Pages

Thursday 19 June 2014

Aku Cenggeng Rupanya

Assalam..

Sumber dari Google
Walaupun aku ni tak sekuat mana, tapi bila rasa down sangat aku akan cuba sedaya upaya menyembunyikan perasaan sehinggalah aku tau yang aku sendirian kat situ.

Especially bila melibatkan kerja dan dikelilingi oleh rakan sekerja.

Tapi, entah kenapa pagi tadi aku boleh jadi cenggeng macam budak kecik. Tanda-tanda penuaan ker?

*********************************************************************************

Bekerja dalam bidang yang mana majoritinya kaum lelaki memang sangat tough. Ditambah pulak dengan luarannya aku nampak lembik membuatkan aku selalu menyimpan rasa dalam hati bila kena pijak.

Aku tak sangka yang aku boleh menangis teresak-esak pulak depan semua orang kat ofis. Tak sempat nak berlari ke toilet, air mata dah berjurai keluar macam hujan.

Malu bila fikir balik.. Mana lah aku nak letak muka pasni.

Tapi, hidup perlu diteruskan. Lepas habis air mata tambah dengan mata bengkak, aku keluar balik ke ofis buat-buat muka tebal.

Nasib baik boss yang melihat aku diperlakukan seteruk itu ada melakukan action mempertahankan stafnya disamping mengajar aku cara untuk bertindak lain kali sekiranya peristiwa sama berulang. Terima kasih boss untuk itu.

Kesimpulannya, sekeras dan setegas mana pun aku cuba nampak tabah... akhirnya aku tetap perempuan yang lemah.. Cenggeng lagi tu.

4 comments:

  1. Cenggeng tu ape LD? Jm simpati sama LD kita perempuan ni hati lembut mudah sgt terusik, sabar ye LD
    Jm pun pernah kena marsh dgn bos tpdek kerana x leh tahan terus menangis kt depan tu tanpa segan silu

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm.. cenggeng tu orang yang kuat menangis JM. Pendek kata sikit-sikit terus nak nangis.

      Terima kasih JM.. :).

      Delete
  2. tak perlu nak malu, LD..sekurang2nya mereka2 tau yang LD ini bukan robot..sekuat mana pun kita, kadangkala tewas juga...

    *saya juga pnh melalui situasi yg sama..bukan sekali tapi berkali2 huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer.. maknanya kita ni masih perempuan normal lah kan, hehe..
      Terima kasih Zilla...:).
      Harapnya benda ni akan menguatkan lagi hati dan emosi untuk masa hadapan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...