Pages

Monday, 5 January 2015

Saigon 01 - Arrival Day & New Saigon Hostel

Assalamualaikum..

Day 1 - 12/12/2014 (Saturday):

Vietnam Airline before departure, loading process
Menggunakan Vietnam Airline, aku bertolak ke Ho Chi Minh bercadang meluangkan masa kat sana 3 hari jer. Kejap jer kan..

Cerita pasal Vietnam Airline, first time aku naik dan aku nak rasa kelainan dia. Asyik naik Air Asia jer, sekali-sekala nak jugak naik different airline.

Menggunakan kapal Airbus 321, paling aku suka adalah legroom dia yang spacious. Takdenya nak berlangar bontot dengan orang lain bila nak keluar dari seat pegi toilet.

Pastu ada free baggage up to 20kg. Haruslah dipergunakan sepenuhnya oleh aku. Penat wo nak harung bagpack sana-sini masuk dalam kapal.

Dari segi makanan pulak, ia dah termasuk dalam harga tiket. Satu lagi, jangan risau ya kawan-kawan. Untuk penerbangan between Malaysia dan Vietnam, meal yang disediakan dijamin halal. Tak percaya, boleh check sini.

Oh ya, pramugarinya cantik-cantik jer aku nengok. Pakai pakaian tradisional diaorang, memang ayu jer rupa..

Pramugari berdedikasi menjalankan tugas
Complete set meal provided on board. Tea/Coffee provided later..
Tengok balik macam teringin pulak aku nak makan nasi sekarang..
Desert sebagai penutup
Perjalanan ke Ho Chi Minh ambik masa ~2 jam. Flight aku landed pukul 1 petang waktu lokal. Waktu kat Vietnam adalam sejam lewat dari Malaysia. Set watch accordingly, now i'm all set to explore Ho Chi Minh.

Dari Tan Son Nhat International Airport ke area Ben Thanh market, aku menggunakan bas awam. Tak susah nak carik, keluar jer dari bangunan airport terus pegi ke kanan jalan sampai nampak Burger King. Pergi ke seberang jalan dah nampak bas bernombor 152 sedia menunggu penumpang di stu.

Tambang bas adalah 5kdong untuk ke bandar. Kalau ada luggage tambah lagi 5kdong. Murah sangat kan..

Bas 152 ke bandar dari airport

One of the view from the bus
Memandangkan hostel aku terletak kat kawasan Bui Vien, aku kena jalan kaki lagi dalam 10 ke 15 minit dari area Ben Thanh market. Termengah jugak aku berjalan dalam panas terik tu..

Saigon New Hostel nama diberi. Bertemu muka dengan staff di kaunter buat kepanasan yang membahang menjadi sejuk. Sangat friendly dan buat muka kesian tengok aku yang keletihan mencari hostel mereka.

Sampai-sampai terus mereka hidangkan aku dengan air oren segelas. Kelass sangat kau LD!!

Akhirnya berjumpa jugak. Letih aku mencari sebab buta huruf baca map.

Reception counter. Friendy betul budak pompuan tu
Masuk bilik, dapat katil bawah. Best best..
Yeah! ada TV dan telefon dalam bilik. Agak mewah kalau compare to rate bilik.
Seperti pernah aku tulis sebelum ni, hostel ini sangat memuaskan hati. Harga murah beserta dengan free breakfast. Pastu setiap bilik dorm ada bilik air tersendiri. Oklah, tak yah nak keluar dari bilik macam kebanyakan dorm lain..

Cuma, lokasi hostel ni agak jauh dari Ben Thanh market. Berjalan kaki mau ambik masa berbelas minit jugak bagi aku. Tapi since tujuan aku bukan nak shopping, aku tak kisah sangat dengan lokasi hostel ni.

Sampai bilik, letak beg pastu baring sejam dua baru keluar balik nak meronda 
kawasan sekitar.

Terkezut aku tengok wayar elektrik dorang kat sini. Berselirat betul

Jalan ambik angin perati geng makcik ni bersenam. Enjoy sungguh dorang

Seronok aku lihat dorang ni mengamalkan gaya hidup sihat, tak macam aku :)
Owh.. nilah rupanya Ben Thanh market

Singgah kedai Hjh Basiroh sebab glemer sangat kat blog-blog orang. Terus pekena Pho Mee..
Vietnamese Lady, aduh aku orang pompuan pun boleh kagum dengan keayuan dorang ni..
Kanak-kanak bermain ria

Jogging mengeluarkan lemak dan peluh

Permainan shuttlecock yang popular di taman

Basically, hari pertama sampai aku takda buat apa-apa sangat kat sini. Riki-riki tour apa yang ada sambil berjalan-jalan ambik angin petang di bandar Saigon.

Cuma satu aku perasan bila dah sampai sini. Ya Allah, banyaknya motorsikal!!

Gerun semacam aku nak cross jalan kat sini. Kalau nak tunggu jalan tu clear, agaknya memang tak ke manalah aku dok bertenggek kat tepi jalan tu.

Nasib baik ada tourist police kat situ yang tolong. Tak pun aku main ikut-ikut jer orang sebelah menyeberang. Memang dasyat trafik kat sini. Macam nak ambik insuran nyawa jer masa-masa tu.

Apa yang aku belaja dari orang lain, kat sini kalau nak cross jalan tu jangan berenti-berenti. Cross jer terus dengan langkah yang sekata. Pandai-pandailah segala macam motor tu nanti nak elakkan kita. Paling teruk aku kena bila buat macam ni adalah kena honk memanjang oleh dorang.

Tapi, who doesn't kan... Consider kat sini memanjang jer dengar bunyi hon kat mana-mana...

Motorsikal yang tak putus-putus di jalan raya
Okeylah, tu jer nak cerita hari pertama. Kekdahnya sesi berkenalan dulu dengan Saigon secara santai.

Sampai ketemu lagi di lain entri, hik hik...



12 comments:

  1. qambar yg menarik, penceritaan yg mmbuat pembaca tak jemu
    rindu nak makan pho mee hajah basiroh
    book tiket now ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. terima kasih kak:)

      Wow! pantasnya. Terpana kejap saya, hehe..

      Delete
  2. belum ada rezeki pekena pho mee tu LD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, next time ada. CS kan selalu jenguk sini kan:)

      Delete
  3. best juga tukar2 airline, boleh tahu kelainannya.
    best dpt makan dan luggage including tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, katanya ingin mencuba kelainan selagi termampu:)
      lagipun harga time tu comparable jugak dengan airline lain.

      Delete
  4. Salam LD... dah 2x saya terbaca post bloggers yg gunakan khidmat vietnam airline... murah katanya... betol ka...? 2 benda yg memang saya ingat kt HCM ni, wayar berselirat dan motor yang bnyk kat jalan raya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farikica:)

      Umm, tak ingat berapa pulak exact harga masa saya beli hari tu. kena cari gali balik note lama. Tapi rasanya dalam RM300 lebih macam tu..

      Kan, so HCM 2 benda ni..:)

      Delete
  5. Hai.

    Nak promote blog jap. Sape2 yg kaki shopping, penggemar2 gadget handpfhone,speaker dan seumpama dengannya, boleh singgah ke blog saya http://sukasukigadget.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salah satu sebab aku nak gi Vietnam ni...nak tengok kecantikkan local. Dulu ada kawan pernah hadiahkan aku baju macam minah ayu tu pakai. Memang boleh bayang betapa graceful kalau local yang pakai. Aku? Dah serupa macam robot pakai baju. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorr.. untungnya ko ada kawan hadiahkan baju cantik tu.

      Takpe Bie, jangan sedih sedih. Ko tetap ada keayuan yang tersendiri :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...