Pages

Tuesday 20 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 02 - Train Ride To Kandy

Assalamualaikum...

Sebelum aku proceed, nak bagitau yang Ayubowan tu bermaksud "Hello" dalam bahasa Sinhala. Ok bai..

*****************************************************************************
Hari kedua di Sri Lanka, aku masih mamai lagi pagi tu tak percaya dah di sini. Breakfast ala kadar hasil belian malam semalam kat restoran. Pastu kemas kemas beg terus checkout dari rumah Jon nak ke pusat bandar.

Hari ni aku decide nak ke bandar Kandy, pusat kebudayaan Sri Lanka. Kat sana ada banyak tarikan utama untuk tourist compare to Colombo so i just want to give it a shot. Nipun baru semalam aku godek godek internet nak carik idea apa nak buat sepanjang 6 hari lagi. Accommodation pun baru jugak cari semalam dan aku berjaya booked bilik melalui Airbnb lagik. Luckily owner cepat jer reply. Kalo tak terkapai-kapailah daku di Kandy nanti, hehe..

Talk about last minute plan..

Dari rumah Jon nak ke Colombo Fort aku naik bas jer bertambang 24rupee (~65sen). Berjalan naik bas memang tak pernah sunyi. Penuh jer memanjang dengan penumpang. Tapi aku selalu bernasib baik bila naik bas kat sini. Mungkin sebab aku ni foreigner kot pastu nampak penat bawak beg besar gedabak kat belakang. Bila aku masuk bas, pasti ada orang offer aku tempat duduk dorang, (hehe, perasan bestnya jadi tourist)

Berjalan kaki dari rumah Jon ke jalan besar untuk tunggu bas. Pagi agak lengang

Tuk tuk takda driver

On the way dalam bas ke Colombo Fort, spotted ramai orang kat depan bangunan pejabat

Walaupun Buddha agama rasmi, agama lain bebas menganut dan mengamalkan cara hidup masing-masing seperti Kristian
Tak lupa jugak Islam..:)

Untuk pengetahuan, Colombo Fort ni macam pusat bandar di mana segala public transportation berpusat di sini. Bas dalam bandar, bas keluar bandar, keretapi semua berjemaah kumpul kat sini. Tuk-tuk pula memang tak payah dicarik, Ada jer terjongok kat mana-mana hatta ke tempat terpencil pun. Pendek kata kalo baru sampai SriLanka dan nak jadikan Colombo ni transit kejap jer boleh cari-cari accommodation dekat-dekat sini.

Dah sampai ke Fort Railway Station
Pakcik berkain senteng, soo Sri Lankan...

Kesian kat kaki sendiri kan kalau menapak jauh sangat ke hostel, hehe..

Untuk ke Kandy, aku pilih naik train instead of bas sebab aku nak merasa dan menikmati view perjalanan yang dikabarkan spectacular. Tapi disebabkan aku first time nak naik train kat sini, aku tersilap percaturan sikit.

Niat asal aku nak ambik 2nd class seating jer untuk perjalanan 3 jam ke Kandy sebab murah. Harga kalo tak silap 190rupee (~RM5.20) jerk. Tapi nak dijadikan cerita, memula sampai kat Colombo Fort Railway Station aku terpinga-pinga tak tahu mana nak beli tiket. Pastu ditegur pulak oleh sorang lokal ni tanya aku nak ke mana.

Aku bagitau yang aku nak ke Kandy nak cari kaunter tiket. Pakcik ni terus tunjukkan aku satu opis dalam building stesen tu. Rupa-rupanya ofis tu adalah Rajadhani Express, train carriage company yang mewah. Membayarlah aku sebanyak 1100rupee (~RM30) untuk ke Kandy. Kalau ikutkan sebenarnya memang affordable price cuma aku ingat nak naik yang murah-murah jer awalnya. Ni pun aku cuma sedar bila dah borak-borak dengan sorang pompuan lokal semasa tunggu train datang..

Its okay.. fikir balik bila lagi nak merasa naik 1st class train ye dak, hihi..

Dengan air-conditionnya, ada steward dalam cabin, tv lcd tayang movie omputeh, air mineral free dan ultimately, ada free WIFI!! Yea...

Berbaris menunggu que membeli tiket

Pukul 3.35 petang baru bertolak. Kematu punggung aku duduk lama menunggu

Dalam 1st class train on the way ke Kandy. Selesa giler aku..

Cuma aku ralat sikit sebab sepanjang perjalanan 3 jam tu aku bantai tido dari start train mula gerak sampailah bila train sampai ke stesen Kandy. Melepaslah aku dari menikmati segala macam view bukit bukau dan hutan belantara kat sini, sob sob..

Sedar-sedar bila dorang kejutkan kata dah sampai. Pisat-pisat bijik mata mengantuk macam tak percaya.

Padan muka sendiri sebab tido tak hengat dunia. Menerangkan kenapa aku takda gambar view naik train kali ni... huhuk...

Dah beli tiket, merayau dulu mencari makan tengahari. Bersebelahan dengan train station berbaris jer kedai makan termasuk kedai makan muslim.

Tak nak makan nasi, roti pun ada. Sporting budak ni:)

Duduk melangut di platform menunggu train

Pandangan biasa 2nd class keretapi. 3rd class lagik crowded..

Abang yang penyayang terhadap adiknya..

Untuk informasi pasal train kat Sri Lanka, boleh rujuk sini kalo rasa nak buat preparation beforehand.

Dipendekkan cerita, aku sampai Kandy lebih kurang pukul 6 petang. Keluar-keluar dari stesen bedebuss segala macam orang mengerumuni tanya aku nak ke mana. Pegi tunjuk no. telefon host aku, dengan senang hati one of tuktuk driver tu call tanya rumah tu kat mana.

Sedar-sedar aku dah dalam tuktuk mencari rumah host yang rupa-rupanya terpinggir sikit dari bandar dan terletak atas bukit. Umm, silap percaturan sikit aku kali ni. Masak nak guna tuk-tuk setiap kali nak ke bandar ni nanti sebab takda bas yang lalu sini..

Masa sesat mencari rumah host. Pakcik baju putih sedaya upaya menolong dalam gelap.. "Estootee Uncle"

Apa nak buat, kaki aku pun dah masuk rumah dan aku malas nak fikir panjang lagi. Tambahan hari semakin gelap, aku tak berani sangat untuk merayau-rayau dalam kegelapan..

Walaupun begitu, rumah yang aku stay ni sangat cantik dan ownernya bernama Dilini. Keluarga yang berada siap ada maid lagi. Satu family tu baik sangat especially mak Dilini. Terasa aku berada dengan keluarga sendiri, eh eh... (bila masa aku jadi Sri lankan??)

Anyway, layanan mesra dorang memang buat aku terharu sangat. Pengalaman yang best stay dengan local thru AirBnb :)

Malam sampai tu aku keletihan dan tak buat apa-apa sangat. Lepas makan malam, aku hanya berborak dengan family Dilini sekejap pastu terus pegi tido.

What a way menghabiskan lebih dua pertiga hari dengan tido ja. Betul-betul aku macam beruang kutub kali ni, hihi...

Katil yang selesa memanggil-manggil aku..

Dining room. Disinilah aku breakfast dan dinner sambil borak-borak dengan auntie sekeluarga. Rumah yang luas giler....

to be Continued...



19 comments:

  1. Oh bestnya lahai pegi Sri Lanka. Beza gila tu harga tren biasa ngn vip..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sri Lanka memang best. Ko pegillah nanti bawak KwangSoo sekali, hehe..

      Tula, sebab dah terbeli aku redha jerlah. Pastu bila naik train aku beli tiket biasa jer..:)

      Delete
  2. nampak bersih stesennya.. berbanding dengan di delhi/ india

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa.. dorang agak menjaga kebersihan kat sini.

      Umm.. iyer? saya tak pernah lagi ke India sebab tu taktau:)

      Delete
  3. ala..kenapa gambar semakin mengecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, ada kesilapan teknikal. Saya dah besarkan, tak perasan pulak, hehe..

      TQ JM sebab tegur:)

      Delete
  4. banyaknyaaa berjalannn. best sungguhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur rezeki dapat tengok tempat orang. Tq Afiqah sudi membaca:)

      Delete
  5. pengalaman yang sangat menarik, dulu pernah tengok pasal sri lanka ni di jejak rasul, tertarik nak pergi ke sana, belajar budaya diorang, tengok suasana di sana... insyaAllah suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sri Lanka ni ada satu aura lain macam seakan magnet yang kuat jer bila dah sampai sini. Terlalu banyak untuk diteroka:)

      InsyaAllah, saya doakan awak sampai sini jugak. Boleh dengar cerita dari pandangan awak pulak, hehe..

      Delete
  6. Allahamdulillah... seronoknya tgk travelling sis... salam kenal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Puteri.. terima kasih sudi membaca:)

      Delete
  7. Tuan blog travel sendirian ke? Perghh.. Bestnya dapat pi travel ni. Seronok aje bila dapat baca blog orang yang dapat pi travel. Lepas satu blog travel ke satu blog travel saya singgah. Dah rasa macam diri sendiri dok travel pun ada. Haha. Suka baca cerita orang yang pergi mengembara ni. Semoga sentiasa selamat di mana saja anda berada.
    Salam singgah.. \[^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah blog ni dan baca:)

      InsyaAllah..

      Delete
  8. homestay ni, LD duduk sekali dengan tuan rumah ek? nampak selesa betul keretapinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rumah kat Kandy ni memang saya duduk sekali dengan ownernya cuma kita sebagai guest ada bilik tersendiri attached sekali dengan bathroom.

      Delete
  9. Memang macam magnet ah. Aku yang baru baca cerita ko & Dayah pun dah rasa best giler Sri Lanka ni. Bab terlepas tengok view dalam train, xpelah. Rezeki ko untuk charge tenaga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha!! Bie, si Meng tu pun baru balik dari Sri Lanka. Bertambah kuat magnet menarik ko untuk datang sini nanti, hehe..

      Delete
  10. ok best. next time ada peluang akan ke sini pula

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...