiket dia daripada terbazir macam tu jer. Kalau ikut tiket kitaorang, aku ni dalam couch O, iaitu tempat duduk paling murah sekali. Diaorang pulak kelas apa aku tak ingat yang pasti seat lebih mahal dari aku punya.

Untuk orang yang tak fikir panjang, aku pun confirmlah terima suggestion tu walaupun tak jumpa lagi Shinta tu. Nasib baiklah lepas tu nampak Shinta datang dengan patung teddy nya. Macam budak-budak pulak aku nengok walaupun umur 25 tahun, ditambah pulak dengan saiz badan yang kecik.

Train bergerak pukul 4 petang dan bila aku tengok seat yang aku dapat tu aku rasa tak menyesal terima offer makcik tu. Seat taklah menegak sangat dan aku bet agak selesa jugak berbanding seat yang aku beli online ni. Bersyukur jugak masa ni dipertemukan dengan family Shinta yang baik hati.

Ok jugak ada socket untuk charge handphone
Macam perkara biasa pulak aku tengok ada few cermin crack kat train ni

Perjalanan memang panjang dan aku banyak habiskan masa dengan berborak, membaca buku dan tidur. Train yang aku ambik ni murah jadi dia akan banyak berenti di sepanjang perjalanan.

Dalam train memang ada staf-staf yang akan kerap lalu nak jual makanan dan minuman. Pendek kata memang tak kebulurlah dalam train ni.

Suasana dalam train
Selain tu, diorang ada bagi sewa selimut dan bantal. Mula-mula aku ingat free jer, rupanya kena bayar dan pulangkan balik pada diaorang. Bantal IDR 7ribu, selimut pulak IDR 5ribu. Bolehlah untuk jadi sandaran badan dan kepala..

Bantal untuk disewa

Dapat tengok dengan jelas cermin yang retak
Muka yang keboringan
Train sampai kat destinasi pukul 4 pagi. Nak tahu apa hasilnya kat aku lepas tu..

i) Kepala dan leher aku sakit sebab tido tak betul. Aku syak tengah lena tu kepala aku tido menyenget jer
   memanjang.
ii) Pinggang aku lenguh yangggg amatttt!!
iii) Aku tido betul-betul nyenyak tak sampai 2 jam pun rasanya.
iv) Sebab aku satu seat dengan Shinta, nasib baik badan dia kecik jer. Jadinya aku tak sengaja ambik
     kebanyakkan space seat tu. Kesian dia kan sama tempat duduk dengan orang berisi macam aku..

Bila sampai tu, mula-mula aku dan Shinta dah berpisah sebab haluan lain-lain. Family Shinta dah tunggu depan station tu nak ambik dia. Aku pulak ingat nak stay kat surau stesen tu dulu tunggu matahari nampak sikit baru nak gerak keluar. Tak berani pulak aku nak jalan sengsorang pagi-pagi buta tu.

Tengah duduk melangut kat train station tu, aku nampak Shinta patah balik menuju ke arah aku. Rupanya dia nak ajak aku balik sama ke rumah dia dulu. Alasannya risau tengok aku sendirian kat situ. Nanti bila hari dah terang aku boleh naik teksi ke hostel yang aku dah booked.

Mulanya aku macam nak tolak sebab ingat nak plan berjalan-jalan di bandar awal pagi. Tapi mengenangkan tak cukup tido dan lenguh hampir keseluruhan badan, aku terima jugak pelawaan dia.

Sampai rumah dia, kami dua-dua terus jatuh terlentang atas katil yang nyaman dan selesa. Aku dah tak dapat fikir sangat time tu, yang penting nak dapatkan cukup rehat dulu sebelum menyambung perjalanan siang nanti.

Sebetulnya Shinta ni baik dan aku pun bertuah sangat jumpa family dia kali ni. Aku dapat upgrade seat hasil bantuan mak dia dan dapat tumpang tido kat rumah dia. Pastu siap free breakfast lagi pagi tu sebelum Shinta tolong temankan aku cari transport ke hostel.

Hanya Allah dapat membalas budi baik diaorang, aminn..

Rumah family Shinta. Actually ni rumah nenek dia sebenarnya

Suasana depan rumah awal pagi
Matahari dah memancar terik

Monday 17 March 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 04 - MONAS

Assalam..




Logik tak kalau aku cakap aku hanya bergerak dari rumah untuk jalan-jalan nak dekat pukul 12 tengah hari. Memang tak boleh blah lansung. Yang ini aku salahkan diri sendiri dan jugak seorang guest kat rumah tu yang buat aku rasa tak nak keluar sepanjang hari, hehe.. (statement gedik ni)

Plan asal nak keluar awal pagi terpaksa aku ubah disebabkan hal pagi tu. Nantilah kalau aku tak rasa segan aku cerita dalam next-next entri.

Disebabkan keluar lewat, aku hanya sempat ke Monas jer. Tupun macam terkejar-kejar jugak sebab aku dah beli train tiket ke Surabaya petang tu pukul 4. Hajat hati nak masuk Masjid Istiqlal pun tak tercapai jugak padahal dua tempat ni berdekatan jer jalan kaki.

Dari hostel aku ke Monas ingat nak jalan kaki. Mula-mula memang bersemangatlah kononnya tapi tak sampai pertengahan jalan aku dah mengah sikit. Nampak sangat tak pernah exercise dah tu bawak berat badan yang boleh tahan ni.

Akhirnya selepas dipujuk rayu oleh beberapa orang bapak-bapak indon ni aku mengalah jugak pada naik ojek mereka. Pakcik tu caj aku IDR 10ribu. Tupun lepas aku merayu-rayu mintak kurang dari IDR 20ribu.

Kenang balik mudah jer aku nak membonceng motosikal orang laki kat tempat orang padahal kat tempat sendiri haram jaddahlah aku nak buat begini. Kalau family aku tau memang confirm aku dapat dengar syarahan agama free.

Oklah, nak tau apa yang menarik sangat pasal Monas ni? Aku pun tak berapa tau jugak mulanya. Banyak kali dengar orang lain sebut datang Jakarta mesti nak pegi sini aku pun wonder jugaklah. Jadi, jom kita sama-sama lihat apa yang ada kat sini.

Monas dari kejauhan

Hari Sabtu ni budak-budak buat lawatan


Banyak giler orang begini pakai pakaian bermacam-macam pastu kalau ada nak bergambar dengan diaorang kena charge. Budak sebelah tu bawak tabung berisi duit.


Oklah, tak mahal nak masuk
Ukiran sepanjag dinding pagar mengelilingi Tugu Monas

Jadi masuk dalam Monas ni kita akan nampak satu ruang hall yang besar dan mempamerkan diorama sejarah Indonesia dari zaman batu sampailah sekarang.

Tahu tak apa tu diorama? Aah, kalau tak tahu, boleh klik Diorama.

Ada berpuluh-puluh display diorama kat hall ni. Satu cara yang bagus kalau nak kenal Indonesia lebih dekat. Aku layan jugak tempat macam ni especially tengok display yang cantik-cantik jer modelnya.

Jom tengok sebahagian sedikit diorama yang aku sempat ambik..

Ni zaman batu
Boleh baca penerangan untuk setiap diorama ni


Pengunjung yang lain pun khusyuk jugak membaca info
Keluasan hall kat dalam Monas
Budak-budak dengar cikgu bagi penerangan


Kalau aku tak silap, ni masa 1st presiden of Indonesia angkat sumpah pegang jawatan

Hari mengundi memilih wakil rakyat


Penat kat dalam, pegi keluar pulak tengok pemandangan sekeliling Monas

Actually Monas ni ada observation deck kat level atas tower tu. Tapi malang sikit waktu aku pegi tu masih tutup pulak sebab ada kerja maintenance dijalankan. Tak tahu sampai bila baru bukak.

Aku puas hati kat sini sebab aku banyak dapat knowledge pasal sejarah Indonesia. Yela kan, muzium memang satu tempat yang bagus untuk kita tahu lebih pasal sesuatu tempat yang kita pegi tu. Kalau datang sekejap jer kat Jakarta, bagi aku memang berbaloi singgah sini. Kalau dapat naik observation deck tu lagilah best..

Aku berjalan-jalan perut aku dah lapar. Nasib baik tengok banyak gerai dan orang jual makanan tepi-tepi jalan. Aku memang tak kira sangat time tu asalkan ada makanan yang nampak menyelerakan memang aku beli.

1st time pulak aku tengok menu ni. Siap tengok abang ni buat instantly kat situ.
Ramai orang cakap datang Indonesia tak sah kalau tak cuba minum teh botol. Kiranya aku ni dah sahlah kan penah pegi sini, hehe..
Nasi ayam bakar, rasanya bolehlah..
Nilah kerak telur Betawi. Jangan dipandang paras rupanya sebab bila masuk tekak aku sangatlah sedap.
Ada jer basikal untuk disewa dan tram nak mengelilingi Monas
Lepas selesai makan dan tour Monas, aku berkira nak ke masjid yang berdekatan. Tengok jam, alamak... dah pukul 2 petang. Memang tak sempat ni kalau aku tak gerak sekarang ke hostel. Dengan hati yang ralat, aku let go masjid tu terus keluar cari public transport nak balik hostel.

Jalan sikit jer keluar, ada banyak orang pemandu menyapa-nyapa offer kita naik. Aku rasa nak cuba lain pulak kali ni. Nampak seorang pakcik bawak bajai tegur tanya aku nak kemana. Telek sikit muka pakcik tu macam baik jer aku pun naiklah suruh dia hantar ke hostel.

Sampai hostel, aku mintak pakcik tu tunggu aku suruh dia hantar aku terus ke train station. Senang cerita tak payah aku nak terkedek-kedek bawak beg berat cari transport lain pulak.

Sebelum keluar dari rumah pagi tadi aku dah siap checkout jadi datang nak ambik bag jer lah. Bergegas aku masuk rumah ambik bagpack pastu pegi cari Nikmah nak say bye-bye. Lepas peluk cium seadanya, aku mengorak langkah keluar. Sempat aku terserempak lagi dengan sorang guest yang buat aku tak nak keluar pagi tadi. Masih awkward kami berbalas senyuman dan bye-bye. Pastu terus aku berjalan tak toleh-toleh belakang lagi dah. Tak tahu boleh janggal pulak aku kali ni maybe sebab peristiwa pagi tadi.

"Pakcik, sekarang bawak laju-laju sampai train station ya," begitu aku arahkan pakcik tu macam boss.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...