Pages

Thursday 8 May 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 13 - Final Day in Indonesia

Assalam..

Singgah membeli durian di tepi jalan

Kami sampai balik ke Probolinggo lebih kurang pukul 12 tengahari. Lepas pegi buat bayaran kat Budi, aku masuk ke dalam rumah. Hati aku sakit sangat time ni tak tahu kenapa.

Nasib baik ada jugak budak-budak kecik kat rumah tu jadi penghibur hati sementara. Excited sangat tengok aku sambil tanya pasal trip aku semalam.

Cuaca nampak mendung tanda nak hujan. Aku tekad nak bagitahu DD aku balik time tu jugak.

"DD, hantarin aku ke stasiun bis nya ya."

"Iya, nanti aku hantarkan. Kamu rehat dulu di kamarku."

"Aku ngak bisa lama di sini. Ada urusan penting mahu dibuat di Surabaya. Hantar aku sekarang ya.."

DD nampak terkejut dengan permintaan aku. Masih lagi dia berkeras nak hantar aku lewat sikit petang tapi aku lagi berkeras. Akhirnya dia mengalah..

Aku bukanlah nak jadi tetamu yang kurang ajar tapi dalam situasi dengan DD aku berpendapat better aku blah cepat dari situ. Nasib baik parents DD faham dan diaorang pun mengharapkan aku stay lama lagi kat situ.

By the time kami nak bertolak hujan pulak turun. Mula-mula rintik pastu makin lebat. DD gunakan alasan tu supaya kami tunggu sampai hujan berenti sebelum bergerak.

Apa respond aku? Aku tunjuk pulak kedegilan aku pada DD tak nak tunggu teduh. Biarlah apa dia nak fikir, yang penting aku tak nak mengalah lagi kali ni.

Agaknya dia tengok aku dah tekad habis jadi nak tak nak dia terpaksa jugak hantar aku dengan motosikalnya dalam hujan. Masih pulak tu nak suruh aku kongsi baju hujan dengan dia... Grrr, tak ingin aku!!

Aku rela kebasahan dalam hujan dari diambil kesempatan sekali lagi. Nampak tak betapa kerasnya aku time ni..

Kami berdua sampai ke Stesen Bas Probolinggo dan aku menanggung kesan atas kedegilan aku sendiri. Baju aku habis basah kuyup macam orang baru mandi. Nasib baik ada toilet kat situ boleh jugak aku salin pakaian.

Aku nampak bas menuju ke Surabaya terus aku naik. Sebelum tu sempat berbye-bye dan berterima kasih kat DD (walaupun tak ikhlas kat certain part). And being DD, dia mengejutkan aku dengan secara tiba-tiba nak peluk aku kononnya sebagai tanda perpisahan. What the @#$#!!

Nasib baik aku sempat elak. Lelaki ni memang tak akan pernah berubah aku fikir.

Ingatkan dah selamat, rupanya sempat juak dia pegang-pegang bahu aku dari belakang time aku naik bas tu. Memang jantan gatal betullah dia ni!! That's it!! Aku terus cari tempat duduk tak menoleh lagi ke arah DD yang berlakon sedih berpisah sambil lambai tangan tu..

Bas meninggalkan Probolinggo yang memberi bermacam memori kepada aku. Termasuklah tahap kebencian aku meningkat kepada DD. Hish..

Pakcik jual kuih dalam bas on the way balik Surabaya

Rest of the day, aku sampai Surabaya almost 3 jam kemudiannya. Sampai Stesen Bas Bungurasih, aku naik bas khas ke Juanda airport yang memang ada di situ.

Bas ke airport. Ada dua jenis bas, satu ke terminal domestik (10 ribu) dan satu ke terminal international (20 ribu).

Aku sampai airport ngam ngam masa Maghrib jadi aku terus ke surau. Rupanya ni airport baru dan aku baru tahu time aku sampai tu airport ni baru dibuka semula semalam lepas ditutup berikutan kes Mt.Kelud meletus minggu lepas. Agak baik nasib aku di sini.. Kalau masih tutup lagi, tak ke naya aku nak kena tangguh balik KL.

Rasanya time ni airport baru bukak tak sampai 2 minggu

Disebabkan flite aku sebenarnya pukul 5 pagi, jadi aku hanya melepak di airport jer sambil melayari internet. Puas hati sebab Wifi kat sini memang laju.

Nasi ayam penyet di airport.

Sementara nak tunggu kaunter checkin bukak, aku tumpang tido kat surau sini. Nak bagitau surau dia satu jer, takde pemisah lelaki dan perempuan. Tapi, ada aku kesah!! Cuma pandai-pandai lah cari port ceruk sikit supaya tak mengganggu orang lain nak beribadat..

Skip to the end of the story, flite aku ke KL depart on time. Macam biasa waktu checkin kena bayar airport tax IDR 150ribu. Since aku dah asing duit tu awal-awal jadi takde masalah untuk aku belanja lebihan duit yang lain.

Aku rasa flite landed kat LCCT lebih kurang pukul 8 pagi kot, aku tak berapa ingat. Rasa mimpi pulak dah sampai Malaysia balik.

Nasi Kuning Manado Air Asia

Sejujurnya, aku tak berapa happy dengan trip kali ni sebab banyak dipengaruhi oleh perasaan marah dan sakit hati pada akhir trip. Namun hasrat menjejak kaki ke Bromo dan Ijen yang terlaksana mengubat sikit hati aku.

Lain kali, kalau gatal sangat nak tumpang rumah orang, guna otak sikit fikir LD!!

Begitu aku memarahi diri sendiri. At least ada pengajaran jugak buat aku yer tak..

Dengan itu, aku umumkan berakhir sudah cerita trip tak seberapa ini..


The end... Yea!!



8 comments:

  1. Alhamdulillah..LD selamat pulang ke Malaya...itu semua mesti pengalaman yang tidak dapat di lupakan ye
    Ni ke DD..not bad..tapi kalau lihat kepada perangai yg mcm tu...terus tolak masuk longkang...pantang tgk org cantik sikit..mula lah nk menggatal eee geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally unforgettable experience..
      haha.. terimagine kejap pulak dalam kepala JM tolak DD ni masuk longkang pastu confirm saya bagi hi-5 kat JM:)

      Delete
  2. Review apa ko tulis kat cs page dia? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bagi tau apa yang aku rasa. Rupanya dah banyak jugak review tak best pasal DD ni yang aku tak pandang sangat sebelum ni..

      Delete
  3. Baru abis baca the whole entry of this Indonesia trip. Especially about DD tue. Haih, orang macam ni kan mmg ada kat mana2 jek. Takper la. Lesson learnt kan. Supaya lebih berhati2 next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Zaraab for reading. :)
      Yes, memang banyak pengajaran jugak trip kali ni. Tak bole nak ambik ringan jer sesetengah perkara.

      Delete
  4. Ni ke DD yang LD cerita tu...hmm..saje nk amik kesempatan je tau mamat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. nilah DD. Fikir balik sekarang saya pun ada silap jugak, tu sebab dia senang nak ambik kesempatan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...