Pages

Thursday 24 April 2014

Menjejaki Mt.Bromo & Ijen: Part 10 - Bromo, Here I Am

Assalam..

Masa yang dijanjikan dah tiba. Pukul 10am sharp aku DD bergerak meninggalkan rumah menuju ke Bromo.

Time ni aku dah mula rasa tak best dengan DD sebab peristiwa tadi, jahatkah aku???

Perjalanan menggunakan motosikal memang terasa especially part punggung dan pinggang. Jalan tak rata, lubang sana sini, bengkang bengkok dan naik turun bukit.

Tapi, view memang awesome dan aku terlupa kejap rasa marah aku dengan DD.

Melalui kampung orang, pastu lalu sawah padi seterusnya kebun-kebun sayur ditambah pulak cuaca sejuk-sejuk manja buat aku tenggelam dalam keindahan tempat ni, podahhhhh!!

Permulaan perjalanan, masih di Probolinggo

Rumah-rumah di sepanjang perjalanan

Aku tak ingat pulak ni tempat apa..
Motif ambik gambar pokok-pokok??
Rumah lagi..
Salah satu masjid yang ada di pekan
Air surut, tak berapa best..

Bekerja kuat demi sesuap nasi
Warning dah, DD bukan main lagi suruh aku ambik gambar ni
Selamat datang!!
Agak-agak sejam kot perjalanan, kami sampai kat Cemoro Lawang (base of Bromo). Di sini, baru nampak ada banyak accommodation murah dan mahal. Kalau bermalam sini dan budget kudrat korang kuat, boleh jer jalan kaki sampai ke Gunung Bromo.

Note: Dari stesen bas Probolinggo memang ada bus mini ke Cemoro Lawang yang akan bertolak lepas penuh. Harga dalam IDR 25ribu - IDR 30ribu dan jarak perjalanan dalam 1 jam.

Kat Cemoro Lawang ni banyak tengok orang bercucuk tanam camgini. Terpotong pulak kepala orang tengah tu
Masuk sini dah mula rasa sejuk kedinginan. Nampak tebal jer kabus sini
Sebenarnya, terjadi sesuatu pada aku on the way ke sini. Dalam 10 minit nak sampai DD bagitau kat aku yang motosikal tak cukup power untuk naik bukit. Jadi dia kena turunkan aku untuk menapak sedikit sampai atas. Aku pun setujulah..

Dan apa yang terjadi, DD tak sengaja stopkan motosikal di permulaan bukit tapi disebabkan uphill motosikal automatik terturun sendiri.

DD sempat untuk menahan motosikal dari terus terkebelakang tapi yang sedihnya aku, ish ish..

Aku terhumban jatuh dari motosikal tu bergolek-golek macam nangka busuk. Nanges...

Luckily tak ada kereta lalu kat situ. Jalan yang kitaorang guna pun sebenarnya jalan belakang. Kereta tak dapat masuk sebab jalan kecik, cuma motosikal jer ada. Tupun aku tengok start naik bukit masing-masing mula tolak motosikal ke atas.

Lepas jatuh tu, aku takde luka-luka cuma kaki aku rasa sakit sikit. Nasib baik jugak pakai helmet jadi kepala aku terselamat. Lega..

Cuma aku boleh imagine kalaulah aku tergolek ke tepi sikit memang jatuh gaunglah jawapnya. Ngeri aku fikir balik. Alhamdulillah masih hidup...

Pagi tadi sebelum bertolak DD cakap kat aku kalau guna jalan utama ada entrance fee which i don't know how much. Dia bawak pakai jalan belakang yang hanya local jer tahu which is definitely free.

Duit aku jimat di sini. Kalau tak, aku kena bayar entrance fee sekali untuk aku dan DD sebab budak tu mintak aku tanggung semuanya sekali termasuk makan minum kat luar, hish..

Kat sinilah aku jatuh tergolek tu sampai bawah. Macam cerita hindustan berguling-guling tapi versi sakit
Motosikal ni pun struggle gak nak naik
Balik ke cerita asal..

Aku dah sampai walaupun guna jalan belakang
DD memberentikan motosikal di hadapan Bromo Permai Inn 2, dan di situ aku macam tak percaya dengan apa yang aku lihat.

Gosok mata tiga empat lima enam kali, Masyaallah!!

Gunung Bromo, Batok dan Semeru semuanya di depan mata aku seperti yang aku lihat kat internet. Cantik sangat!!

Aku rasa macam tengok lukisan hidup jer, hilang semua rasa sakit badan dan hati aku time tu..

Manusia 2 orang ni tak nak beralih jadi masukkan jerlah dalam gambar
Bromo!! Aku dah jatuh hati pada tempat ni

Lepas ambik gambar seround dua, aku bagitau DD aku nak naik Gunung Bromo tu. Tengok macam kawah Bromo tu memanggil-manggil jer aku. Tau apa respon dia..

"LD ngak mo balik ya. Kita kan udah nyampe sini.."

"Iya, ngak mau balik dulu dong. Biar aja saya panjatnya. Kepingin bangat dari jauh mo ke sini udah pasti mo lihat Bromo lebih jelas"

"Aku ngak bisa mo manjat sana LD. Aku ngak berani"

Budak ni, kalau ikut hati memang aku nak bagi baikk punya smash down. Apa aku peduli dia dapat ke, mahu ke, sakit ke yang penting aku yang nak. Dahlah charge mahal..

Aku ngaku aku memang terlebih emosi..

Kuda pun dah habis shift nak balik

At last DD bawak jugak aku ke tempat paling dekat dengan Bromo. Dia berentikan motosikal tak jauh dari pura Hindu situ dan aku bergerak sorang merentasi padang pasir menuju ke kawah Bromo.

Semakin menghampiri aku makin excited
Lengang jer tak ada orang time ni
Pura Hindu berdekatan
Orang lain pegi pagi-pagi lepas tengok sunrise, aku pulak pegi betul-betul tengah hari waktu matahari terpacak atas kepala. No wonder tak ada sorang manusia pun kat sini kecuali aku, DD, orang bawak kuda dan beberapa penjual bunga dan minuman.

Aku dah hilang peluang sunrise awal pagi tadi jadi aku tak nak lepaskan peluang naik kawah ni pulak. Despite semua drama dengan DD aku manage untuk sampai ke sini. Syukur banyak kali..

Nampak macam jauh lagi nak sampai. Jalan kaki tau, memang gigih aku waktu ni
Semangat masih kuat walaupun dah mengah
Pose wajib aku, tunjuk kaki dah sampai sini
Perjalanan naik tak susah mana tapi mampu untuk buat orang macam aku mengah dan berenti kejap-kejap ambik nafas. Tapi bila dah sampai atas tu, Masyaallah..

Pasir yang memberi cabaran naik

Mt.Batok bersebelahan
Kakak ni dah tak larat tengah jalan terus ambik servis kuda
Penjual air yang masih setia walaupun pengunjung dah hampir tiada
Dah mula naik tangga.. Dapat tengok ketinnggian ni memang boleh buat putus asa
Gambaran jelas pasir-pasir yang memenuhi tempat ni
Abang ni bukan main lagi pujuk aku beli bunga untuk dilontar kat kawah nanti. Katanya untuk buang sial..
Sikit lagi nak sampai..
Hilang semua penat dan mengah aku. Officially aku mendeclare diri sendiri berjaya. yea!!

Finally, yeah!! aku sampai terus nampak sorang brader ni pulak duduk sini jual air kot
Asap yang keluar dari kawah. Agak gayat jugak sebab penahan cuma pagar yang asal ada jer..
Aku tak tahu berapa lama kat atas tu tapi aku guna masa sebaik mungkin menghayati view dan duduk bertafakur kat situ, hehe.. Lantaklah dengan DD yang menunggu di bawah walaupun dia keep ajak balik.

Aku terfikir time ni cuma aku the only pengunjung kat atas ni. Memang rasa macam Bromo tu aku yang punyer. Mungkinkah ini hikmahnya atas kedegilan DD??

Dengar-dengarnya pernah ada pengunjung jatuh dalam ni terus goal
Asap yang menggeruskan bila tengok dekat
Puas hati di sini, baru aku bergerak turun tangga kembali pada DD yang menunggu dengan motosikal. Kami meninggalkan Bromo dan aku menyimpan niat untuk kembali lagi ke sini nanti.. Insyaallah (tapi bukan dengan budak ni lagi).

Nak balik dah..

Nampak pura Hindu kecik tu.. DD tunggu aku kat situ
Tengah turun baru nampak ada orang lain naik
Bergerak meninggalkan Bromo
Bye-bye Bromo.. Tunggu aku datang lagi yer..
Perjalanan pulan balik ke Probolinggo
On the way balik kitaorang singgah makan di warung tepi jalan kat pekan Probolinggo. Sebab mood aku baik lepas misi Bromo accomplished, aku makan dengan penuh berselera sampai bertambah. DD pun perasan muka aku ceria semacam.

"Enjoy betul kamu ya LD, makanannya enak bangat ya?"

"Iya". Pendek jer ku jawab malas nak layan dia sangat.

Pekan Probolinggo
Warung makan. Ni makcik tukang masak
Lalapan kalu aku tak silap. Sedap sangat sampai aku bertambah
Lepas makan, DD bawak aku pusing-pusing pekan situ dan jumpa kawan-kawan dia. Satu benda aku hairan, diaorang ni tak pernah tengok orang Malaysia ke? Excited dan curious semacam jer tengok bila DD kenalkan aku depan diaorang.

Apa-apalah, sebab mood aku masih baik jadi aku layan jer diaorang ni. Terasa macam artis sekejap kat situ..

Kami sampai balik rumah DD lebih kurang pukul 3pm.

"LD rehat aja di bilk ya. Malamnya nanti mo ke Ijen perlu tenaga."

Aku akur kali ni. DD bagitahu aku kawannya akan ambik kami pukul 7.30pm terus gerak ke Ijen.

Perancangan yang simple tapi pelaksanaannya ada drama pulak. Aku yang kepenatan terus masuk bilik dan merehatkan diri sementara tunggu malam tiba.

9 comments:

  1. salam singgah,

    baca entry ni buat saya rindu nak ke bromo lagi. adeh....

    tak sabar nak tunggu cerita di Ijen pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. tabik hormat kat PM:)
      memang Bromo ni ada magnet yang kuat kan buat kita nak datang lagi.
      Ijen next entri pulak, tq for reading..

      Delete
  2. Hanya kenderaan sihat sahaja boleh naik..ahaha kelakar nyer statement..ahahaha...macam2 hal...jatuh moto lah pulak..kiranya trip ni penuh drama dan emosi kan

    Best la pegi time tak ada org..boleh bergambar puas2 dpt view cantik..kalau x semak gambar ngan muka org lain...TAPI naik ke atas tu semat2 tgk asap tu je lah ek...heee

    Ahahah..biasalah org msia cantik2 compare ngan org sana so mstilah dorang teruja hee..

    ok2..tunggu drama di Ijen pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah JM, banyak pulak drama trip kali ni.. penat nak hadap
      memang sunyi kat atas tu, jauh beza bila tengok blog orang lain penuh jer dengan manusia.
      Cantik?? hehe, setuju setuju..

      Delete
  3. Best kan Bromo waktu petang. Takde orang.

    Aku ikut jalan blkg jugak ke Bromo (melalui Malang) tapi still kena bayar..huhu tapi i is dapat local rate (thanks pakcik ojek!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. best sangat..:)
      Agaknya Bromo ni ada banyak jalan belakang kan.. time ni memang orang local jadi harapan nak masuk murah, hehe..

      Delete
  4. Best nyer dapat merasa sendiri Bromo tu.. teringin juga ke sana satu hari nanti insyallah :D
    Lalapan makcik tu nampk sedap.. teringat lalapan di Miri dan Pekan Baru indonesia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best!! Diasarankan Afif cepat-cepat hunting tiket pegi sini sebab dengar khabarnya entrance fee naik berganda-ganda soon..
      Lalapan kat Miri & Pekan Baru? .. weh, dah meneguk air liur bila dengar..:)

      Delete
  5. Aku terhumban jatuh dari motosikal tu bergolek-golek macam nangka busuk ==> Orang probolinggo cakap ndung - glundung :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...