Pages

Tuesday 16 September 2014

Summer in Seoul: 04 - Merasa Suljebi Di Insadong

Assalamualaikum..

Laparnya perut tuhan jer tahu tengahari tu. Aku ingat ada satu restoran pernah disebut oleh blogger Zarina tak jauh dari Anguk St. Apalagi, jom cek it out..

Untuk ke sini, turun dari stesen Anguk, exit nombor 6. Exit ni akan menghala ke area Insadong.

**Kalau nak ke Bukchon Hanok Village, sila keluar dari subway stesen exit no. 2.

Keluar dari stesen terus nampak kedai beg ni. Berkenan jer aku geram nak beli tapi tak beli-beli jugak
Kalo tak sure location, boleh tanya kat sini.
Berhadapan dengan Tourist Information Office akan nampak area ni menuju ke Insadong.
Lalu Szamziegil, tempat hasil seni terkenal di Insadong
Yang aku bulatkan tu rasanya farmasi. Nanti masuk ikut arah arrow merah bila nampak farmasi ni belah kiri.
Jalan sikit akan nampak simpang kecik yang dibulatkan kat atas.
Kalo tak boleh baca nama jalan, landmark adalah building Woo Lim Gallery ni. Ikut jer arrow merah tu
Jalan terus lagi, dah tak jauh dah..
Inilah kedainya yang ada tulis MBC. Ikut jer direction papan tu bagi.
Pintu masuk restoran
Opening hours kedai
Boleh pilih untuk duduk atas kerusi
Atau pilih untuk duduk atas lantai
Menu untuk dipilih. Aku kan tamak, order 2 main menu lagi..
Sementara tunggu makanan sampai, tengok-tengok kedai dulu
Rajin dan cepat servis ahjumma-ahjumma kat kedai ni
Santai jer tempat ni. Sejuk-sejuk nyaman rasa nak tido berbaring kat sini
Perkenalkan Suljebi dan rakan sekutunya
Ni pulak Hameol Pajeon, seafood pancake. Sedap tapi besar gila portionnya..
Kesemua menu dah sampai untuk aku sorang habiskan. Giler tamak campur membazir aku time ni..
Bila masuk mulut, rasa macam kuehtiaw cume lebih berkanji lagi. Aku suka rasanya, sedap..

Aku ni ya Allah, memang tak pernah belaja dari kesilapan. Asal lapar jer, terus mode tamak datang ikut nafsu. Pastu tak dapat nak habiskan semua. Kan dah terbazir, fffweet..

Ketuk kepala sendiri sampai sedar diri..

Apa-apapun, aku rekemen korang datang sini. Sedap semua makanan yang aku order ni. Kalau datang ramai-ramai boleh try menu-menu yang lain pulak macam Golbaengi. Nyesal pulak aku sekarang sebab tak order tu..


Aku kenyang giler terduduk macam ular sawa. Nak jer rasa baring terus macam orang di hujung tu..

Agak-agak perut dah mengendur sikit baru aku gerak meninggalkan restoran tu. Puas hati pegi makan sini.

Sayu campur kagum aku tengok nenek ni kuat lagi berjalan walaupun dah terbongkok-bongkok. Teringat terus mak kat rumah
Singgah kejap kat Szamzigil ni on the way pulang


Petangnya aku hanya lepak di bilik cancel plan nak keluar sebab masih hujan. Cuaca hari ni memang menduga betul. Aku pun jadi malas gak lepas tu..

Aku hanya keluar balik bila malam dah menjelang. Tupun sebab perut aku dah lapar balik. Bengong kan, kalu bukan sebab makanan rasanya tak keluarlah aku dari hostel tu seharian, hehe..

Jalan-jalan malam tanpa arah tujuan
Ni kawasan Dongdaemun
Arrow merah tu area Ikan Bakar terkenal kat Dongdaemun. Malam ni aku tak pegi sini dulu, just survey cari direction..
Jalan-jalan tengok kakak ni jual ricecake nampak sedap. Aku try lah beli semangkuk
Tteokbokki, 3k won semangkuk. Sedap tapi pedas.. aku tak tahan

Jalan-jalan kejap menyusuri sungai kat situ, aku duduk lepak tengok-tengok orang sambil layan perasaan sendiri.

Tteokbokki yang pedas tu aku tak dapat habiskan. Jadinya, aku bagi kat seorang ahjussi yang sama duduk dengan aku lepak-lepak kat situ.

Better bagi orang daripada buang kan. At least kenyang jugak perut dia. Pakcik tu, walaupun cakap macam ayam dengan itik, tapi dia ambik jugak bila tengok aku bersungguh nak bagi dekat dia.

Balik hostel lagi nak dekat pukul 11 malam. Penat aku seharian ni walaupun takde berjalan sangat.

Mata masih tak nak tidur tapi aku paksakan jugak sebab esok aku kena bangun awal pagi untuk ikut tour ke DMZ. Excitedlah pulak nak tunggu hari esok, :).



9 comments:

  1. Haritu x try sujebi ni. Aku gi makan kat Chilgabsan, tepi2 kedai sujebi ni. Sedap gila makan ikan bakar & stew tofu time sejuk2 kat Chilgabsan tu. Menu sujebi ko mengundang sungguh, nanti mau try makan sana pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. rasanya aku pernah baca entri ko pasal Chilgabsan tu. Nampak menggiurkan:)

      Haruslah dicuba Bie, nanti ko review dalam blog from ur point of view pulak, hehe..

      Delete
  2. Ape rase kuah sujaebi tu? nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kuah dia macam sup pekat, ala-ala kuah mee kantonis. Campur dengan segala cili tu lagi ummph rasanya..:)

      Delete
  3. Mmg lapar btl tu sampai dua meal order tu LD..haha... detail btl direction nk ke tmpt mkn tu..good..good..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai buruk saya yang susah nak kikis. sekarang try nak ubah sikit-sikit..

      tq tq.. hopefully dapat membantu sapa-sapa yang berminat makan sini, gitu..:)

      Delete
  4. nampaknya kedai ni akan d masukkan ke dlm itie kerana pegi thn 2011 carik kedai ni x jumpa mmg frust so tri kali ni akan follow direction LD nih :-)

    ReplyDelete
  5. Yummie. Nak try la nanti. Lagipun kat korea nanti stay kat area anguk st ni kat bukchon. Tak sabarnyaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...