Pages

Friday 16 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 01 - Railway Yang Open Di Mana-Mana

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa jakun melampau terhadap benda baru sampai nak repeat buat benda tu berulang kali until puas??

Itulah yang aku rasa terhadap sistem railway kat sini, hehe...

Hari pertama aku sampai Colombo, aku stay kat rumah local (Jon) yang terletak berdekatan dengan pantai. Maksud aku dekat adalah bila keluar dari rumah, pantai tu dah nampak di seberang cuma perlu berjalan tak sampai seminit pun...

Bilik yang selesa. Aku booked thru Airbnb. Dari airport aku naik 2 kali bas untuk ke rumah Jon. Perjalanan 2 jam setengah dari airport cuma cost me 140rupee ~ RM3.80 jer. Murah giler...

Heaven betul berumah depan pantai kan...

Tapi, ada bahayanya. Pemisah antara rumah Jon dengan pantai adalah open railway. Tak ada pagar, tak ada guide, tak ada apa-apa. Risiko adalah di bawah tanggungan sendiri. Jadinya, sebelum nak cross railway tu kena pastikan takde keretapi tengah lalu situ..

At first aku terkejut campur takut nak melintas. Macammana kalau tengah melintas tiba-tiba nampak train datang. Sempat ke tak sempat nak cross ni? Kan ke naya pulak kalau tetiba kaki stuck dekat railway tu...

Tinggi sungguh imaginasi aku time tu..

Pastu, tengok locals yang lain selamba giler jer cross. Aku jer yang melebih-lebih kot. Tambahan pulak kat Sarawak mana ade train bagai ni, tu yang menyebabkan level kejakunan aku mencanak tinggi.

Guess what!!.. lepas aku berjaya cross pertama kali, aku pegi patah balik ulang balik railway tu nak test keberanian diri. Melampau betul kan.. Kang tak pasal-pasal train datang, terus jadi arwah. Nauzubillah...

Nampak tak aku keluar dari rumah Jon terus nampak pantai dan railway..
Perati jer dulu memula takut-takut nak melintas
Crossing now!!
Sebenarnya, bila train nak lalu dorang akan bunyikan siren bagi orang dengar. Jadi kita dah boleh agak kalau dengar bunyi siren tu, jangan cross dulu railway tu tunggu sampai train dah lepas. One good way untuk peringatan di sini, lega...

Dah sampai pantai, yea!!
Agak bersih jugak pantai ni..
Ada kedai-kedai minuman dan makanan
Dengar bunyi hon, toleh terus nampak train ni lalu..
Tak berani pegi dekat.. takuttt
Train yang acapkali lalu.. one of main transportation in Sri Lanka
Anyway, pantai Colombo ni biasa jer. Air dia tak biru sangat seperti pantai lain kat Sri Lanka. Kebanyakan yang bersantai di sini adalah ummah locals jer. Tapi setakat nak lepak-lepak tengok sunset, tengok orang mandi-manda pantai ni serve the purpose.

Kalau nak pantai yang cantik sikit, ada satu di Mt.Lavinia masih dalam Colombo gak. Tapi aku akan cerita dalam entri yang lain..

Kapal cari gali ker??
Menikmati keindahan pantai dan alam..
Atau tengok orang bermanja ria..
Tak pun, layan budak-budak Sri Lanka yang friendly
Dah bosan, boleh jalan menyusuri pantai..
Ooppss, aku bukan pervert ok. Terambik pulak shot sexy..
Sunset yang tak sunset..
Its now time to go home..
Malamnya, aku pegi ronda area berdekatan jer sambil ditemani lampu suluh. Jon bagitau aku selamat untuk jenjalan di sini tapi auntienya pulak pesan kat aku jangan balik lewat sangat sebab bahaya..

Garu kepala tak tahu mana satu nak percaya..

Dinner di Vegetarian Hotel
Abang ni ajar aku makan pakai tangan. Malas aku nak explain kat Malaysia pun kita orang makan pakai tangan gak..

Anyway, aku ambik sikap berhati-hati jugak. Tempat asing yang kita taktau hati budi orangnya macam mana, better extra careful.

Balik rumah kekenyangan, aku layan tv sambil berinternet. Esok aku nak gerak ke tempat lain pulak...


15 comments:

  1. dulu kecik kecik rajin gak melintas laluan ketapi ni sebab tu jer jalan yang boleh keseberang sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ye ker? saya pulak memang tak pernah lihat tu yang excited tak tentu pasal, :)

      Delete
  2. LD, travel solo ekk ke sri lanka? tahniah ok!!

    tak kisahlah jakun ke apa LD, yang penting sendiri puas hehehe...saya selalu gak buat benda yang sama berkali2, tapi ssssshhh diam2 aje :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ZIlla,:)

      Haha!! ada banyak benda kan yang buat kita excited melampau macam tu. Yang ni salah satunya yang saya kurang segan sikit nak kongsi:)

      Delete
  3. hi..

    teringat keretapi Queen Of Sea Line yang disambar ombak Tsunami dulu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dr:)

      Ya.. memang tragik bila baca pasal disaster train ni. Sedih bila banyak nyawa yang terkorban sekaligus..

      Delete
  4. bahagianya kalau ada rumah sebijik macam tu. tak kisah lah pantainya tak lawa sangat pun...

    *sesekali berteman bunyi ketapi lalu syok jugak, lebih2 lagi kalau dapat open crossing camtu....
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. walaupun risiko tinggi tapi kepuasan dengan pantai tu boleh buat kita lupa semua:)

      Delete
  5. First time ke blog ni terus jatuh cinta...saya pun minat jalan-jalan gak...keretapi lalu mesti bunyi kuat kan? ganggu tak tidur LD? LD pakai kamera ape nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah:).

      Ya, asal train lalu jer, bunyinya macak kita dok kat bawah railway. Sangat kuat. Nasib baik tido semalam jer kat situ, jadi tak terasa annoyed sangat..:)

      Saya pakai kamera Fuji X20 jer..

      Delete
  6. 2 kali naik bas baru sampai di rumah Jon tu..kalau JM sorang2 mesti gelabah beruk arghh...huhhu..mcm lah manalah nk travel sorang ni low level confident

    Jgn kata LD..kalau JM pun jakun gak kalau nampak benda baru camni..psstt: jgn kabor kat orang lain tau

    Train bawak penumpang rupanya...dah gak 'berusia' kan tren tu. Bermalam 1 mlm je kat ni..kenapa? just a transit ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM boleh buat tu. Imagine macam nak naik bas Rapid kat KL tu pasti berkurang rasa gelabahnya kan..:)

      Saya dah pasang speaker kuat2 kasi semua orang dengar JM, haha!!

      Colombo tu semalam jer sebab first day sampai tu blur lagi, lagipun nak rehat kejap sebelum sambung journey ke tempat lain.

      Delete
  7. Teringat track from Jakarat to Bandung. Locals boleh selamba berniaga kat tengah2 track, bila ada train lalu...diorang bawa barang jualan ke tepi, train dah xde, diorang back to business. Nampak comfy gila bilik ko dapat. Best ah kan travel solo & at the same time jumpa local yang helpful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi macam scary jer Bie.. ala-ala Maeklong railway market kat Bangkok tu walaupun aku tak sampai lagi sana. :)

      Hahah, aku suka dan puas travel stail macamni, mengajar aku banyak benda yang aku tak tau sebelum ni..:)

      Delete
  8. part pakai tangan tuh, ms kat Pokhara, locals pun pandang pelik kat saya. ingat kte pakai sudu kot. hi hi. menarik train nye. sy terpengaruh dah ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...