Pages

Saturday 17 May 2014

Trip Mengelapkan Kulit: Part 01 - Dari KL ke Phnom Penh

Assalam..

Lamak jugak dah aku rasa tak menaip kat sini. Almaklumlah, demam + malas..

Lepas sebulan lebih baru nak start cerita pasal trip ni. Bertabah jerlah kan..


Entri pasal trip ni aku bagi tajuk menggelapkan kulit sebab aku pegi pada musim panas yang amat membahang. Tambahan pulak dengan tour ke tempat-tempat yang puteri lilin tak akan pegi, jadinya kulit aku menjadi bertambah gelap especially part muka.

Dah serupa minah Bangla dah bila aku balik hari tu, ooppsss..

4 April 2014 (Friday):

Kali ni aku tak bermalam kat LCCT macam biasa. Aku bertolak dari kampung pagi tu guna flight awal pagi. Sampai LCCT lebih kurang pukul 10.30 pagi ada masa untuk aku relax sebab flight ke Phnom Penh pukul 3 petang.

Sempat geng aku yang kat Sepang datang jumpa dan kitaorang lepak kat Salak Tinggi sebelum diaorang hantar aku balik ke airport.

Flight kali ni memang ontime. Segalanya nampak smooth tak ada segala macam drama. Mudah-mudahan dilindungilah aku sepanjang di tempat orang nanti, khusyuk aku berdoa dulu sebelum naik flight. Fuh!, hembus kiri kanan macam tok bomoh, hehe..

Flight ambik masa lebih kurang 2 jam. Sampai Phnom Penh International Airport lebih kurang pukul 5 petang. Disebabkan masa Cambodia lewat sejam, jadi sampai tu pukul 4 petang sebenarnya. Awal lagi..

Sampai akhirnya
Proses imegresen berjalan lancar dan aku keluar dari terminal dengan excitement yang tinggi nak melihat negara yang selalu disebut sebut orang. Sempat aku beli local simcard Cambodia (Beeline) sekali data & call costs me 5 usd. Beberapa hari aku guna agak memuaskan jugak coveragenya. Bolehlah buat call family kat kampung dan surfing sikit-sikit.

Tengah que untuk beli simcard tu, aku berborak-borak dengan sekumpulan pakcik-pakcik cina satu flight dengan aku tadi. Diaorang datang untuk 2 hari jer sebab nak attend wedding one of their friend. Aku syak diaorang ni kayor giler sebab dari rupa begitulah, ke aku tertipu oleh rupa..

"You here alone kah?"
"I am.."

"Wah! so brave aah. I don't want to go alone like you. No friends to talk to. Must be boring. You're girl some more. Be careful oohh"

Beria-ia pakcik tu suruh aku berhati-hati kat sini. Aku pun iyakan jer sebab tahu niat dia baik. Tupun dia cakap budak muda-muda sekarang sangat berani tak macam orang-orang tua seperti dia. Dia tak dapat imagine kalau dia di tempat aku.

**Kat Cambodia ni semua pakai usd. Tak payah susah-susah tukar ke Cambodian Riel. Buat gemuk purse jer nanti**

Lepas say bye-bye kat diaorang, aku keluar dari main building. Satu stage dah lepas. Sekarang cabaran nak cari transport ke hostel pulak. Mula-mula terpinga-pinga jugak tak tahu nak ke mana. Tengok ada banyak tuk-tuk tapi bila aku tanya harga, rata-rata charge 8 usd. Mahal tu, aku baca blog-blog orang cakap dalam 5 ke 7 usd jer.

Perkarangan airport mencari tuk-tuk
Aku berdiri kejap kat satu sudut fikir cara murah ke hostel. Dari jauh aku nampak ada 3 orang budak melayu sama flite dengan aku tadi pun melilau sekeliling airport. Aku bet memang nak cari transport gak tu. Jadi aku ambik peluang tu try nasib tanya kalau diaorang nak share tuk-tuk.

Luckily they did agree. Aku lega, sekurang-kurangnya jimat sikit usd aku. Aku tak tukar banyak kali ni, dalam tangan tak sampai 200 usd pun budget untuk 5 hari.

Kami sama-sama mencari tuk-tuk. Diaorang nak pergi ke Giant Ibis manakala aku pulak nak ke Riverside. Turns out dua tempat ni memang dalam satu kawasan. Senang cerita cakap kat driver mintak dia bawakan ke Riverside sebab dia faham tu jer. Sebut nama lain dia tak faham. Deal!!

Hari tak hujan tapi jalan agak rendah di sini. Nampak air tinggi sikit kat belah ni
Tak disangka jam jugak di sini. Sempit betul pemikiran, heheh..
Lagi jam yang teruk
Ko mampu nak membonceng begini di Malaysia. Polis pun buat selamba jer tengok kat sini..
Ada banyak universiti kat kawasan yang dilalu
Bangunan apa entah aku tak tahu tapi cantk..
Penjaja petang-petang..
Sampai ke Riverside lebih kurang pukul 5 petang. Dia turunkan kat depan Riverside. Okaylah 8 usd bahagi 4 orang. Rupanya Giant Ibis tu 10 langkah jer dari tempat kami diberhentikan. Sangatlah dekat..

Group 3 orang tu lega sebab dah sampai. Tinggal aku pulak nak cari hostel. Agaknya diaorang kesian tengok aku jadi diaorang offer temankan aku jalan kaki cari hostel. Baik kan diaorang..

Inilah tuk-tuk driver
Hostel aku ambik memang sangat dekat. Tak sempat nak borak panjang dah ternampak signboard hostel tu. Jadi kami berpisah di situ dan aku terus masuk untuk check in, manakala diaorang pulak patah balik ke Giant Ibis.

Ok dah, aku sambung next entry yer. Mood malas tetiba datang..





10 comments:

  1. Best kan kat Riverside..

    oh ioll pun p masa panas bulan 5. Tak sanggup berjalan, asyik dok bawah pokok je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa.. duduk kat riverside memang best. nak cari makan pun senang..
      pokok-pokok kat sana memang penyelamat besar. Nasib baik banyak pokok rendang:)

      Delete
  2. LD!!! Mana citer Bangkok? Heeee
    Apa? 5 hari di PP, Jm yg stay kat 2 hari pun dh mati kutu maybe LD pegi kuar dari bandar kot
    Ok2 Jm nk tahu story seterusnya. Nasib baik lah jumpa org baik2 ni jimat tambang tuk tuk :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. JM sabar ehh, cerita Bangkok menyusul lepas Cambodia ni..
      Actually 5 hari tu untuk PP dengan SR. Kalau solely untuk PP rasanya saya pun mati kutu gak nanti..:)

      Delete
  3. salam membalas kunjungan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Dzuhata. Thank you for reading..:)

      Delete
  4. Ok aku gigih tunggu entri ni siap sampai Day 5. Sebab dalam menimbangbalik perancangan solo juga pi sana. Ohyeah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap bertabah menunggu, hehe..
      Bibie pegi saja sana jangan ditimbang-timbang. solo travel sana best!!

      Delete
  5. haishhh in syaa allah akan ke sini tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cambodia ada banyak lagi tempat menarik untuk diteroka. Enjoy ur trip ke sini nanti:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...