Hari kedua di Ho Chi Minh, i'm fully ready to learn further about Vietnam War.
Aku pegi booked Cu Chi tour dengan satu kedai travel agent ni. Bayar 6usd tak termasuk entrance fee. Untuk entrance fee kena tambah bayar 90k dong.
Bajet bajet nak pegi kelas sejarah tingkatan 5 dulu, tapi sebelum tu kena isi perut dulu.
![]() |
Tukang masaknya bebudak lelaki, simple tapi mengenyangkan.. |
Tour guide tu keluar dari bas pastu dengan manisnya mintak maaf sebab dorang kena tunggu sorang tu yang lambat. Takpe, aku maafkan, hehe..
Pagi-pagi dah meriah dengan penjual-penjual |
Akak jual apa tu?? |
Ada satu part bila Mickey tau aku orang Malaysia, dia cakap dia teringin nak jadi rakyat Malaysia. Tau sebab apa?
"Sebab kat Malaysia saya boleh kahwin sampai empat orang. Sapa yang tak nak kan..." (sambil ketawa berdekah-dekah)
Cis, tu jer yang dia fikir. Tapi aku tak terasalah sebab tahu Mickey cuma bergurau jer. Dia pun cakap sebenarnya sorang pompuan pun dah cukup untuk dia. Ok, thats all..
Dalam bas ni selain aku, ada sorang abang ni jer orang Malaysia. Dia pun jalan sendiri jugak dari Penang. Pekat giler loghat utaranya sampai aku susah nak tangkap. Takpe takpe, kita satu Malaysia aku buat-buat faham supaya boleh jadi geng pegi tour ni, :)
Mickey....... Mouse??? |
Aku... umm main tengok dan ambik gambar jer. Kagum jugak dengan hasil kerja dorang tapi aku tak mampu nak beli.
Memerhati salah seorang pekerja membuat kraftangan |
Unik dan kagum aku dengan hasil ni.. |
Overview dalam pusat bekerja |
Abang Penang dan member group lain menunggu Mickey.. |
Abang Penang tu tanya, "Haih, tiket masuk pun nak ambik gambar ke?" Senyum sengih jer aku respon tak tahu nak jawap apa.. |
Dah masuk kawasan, Mickey suruh kami masuk ke satu pondok ni.. |
Rupanya nak lihat dokumentari dulu pasal gerila Vietnam ni dan cara hidup mereka survive semasa perang |
First trap show, Booby trap. Mickey tanya ada sapa-sapa nak volunteer tak untuk pijak... Ko berani?? |
Ngeri tengok bila ada bamboo spike menunggu kat bawah.. ieeuuu. |
Ni pulak jalan masuk rahsia untuk ke tunnel. Sangat pandai Vietnamese gerila ni buat benda ni semua. Kami sorang pun tak perasan ada hidden door bila Mickey tanya.. |
One of group member mencuba aksi masuk ke tunnel.. |
Patung jer ni, menggambarkan kehidupan dorang masa perang dulu.. |
"Boleh kasi bukti tunjuk kat orang kampung awak dah mai sini..."
Memula aku tak nak, tapi at last aku mengalah jugak bila dia keep push aku. Nanti takde kenangan katanya...
Apa-apalah abang Penang, saya menurut perintah...
Hasilnya, "Hi.. saya dah sampai ke Cu Chi Tunnel:)" |
Menyambung lagi tengok trap-trap yang ada. Seram nengok semua ni.. No wonderlah askar-askar US trauma berpanjangan lepas perang ni |
Window trap.. |
Folding chair trap. Kerusi maut gitu.. |
See-saw trap, nanges tengok.. |
Tak termasuk lagi trap-trap kecik yang memberi kesan fobia |
Bila buka pintu, trap ni akan dihayunkan menghentam muka dan badan si pembuka pintu. Giler betul.. |
I cannot brain all these!!! Sasau tengok segala jenis trap ni. Kabarnya at least ada 500 jenis trap pelbagai fungsi yang disediakan oleh gerila Vietnam ni masa perang dulu.
Malang sungguh nasib tentera US tu kan..
Selepas habis pusing-pusing tengok trap ni, Mickey bawak kami semua ke padang sasar tembak untuk sesiapa yang nak try skill menembak menggunakan peluru betul.
Aku tak cuba pun, hanya duduk duduk sambil minum jadi tukang perati. Maklumah, badan berat dan pemalas..
Dalam setengah jam begitu, baru kami sambung lagi perjalanan.
Contoh sandal yang dipakai gerila Vietnam dibuat menggunakan getah tayar. |
Akhirnya, kami sampai ke kemuncak tour iaitu mencuba sendiri masuk ke terowong Cu Chi. Actually, tunnel ni dah diubah suai dibesarkan supaya boleh dimasuki oleh pengunjung dari western yang berbadan besar.
Original tunnel tak dibuka kepada pengunjung dan ia sebenarnya lebih kecik muat-muat untuk badan orang Vietnam yang halus-halus dan comel.
Tapi, takpe. Haruslah aku mencuba peluang ini kan walaupun tak ori. Panjang tunnel pun 20m jer. Konfiden giler aku, heheh..
Highlight tour, memasuki lorong sempit yang gelap gelita.. |
Macam aku merangkak dibelakang sorang mat saleh badan besar ni. Mulut dia asyik cursing jer kat dalam tunnel tu nak patah balik. Macammana nak return sedangkan belakang dia ada aku dan orang lain yang merangkak sama... Aku yang mulanya tak rasa apa-apa boleh jadi tertekan jugak tetiba rasa sempit dah sukar bernafas bila mamat tu buat perangai gitu.
Over tau aku ni. Senang nak imagine bukan-bukan bila stress..
Nak tak kena kena teruskan sampai jumpa cahaya di hujung terowong gitu. Nampak pintu keluar cepat-cepat aku keluar nak ambik udara..
Jadi, pengajarannya adalah walaupun 20m tu pendek jer tapi bila masuk kat dalam tu terasa macam dah tengah merangkak sepanjang 1km...
Bila Mickey dah pastikan semua member group dia dah selamat keluar, kami meneruskan perjalanan ke tempat terakhir iaitu merasa sajian ubi kayu yang dijadikan menu utama dorang masa perang dulu.
Aku dahlah lapar, beria-ia aku makan tak peduli orang keliling. Agaknya sebab lapar, ubi kayu ni rasa sedap jer bila masuk tekak aku, hehe... buruk betul perangai..
Ubi kayu belum dimasak.. |
Ubi kayu dihidangkan dengan kacang tumbuk dan garam. Aku belasah ambik dua tiga lapar time ni, hehe.. |
Bila dah kenyang, tu petandanya tour kami pun dah berakhir. Kami pulang balik ke Ho Chi Minh dalam pukul 1 petang begitu. Masing-masing keletihan dan terbongkang atas kerusi bas..
Last view capture before exit. Example bomb used during war time |
Sesungguhnya restoran ni sangat cozy, cantik dan kemas. Jadi, harganya pun seiring jugak dengan standard restoran ni.
Aku hanya ambik nasi putih, telur dan sayur beserta air kopi ais, jumlahnya bila tukar kat ringgit menjadi RM35. Terkejut beruk aku, huhuk...
Takpe takpe, makanan pun dah selamat dalam perut. Kang nak komen lebih takut tak berkat pulak. Jadinya, aku pegi pejam mata bayar bil...
As-Salam Restaurant. Got Free wi-fi.. |
Telur dadar dihias cantik |
Sayur peria goreng. Sedap!! |
Macam biasa, lepas makan ronda-ronda malam kat taman lepak sejam dua baru aku balik ke bilik merehatkan diri. Esok dah nak balik pulak. Kejap sungguh masa berlalu...
To be continued..
Huwaa aku teringin nak masuk tunnel tu tapi aku memang claustrophobia. Kalau dah sempit & gelap, nanti aku tetiba rasa macam sesak nafas. Panic attack. Kalau jadi paling depan ok kot, xde rasa sesak orang depan belakang.
ReplyDeleteRasanya kalo ko nak masuk kena banyak guna mental preparation gitu. Pejam mata ja merangkak sambil fikir ko kat dalam taman bunga yang indah.. i think it might work lah Bie :)
Deletetak penah sampai sini cu chi tunnel ni...
ReplyDeletetapi kan menu sarapan tu mcm sedap je, aritu kami dok hotel dpn benthan tu makan roti ni jugak n telur separuh masak...
hmmm...rindu saigonn...huhu
Nanti CV ke sini lagi, haruslah mencuba masuk tunnel ni. Dijamin mendapat pengalaman yang unik:)
DeleteCepat-cepat hunting tiket flite now...
eh cam menarik je
ReplyDeletebaca blog lain tak teruja sgt, pandai awak menulis ;)
yg terowong tu rasanya akak x masuk lah kot, kang tersangkut dlm tu, naya je
hehe.. tq kak. masih banyak benda perlu belaja..Akak punya penulisan pun sempoi dan pandai menarik minat pembaca. Boleh tergelak sengsorang bila baca:)
Deletehehe.. pernah guide kami cerita ada sorang tourist minah saleh badan besar ni tersangkut kat tunnel. Makan berpuluh minit gak dorang guna untuk push minah tu keluar..
Akak okay lagi kot kalau ikut saiz badan orang asia...:)
comeilah si Mickey tu kelakar pulak tu ..that's my taste hehehe...dia tahu ehh..kat msia leh kahwin 4..nasib baik dia x ckp lelaki melayu kuat nafsu itu sbb kahwin 4 hahaha...yg lawak tak?
ReplyDeleteAbg Penang!..saya blogger tau..itu sbb gambar ticket pun perlu ambil sbg bukti dh sampai sini hihihi
Haha!! dah tau taste JM macam mana:). Mickey banyak jugak tau pasal Malaysia, agak well educated orangnya..
DeleteHehe.. tak terfikir pulak nak jawab camtu kat dia.