Pages

Saturday 24 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 03 - Pagi di Golden Temple, Dambulla

Assalamualaikum...

Bila dah berada di Kandy, ada banyak tempat untuk dilawat dan perkara untuk dibuat. Jadi, dengan pilihan yang agak banyak aku jadi berpinar nak pilih apa nak buat dulu hari pertama di Kandy.

Baling-baling dadu satu kali aku decide pegi tempat outskirt sikit iaitu Dambulla dan seterusnya Sigiriya.

Basically untuk ke tempat-tempat di luar bandar Kandy, kesemua bas akan berpusat di Goodshed terminal. Sampai sini, tanya jer kat kaunter mana satu bas nak naik untuk ke Dambulla. Insyallah, dorang kan tunjukkan bas yang benar, :)

Sebelum apa-apa, kena breakfast dulu supaya ada tenaga. Mak Dilini sangat baik siapkan aku semua nih, Kekenyangan aku sampai petang
Terminal Goodshed
Dalam bas sementara tunggu gerak ke Dambulla
Perjalanan dari Kandy ke Dambulla menggunakan bas ambik masa lebih kurang 2jam setengah dengan tambangnya 100rupee (~rm2.60) sajork. Murah sangat dan bas pun sangat selesa. Tambahan pulak orang tak berapa ramai dalam bas. Pepagi naik bas aku masih bersemangat lagi nak tengok-tengok view kat luar. Tunggulah bila naik bas waktu petang masa dorang baru baik kerja nanti... fuh..

Inilah rupanya bas, di luar nampak berdebu tapi di dalam sangat bersih
Cuma ada perkara kita sebagai foreigner perlu tau kat Sri Lanka ni. Dorang sangat hormatkan monk kat sini. Bila naik bas yang crowded, automatik bagi tempat duduk kat dorang. Kalau bas tu tak crowded, monk ni akan duduk belah depan sekali.

Macammana aku tau pasal ni?

Sebab aku kena tegur bila ada dua orang monk ni naik bas pastu aku pulak masa tu duduk depan sekali buat muka seposen.. Confirmlah aku saja nak kena ceramah pepagi..

Konduktor bas mintak aku beralih tempat duduk kasi monks ni duduk situ. Aku dah salah jadi kenalah mintak maaf kan...

Yang enaknya dua orang monk ni lemah lembut jer tutur kata sambil senyum orang alim. Sejuk hati tengok orang sebegitu, hehe..

Paling best, monks ni peramah giler kat aku. Borak macam-macam dalam bas macam kawan lama. Siap tanya aku ada facebook tak sebab nak add. Dorang cerita pasal ramai foreigner especially mamat minah salleh ni buat volunteering kat temple dorang pastu ada ajar English. Tanya aku tak berminat ke nak buat benda yang sama?

Geleng-geleng kepala cakap aku short term traveller jer, tak berkelayakan nak jadi volunteer lagi kat tempat dorang, hiks..

Anyway, kebetulannya dorang ni nak turun di Cave Temple gak sebab ada upacara ibadat kat sana. Pucuk dicita ulam mendatang, aku tak susah hati fikir nak turun kat mana sebab kami sama destinasi.. Caya you Monks!!

Jadinya dalam pukul 9.30 pagi tu aku dan terpacak di depan golden temple Dambulla. Apa yang ada di sini sebenarnya?

Mengekor belakang The monks..
The Golden Temple, yeah!!
Statue of Golden Buddha terletak kat downhill of Cave temple
Barisan monks menunggu rezeki

Golden Temple of Dambulla (lokal panggil Cave Temple) adalah salah satu tapak warisan dunia UNESCO yang famous di sini. Panjang history kuil ni tapi aku malas nak godek dalam sangat. Secara kasarnya, kompleks temple ni stretched over 5 gua yang tersempit di bawah batu besar. Dalamnya ada lebih dari seratus statue Buddha yang dijaga rapi beserta dengan wall paintings.

Tapi... ada tapinya kalian.

Aku tak masuk dalam gua tu pun atas dua sebab utama. Yang pertama, entrance fee nya adalah 1500rupee (~rm40) which is mahal bagi aku walaupun ratenya normal untuk foreigner. Plus aku bercadang nak ke Sigiriya nanti jadi nak savekan budget. Mampus duit kekeringan kontang kalo semua attraction aku pegi masuk. Nak tak nak kena pilih jugak nak masuk yang mana satu attraction sini...

Yang kedua dan yang paling utama adalah salah satu syarat untuk masuk ke temple temple sini kita kena bukak kasut, topi dan segala benda yang menutupi kepala which is including tudung.

Gila aku nak bukak tudung hanya sebab nak masuk temple?? Mengamuk kemudian pengsan family aku kat kampung nanti, hehe..

Mula sampai pegi jenguk Golden buddha statue dulu kat bawah ni..

Tu dia!! Kalo tak silap aku jari statue ni macam tu ada pengertian tersendiri. Mungkin penganut Buddha faham kot..
Lepas dah tengok statue besar tu, baru pendakian sebenar ke Cave temple bermula
Dipanggil Rock temple sebab berbatu-batu kat atas tu...
Tengah mendaki boleh melihat statue tadi di sebelah

Jadinya, aku hanya ikut crowd memanjat bukit dan pusing-pusing sekitar kawasan kompleks temple ni jer sekadar nak exercise (sila muntah) dan tengok view..:)

Ya, aku cakap naik bukit sebab kompleks temple ni kat atas tu. Walaupun tak tinggi sangat dan makan lebih kurang 15 minit jer tapi aku terpongeh jugak mencari nafas. Nampak sangat jarang exercise dan badan semontok panda, eh eh..

Selain aku dan tourist kulit putih, yang lainnya ummah Buddhist naik ke atas ni...  
Cantik gunung tu tapi aku tak tahu nama..
Ada jer penjual-penjual di tepian..
Dah sampai kat atas tapi kena jalan sampai ke hujung tu lagi untuk masuk ke Cave temple
Kena bukak kasut sebelum masuk dan bayar sebanyak 25rupee sebagai upah menjaga kasut
Lagi view gunung dari sini tapi tak tahu apa nama
Inilah rock temple dan jugak dipanggil cave temple. Entrance adalah disebalik rocky hill tu..
Cuba bertenang dan relaks, ambik angin dan gambar sekeping dua aku turun balik ke bawah. Betul-betul kali ni aku pakai konsep "been there done that". Baru ku tau makna sebenar kata-kata ini, hihi..

Posing sakan no dorang ni....
Dah touch touch sikit baru aku gerak balik ke bawah
Cantik view dari sini kalau nak bersantai sebelum turun

Ada yang berkaki ayam jer naik.. aku salute giler kepada ketebalan tapak kaki dorang

Keluar balik dari kawasan temple ni jam baru menunjukkan pukul 10.45pagi. Aku bergerak jalan kaki mencari arah untuk ke stesen bas Dambulla. Plan nak ke Sigiriya pulak which is terletak dalam 1 jam perjalanan pakai bas.

Tak menyempat aku nak cross jalan ke seberang, sorang mamat tetiba datang menegur aku offer naik tuk tuk dia ke Sigiriya.

"Berapa awak nak kasi ni?"

"Saya hantar adik ke Sigiriya pastu adik ambiklah selama mana nak duduk kat situ. Saya akan tunggu tanpa waiting charge. Pastu saya hantar adik balik ke stesen bas sini. Saya charge 2000rupee (~rm52)"

Mahal gedabak dia charge aku. Aku cakap tak nak lebih suka nak naik bas jer. Pastu dia turunkan lagi harga sampai 1400rupee. Fikir balik kalau dia sanggup tunggu aku berjam-jam di Sigiriya nanti molek sangatlah tu.

Resultnya...


Aku termakan jugak dengan pujuk rayunya, huhuk..

I'm on my way to Sigiriya inside the tuk tuk!! Lemah betul semangat ko kan LD mudah kena pujuk orang...

To be continued...





Tuesday 20 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 02 - Train Ride To Kandy

Assalamualaikum...

Sebelum aku proceed, nak bagitau yang Ayubowan tu bermaksud "Hello" dalam bahasa Sinhala. Ok bai..

*****************************************************************************
Hari kedua di Sri Lanka, aku masih mamai lagi pagi tu tak percaya dah di sini. Breakfast ala kadar hasil belian malam semalam kat restoran. Pastu kemas kemas beg terus checkout dari rumah Jon nak ke pusat bandar.

Hari ni aku decide nak ke bandar Kandy, pusat kebudayaan Sri Lanka. Kat sana ada banyak tarikan utama untuk tourist compare to Colombo so i just want to give it a shot. Nipun baru semalam aku godek godek internet nak carik idea apa nak buat sepanjang 6 hari lagi. Accommodation pun baru jugak cari semalam dan aku berjaya booked bilik melalui Airbnb lagik. Luckily owner cepat jer reply. Kalo tak terkapai-kapailah daku di Kandy nanti, hehe..

Talk about last minute plan..

Dari rumah Jon nak ke Colombo Fort aku naik bas jer bertambang 24rupee (~65sen). Berjalan naik bas memang tak pernah sunyi. Penuh jer memanjang dengan penumpang. Tapi aku selalu bernasib baik bila naik bas kat sini. Mungkin sebab aku ni foreigner kot pastu nampak penat bawak beg besar gedabak kat belakang. Bila aku masuk bas, pasti ada orang offer aku tempat duduk dorang, (hehe, perasan bestnya jadi tourist)

Berjalan kaki dari rumah Jon ke jalan besar untuk tunggu bas. Pagi agak lengang

Tuk tuk takda driver

On the way dalam bas ke Colombo Fort, spotted ramai orang kat depan bangunan pejabat

Walaupun Buddha agama rasmi, agama lain bebas menganut dan mengamalkan cara hidup masing-masing seperti Kristian
Tak lupa jugak Islam..:)

Untuk pengetahuan, Colombo Fort ni macam pusat bandar di mana segala public transportation berpusat di sini. Bas dalam bandar, bas keluar bandar, keretapi semua berjemaah kumpul kat sini. Tuk-tuk pula memang tak payah dicarik, Ada jer terjongok kat mana-mana hatta ke tempat terpencil pun. Pendek kata kalo baru sampai SriLanka dan nak jadikan Colombo ni transit kejap jer boleh cari-cari accommodation dekat-dekat sini.

Dah sampai ke Fort Railway Station
Pakcik berkain senteng, soo Sri Lankan...

Kesian kat kaki sendiri kan kalau menapak jauh sangat ke hostel, hehe..

Untuk ke Kandy, aku pilih naik train instead of bas sebab aku nak merasa dan menikmati view perjalanan yang dikabarkan spectacular. Tapi disebabkan aku first time nak naik train kat sini, aku tersilap percaturan sikit.

Niat asal aku nak ambik 2nd class seating jer untuk perjalanan 3 jam ke Kandy sebab murah. Harga kalo tak silap 190rupee (~RM5.20) jerk. Tapi nak dijadikan cerita, memula sampai kat Colombo Fort Railway Station aku terpinga-pinga tak tahu mana nak beli tiket. Pastu ditegur pulak oleh sorang lokal ni tanya aku nak ke mana.

Aku bagitau yang aku nak ke Kandy nak cari kaunter tiket. Pakcik ni terus tunjukkan aku satu opis dalam building stesen tu. Rupa-rupanya ofis tu adalah Rajadhani Express, train carriage company yang mewah. Membayarlah aku sebanyak 1100rupee (~RM30) untuk ke Kandy. Kalau ikutkan sebenarnya memang affordable price cuma aku ingat nak naik yang murah-murah jer awalnya. Ni pun aku cuma sedar bila dah borak-borak dengan sorang pompuan lokal semasa tunggu train datang..

Its okay.. fikir balik bila lagi nak merasa naik 1st class train ye dak, hihi..

Dengan air-conditionnya, ada steward dalam cabin, tv lcd tayang movie omputeh, air mineral free dan ultimately, ada free WIFI!! Yea...

Berbaris menunggu que membeli tiket

Pukul 3.35 petang baru bertolak. Kematu punggung aku duduk lama menunggu

Dalam 1st class train on the way ke Kandy. Selesa giler aku..

Cuma aku ralat sikit sebab sepanjang perjalanan 3 jam tu aku bantai tido dari start train mula gerak sampailah bila train sampai ke stesen Kandy. Melepaslah aku dari menikmati segala macam view bukit bukau dan hutan belantara kat sini, sob sob..

Sedar-sedar bila dorang kejutkan kata dah sampai. Pisat-pisat bijik mata mengantuk macam tak percaya.

Padan muka sendiri sebab tido tak hengat dunia. Menerangkan kenapa aku takda gambar view naik train kali ni... huhuk...

Dah beli tiket, merayau dulu mencari makan tengahari. Bersebelahan dengan train station berbaris jer kedai makan termasuk kedai makan muslim.

Tak nak makan nasi, roti pun ada. Sporting budak ni:)

Duduk melangut di platform menunggu train

Pandangan biasa 2nd class keretapi. 3rd class lagik crowded..

Abang yang penyayang terhadap adiknya..

Untuk informasi pasal train kat Sri Lanka, boleh rujuk sini kalo rasa nak buat preparation beforehand.

Dipendekkan cerita, aku sampai Kandy lebih kurang pukul 6 petang. Keluar-keluar dari stesen bedebuss segala macam orang mengerumuni tanya aku nak ke mana. Pegi tunjuk no. telefon host aku, dengan senang hati one of tuktuk driver tu call tanya rumah tu kat mana.

Sedar-sedar aku dah dalam tuktuk mencari rumah host yang rupa-rupanya terpinggir sikit dari bandar dan terletak atas bukit. Umm, silap percaturan sikit aku kali ni. Masak nak guna tuk-tuk setiap kali nak ke bandar ni nanti sebab takda bas yang lalu sini..

Masa sesat mencari rumah host. Pakcik baju putih sedaya upaya menolong dalam gelap.. "Estootee Uncle"

Apa nak buat, kaki aku pun dah masuk rumah dan aku malas nak fikir panjang lagi. Tambahan hari semakin gelap, aku tak berani sangat untuk merayau-rayau dalam kegelapan..

Walaupun begitu, rumah yang aku stay ni sangat cantik dan ownernya bernama Dilini. Keluarga yang berada siap ada maid lagi. Satu family tu baik sangat especially mak Dilini. Terasa aku berada dengan keluarga sendiri, eh eh... (bila masa aku jadi Sri lankan??)

Anyway, layanan mesra dorang memang buat aku terharu sangat. Pengalaman yang best stay dengan local thru AirBnb :)

Malam sampai tu aku keletihan dan tak buat apa-apa sangat. Lepas makan malam, aku hanya berborak dengan family Dilini sekejap pastu terus pegi tido.

What a way menghabiskan lebih dua pertiga hari dengan tido ja. Betul-betul aku macam beruang kutub kali ni, hihi...

Katil yang selesa memanggil-manggil aku..

Dining room. Disinilah aku breakfast dan dinner sambil borak-borak dengan auntie sekeluarga. Rumah yang luas giler....

to be Continued...



Friday 16 January 2015

Ayubowan Sri Lanka: 01 - Railway Yang Open Di Mana-Mana

Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa jakun melampau terhadap benda baru sampai nak repeat buat benda tu berulang kali until puas??

Itulah yang aku rasa terhadap sistem railway kat sini, hehe...

Hari pertama aku sampai Colombo, aku stay kat rumah local (Jon) yang terletak berdekatan dengan pantai. Maksud aku dekat adalah bila keluar dari rumah, pantai tu dah nampak di seberang cuma perlu berjalan tak sampai seminit pun...

Bilik yang selesa. Aku booked thru Airbnb. Dari airport aku naik 2 kali bas untuk ke rumah Jon. Perjalanan 2 jam setengah dari airport cuma cost me 140rupee ~ RM3.80 jer. Murah giler...

Heaven betul berumah depan pantai kan...

Tapi, ada bahayanya. Pemisah antara rumah Jon dengan pantai adalah open railway. Tak ada pagar, tak ada guide, tak ada apa-apa. Risiko adalah di bawah tanggungan sendiri. Jadinya, sebelum nak cross railway tu kena pastikan takde keretapi tengah lalu situ..

At first aku terkejut campur takut nak melintas. Macammana kalau tengah melintas tiba-tiba nampak train datang. Sempat ke tak sempat nak cross ni? Kan ke naya pulak kalau tetiba kaki stuck dekat railway tu...

Tinggi sungguh imaginasi aku time tu..

Pastu, tengok locals yang lain selamba giler jer cross. Aku jer yang melebih-lebih kot. Tambahan pulak kat Sarawak mana ade train bagai ni, tu yang menyebabkan level kejakunan aku mencanak tinggi.

Guess what!!.. lepas aku berjaya cross pertama kali, aku pegi patah balik ulang balik railway tu nak test keberanian diri. Melampau betul kan.. Kang tak pasal-pasal train datang, terus jadi arwah. Nauzubillah...

Nampak tak aku keluar dari rumah Jon terus nampak pantai dan railway..
Perati jer dulu memula takut-takut nak melintas
Crossing now!!
Sebenarnya, bila train nak lalu dorang akan bunyikan siren bagi orang dengar. Jadi kita dah boleh agak kalau dengar bunyi siren tu, jangan cross dulu railway tu tunggu sampai train dah lepas. One good way untuk peringatan di sini, lega...

Dah sampai pantai, yea!!
Agak bersih jugak pantai ni..
Ada kedai-kedai minuman dan makanan
Dengar bunyi hon, toleh terus nampak train ni lalu..
Tak berani pegi dekat.. takuttt
Train yang acapkali lalu.. one of main transportation in Sri Lanka
Anyway, pantai Colombo ni biasa jer. Air dia tak biru sangat seperti pantai lain kat Sri Lanka. Kebanyakan yang bersantai di sini adalah ummah locals jer. Tapi setakat nak lepak-lepak tengok sunset, tengok orang mandi-manda pantai ni serve the purpose.

Kalau nak pantai yang cantik sikit, ada satu di Mt.Lavinia masih dalam Colombo gak. Tapi aku akan cerita dalam entri yang lain..

Kapal cari gali ker??
Menikmati keindahan pantai dan alam..
Atau tengok orang bermanja ria..
Tak pun, layan budak-budak Sri Lanka yang friendly
Dah bosan, boleh jalan menyusuri pantai..
Ooppss, aku bukan pervert ok. Terambik pulak shot sexy..
Sunset yang tak sunset..
Its now time to go home..
Malamnya, aku pegi ronda area berdekatan jer sambil ditemani lampu suluh. Jon bagitau aku selamat untuk jenjalan di sini tapi auntienya pulak pesan kat aku jangan balik lewat sangat sebab bahaya..

Garu kepala tak tahu mana satu nak percaya..

Dinner di Vegetarian Hotel
Abang ni ajar aku makan pakai tangan. Malas aku nak explain kat Malaysia pun kita orang makan pakai tangan gak..

Anyway, aku ambik sikap berhati-hati jugak. Tempat asing yang kita taktau hati budi orangnya macam mana, better extra careful.

Balik rumah kekenyangan, aku layan tv sambil berinternet. Esok aku nak gerak ke tempat lain pulak...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...