Pages

Wednesday 16 April 2014

Menjejaki Mt. Bromo & Ijen: Part 07 - Doing Nothing in Surabaya

Assalam..

Apa aku buat kat sini??? Lansung takda apa-apa. Motif jadi pemalas tahap Garfield kat tempat orang..huh..

Lepas dah checkin dan merasmikan katil kat bilik, aku jadi malas tetiba. Hajat hati nak berjalan-jalan terus tenggelam dek godaan katil yang sangat tinggi. Aku mandi segarkan badan dan terus lena tak ingat dunia.

Sedar balik lepas Zuhur, mood malas aku masih kuat. Macammana ni?, tampar muka sendiri beberapa kali aku gagahkan diri bangun dari katil dan bersiap nak keluar.

Kalau bukan kerana perut yang lapar, rasanya memang aku tak keluar dari rumah tu seharian. Berterima kasih kepada nafsu makan yang tinggi, heheh..

Sebelum keluar aku tanya staff perempuan tu yang aku panggil Ibuk kat mana cari tempat makan sedap. Dia suggest ada satu mall tak jauh dari situ yang menempatkan pelbagai restoran dari yang chained kepada foodcourt. Okeylah gak boleh aku jalan-jalan ambik angin on the way ke sana.

View sepanjang jalan ke Sutos Mall
View #2
Love is In the Air??
Kesimpulannya, aku hanya berjalan kaki pegi Sutos Mall untuk makan dan berehat-rehat pastu balik ke rumah.
Aneka food court in Sutos Mall
d'Kampoeng, Indonesia local cuisine
Ada banyak stall at dalam ni, semua menu Indonesian. Rambang mata weh..
Nasi Madura
Somay, kalau kat Malaysia panggil Seow Mai
Masuk petang aku hanya berkeliaran kat kawasan perumahan tengok-tengok orang dan balik rumah sebelum senja menjelma.


Sutos Mall dari depan
Malam tu pulak lepas mandi dan makan sikit, aku lepak kat ruang tamu tengok tv sambil berborak dengan Ibuk dan satu family dari Vietnam.

Aku tak tahu berapa lama borak, sedar-sedar aku tertido kat ruang tamu tu dengan tv masih on dan orang lain dah takda. Bila nengok jam, nak dekat pukul 12 rupanya.

Pagi esoknya, lepas bangun dan mandi Ibuk datang tanya aku nak makan apa. Syok ada orang masak untuk kita kan..

Sebenarnya pilihan cuma mee segera dan air teh atau kopi jer pun, tapi sedap jugak Ibuk masak.
Vine, anak kecil Vietnam ni at first asyik tengok aku breakfast dari jauh
Pastu mintak mak dia bawakan dia ke meja aku, muka aku ni baik kot, hehe..
Lepak-lepak kat ruang tamu dan aku berhajat untuk checkout tengah hari terus pegi ke stesen bas untuk ke Probolinggo. Tengah sedap tengok tv, Guan tegur..

"LD, wanna follow me having lunch nearby?"

Aku fikir kejap pastu setuju. Actually Guan nak bawak family group dari Vietnam tu ke Sutos Mall jalan kaki. Maybe dia tengok aku tak buat apa-apa tu yang dia ajak aku sekali.
KFC, bau sangat semerbak even dari jauh..

Beca menunggu penumpang
Sutos Mall lagik..
Jalan kaki lebih kurang 10 minit kami sampai. Aku kan dah makan kat sini semalam tapi Guan dah ajak aku malas pulak nak cakap. Sampai situ, kami berpecah. Vietnamese tu nak pegi makan restaurant lain kat mall situ jugak. Aku ikut Guan makan kat Killiney Kopitiam. Kebetulan terjumpa pulak dengan kawan Guan kat situ jadi kami makan bertiga kat restaurant tu.
Mengintai-intai kedai makan yang menarik
Guan tengah meriki menu yang ada

Guan ni rupanya suka travel gak. Dia cerita pasal dia baru balik dari trekking gunung tak jauh dari Surabaya. Aku rasa dia wujudkan inn ni pun sebab minat travel tu.

Ni Guan punya tapi aku tak malu ambik gambar gak
 
Kaunter
Tenang jer makan kat sini
Cozy betul rasa
Kawan Guan...
Ni aku punya, rasa biasa jer.
Seronok lunch dengan diaorang sebab utama adalah free! Jimat duit aku sikit, heheh... 

Sebenarnya aku nak bayar tapi Guan laju jer pegi kaunter bayar untuk semua. Serba salah jugak rasa walaupun best..

Lepas makan, kita orang naik kereta kawan Guan pegi rumah Guan sebab nak ambik kereta Guan pulak kat situ. Banyak betul Guan kan entah korang faham tak apa aku cakap ni.. 

Peluang jugaklah aku melihat rumah owner kepada Krowi Inn ni. Cantik dan kemas rumah dia. Yelah, rumah orang berduit kan pastu ada pembantu rumah pulak. Wife Guan pun very friendly. Aku tak ambik gambar dalam rumah sebab segan . Tak pasal-pasal kena halau pulak nanti.

Kemas giler halaman rumah dia..
Aku berani ambik part depan rumah Guan jer..
Actually Guan nak ambik kereta dia kat rumah sebab nak bawak aku pegi kedai souvenier. Mulanya aku bertanya jer kat dia waktu lunch tadi samaada dia tahu tempat terdekat nak shopping souvenier murah. Guan pulak terus offer nak bawak aku ke sana. Haruslah peluang ni tak disia-siakan oleh aku..

Kami berdua gerak ke kedai souvenier (aku tak ingat pulak nama kedai tu sekarang) tak jauh dari inn dan Guan biarkan aku shopping di situ lama-lama. 

"Take your own sweet time LD. I'll be waiting for you here," sambil tunjuk bangku menunggu kat entrance.

Wah! rasa terharu pulak padahal aku tak bayar dia apa-apa lansung. Dahlah makan tadi dia belanja, pastu tinggalkan kerja dia kat ofis sebab nak temankan aku ke sini pulak walaupun aku tak mintak. 

** Guan ni memang baik dengan guest-guest dia. Sebab tu aku rekomen kaw kaw Krowi Inn ni, hehe...

Walaupun dia cakap begitu, aku taklah ambik kesempatan nak meronda lama-lama kat situ. Lepas dapat apa yang aku nak, aku cepat jer cari dia dan ajak dia balik ke inn. Rasa bersalah pulak sebab notice handphone dia selalu jer ringing pastu dia discuss pasal business. Seriau macam mengganggu gugat rezeki orang jer aku rasa..

Basically, tu jerlah yang aku buat kat Surabaya. Amacam, memang stail tourist lansung tak. Ko mampu, hehe..

2 comments:

  1. Nice ! Ni tahap pemalas macam Garfield pun dah berjela tulis, kalau tahap rajin tak tahulah macam mana. Hiks ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau angin rajin datang, agaknya cerita remeh temeh semua saya sumbat masuk dalam ni, hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...