Pages

Thursday 6 November 2014

Perkara Pertama Buat Setiap Kali..

Assalamualaikum..

"MasWing, bring me to KK now"

I'm flew to KK yesterday to attend a meeting today.

Macam biasa, perkara pertama buat bila touch down KK adalah....




Makan seafood!!! yum yum yum..

Tempat yang aku pegi adalah kedai makan seafood tak jauh dari Philippines Market yang berseberang dengan Le Meridien Hotel


Sotong, udang, ketam semua aku rembat. Gila amak haloba masa ni..

Katanya 100gm rm10, timbang seekor tu lebih kurang 600gm...nanges dalam hati

Colourful betul ikan-ikan sini

Jakun sebenarnya aku tengok sotong besar ni..

Seaweed , bagus untuk kulit supaya awet muda kata adik penjual tu kat aku


Rambang mata aku nengok pelbagai jenis hidupan laut yang terbentang depan mata. Syurga idaman aku kejap rasanya, hehe..

Melantak tak ingat dunia, jumlah perlu bayar RM79 untuk dua orang makan. Bila nak bayar baru rasa diri kembali ke dunia nyata...

Itulah dia, keindahan makan seafood di KK. Berbaloi-baloi yang amat!





Perut dah kenyang baru kembali ke hotel untuk berdekatan, D'Borneo Hotel yang lokasinya sangat strategik.

Since pegi atas urusan rasmi, jadi ambiklah hotel yang sedap sikit, RM140 semalam. Boleh claim nanti, hehe..

Cuma tak ada free breakfastlah..

Ok, tu jer nak cerita. Sajer nak kasi korang lapar pagi-pagi ni. Bye..




14 comments:

  1. Arhhh....JM baca time tgh..lunch time kat sini..alahai..berteguk2 air liur ishh...untung lah BibErr yg stay kat KK tu kan..mesti dh muak nk makan seafood tu..tak per LD byr mahal pun bukan selalu kan..yg penting mkn puas hati..ishhh..teringat2 sotong bakar tu..slurpp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. memang rasa heaven sangat jumpa seafood kat sini. Memang sedap JM :)

      Delete
  2. Wah till when ko di KK. Kalau ada masa, jom ngeteh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeteh tu apa Bie?

      Aku meeting setengah hari jak pastu petang terus balik lagi. Tak sempat nak jalan-jalan sangat di KK.

      Next time aku datang KK lagi, aku roger ko di sana kalo ko sudi ok tak...:)

      Delete
    2. Ngeteh tu lepak2 minum kopi hihi. Ok nextime do roger me. Mestilah sudi, ada pula xsudi kan.

      Delete
  3. Perghhh.. seafood dia mmg sangat menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. ada rasa nak makan seafood tak sekarang? hehe..

      Delete
  4. terbaeklah seafood dia...teringin nak makan sotong tuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat puas makan seafoodnya. Sotong tu memang sedap, saya habiskan satu cucuk tu kejap jer..:)

      Delete
  5. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh sotong
    sakit jiwa tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. alorrr.. mengikut pengalaman ubatnya kena cepat-cepat pegi restoran seafood terdekat, hihi..

      Delete
  6. Replies
    1. tengok jer dah terasa tekak gatal nak telan kan. bila masuk mulut, aduhai nikmat betul..:)
      Btw, tq Scdha sudi membaca..

      Delete
  7. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...