Pages

Saturday 20 September 2014

Summer In Seoul: 05 - DMZ Tour

Assalamualaikum..


Hari ni aku buat DMZ tour, booking melalui hostel aku jer. Half day tour without lunch aku bayar 46k won under Cosmojin Tour. Ikut jadual driver akan ambik pukul 8 pagi jadi aku kena ready sebelum tu kat lobby.

Melalui pembacaan, diketahui orang Korea ni jenis menepati janji. Jadi, aku trylah nak berperangai ikut tempat kaki dipijak.

Tapi, di hari kejadian boleh pulak aku terlajak tido. Sedar-sedar 10 minit lagi nak pukul 8.

Sekarang aku sedar dari mana munculnya ayat "Janji Melayu"..

Buat muka malu mintak maaf kat driver yang ambik aku kat hostel walaupun lambat cuma 5 minit jer. Betapa lipas kudungnya aku bersiap pagi tu..

On the way ke tempat assembly
Aku tak tau ni tempat apa tapi macam menarik jer
Peserta-peserta tour akan dikumpulkan depan Hotel Myeongdong Lotte. Pastu, baru bas bertolak ke destinasi pertama tour iaitu Imjingak Park.

Naik-naik bas aku tengok semua muka orang kulit putih kecuali aku. Pasrah takde geng sekulit dengan aku, huhuk..

Untuk ke Imjingak, perjalanan ambik masa lebih kurang 1 jam. Macam panjang, tapi tak boring sebab tour guide kami sangat talkative.

Tambahan pulak aku berminat dengan history perang Korea ni, jadi banyak benda dia cerita pasal North dengan South Korea ni.

Okeh, dipendekkan cerita bas sampai ke Imjingak Park. Semua orang disuruh turun dan diberi 20 minit untuk wandering around sementara tour guide menguruskan tiket-tiket kemasukan kami orang ke DMZ area.

Turun dari bas, mak kau luas jugak tempat ni!

Jadinya, main touch and go jer. Jom layan apa aku dapat tangkap dalam masa pendek tu..

Imjingak, first destination
Tour guide berbaris kat sini, aku dengan lain-lain berkeliaran kat park ni
Imjingak Park
Dari jauh dah boleh nampak loceng ni, berpusu-pusu orang ramai ke sini dulu
Bell of Piece, loceng harapan penyatuan utara dan selatan Korea



Tengah kejar masa, sempat ke nak nengok map ni..
Bridge of Freedom
Jambatan menjadi saksi pertukaran prisoners sewaktu perang Korea ditangguhkan..
Sistem locomative, keretapi kena bedil masa perang Korea
Terang-terang ada note cakap jangan sentuh dan naik keretapi ni, tapi mamat tu buat-buat tak faham bahasa kot..
Ribbon yang boleh dibeli kat sini, tulis jer apa-apa yang patut..

Lepas dah cukup 20 minit, semua orang berlari-lari anak balik ke bas takut kena tinggal.  Katanya lepas ni kitaorang kena lalu post pengawal sebelum Unification Bridge untuk menyeberangi sungai Imjingang.

Aku bajet soldier cute yang masuk untuk check ID tourists, ngeh ngeh..

Bas berenti kat post pengawal untuk ID check
Tengok-tengok yang kurang cute sikit naik.. amboi!! tak sedar diri betul aku ni
Lepas lalu unification bridge, akan melalui sungai ni petanda dah masuk kawasan heavy military personnel area. Dengar pun dah macam stress..
Bila dah lepas jambatan tu, bas teruskan ke DMZ area nak tengok The 3rd Infiltration Tunnel. Kemain susah lidah aku nak menyebutnya gitu..

Ramai betul orang bergambar kat situ, aku takde chance lansung
Last-last aku ambik jer walaupun masih ada orang berposing sakan kat situ
Actually, sehingga kini South Korea teah menjumpai 4 tunnel yang digali oleh pihak North Korea bertujuan menyerang South. Yang dibuka untuk pengunjung hanyalah The 3rd Tunnel, terowong ketiga dijumpai pada tahun 1978.

Sehingga kini, South Korea percaya ada lebih banyak lagi terowong telah digali oleh pihak North Korea. Sebab tu, usaha mencari terowong masih diteruskan kat kawasan DMZ terutamanya.

Pihak North Korea, of courselah giler konfiden menafikan diaorang nak serang South. Boleh pulak cakap terowong tu dibina untuk coal mine. Padahal, sah sah pihak South Korea tengok cat hitam jer untuk cover line statement dia orang dalam tunnel tu.

Sebelum masuk tunnel ni, personal belonging kena tinggalkan kat loker dulu. Kamera tak boleh bawak masuk jadi takde gambar untuk ditunjuk kat korang rupa sebenar terowong ni. Pastu standard kena pakai helmet kuning untuk safety bila masuk terowong.

3rd tunnel ni panjangnya lebih dari 1.5km dan kedalaman pulak 73m bawah tanah. Boleh termengah-mengah jugak jalan dalam ni especially part nak naik balik ke permukaan.

Aku terharu dengan satu couple dari Australia sama bas dengan aku. Mula masuk tunnel, aku berjalan depan diaroang, pastu banyak kali helmet aku terjatuh sebab aku tak ketatkan betul-betul.

Maklumlah, aku pakai tudung ala-ala Fareeda, jadi ingat nak maintain cute lah tak mo awning tudung lari.

Nah ko, bergolek-golek helmet aku jatuh berpusing-pusing. Si boyfriend tanpa diminta pegi kejar helmet aku tu kasi kat aku.

Ok, tu biasa jer lah. Yang aku terharu part nak balik ke permukaan tu jalan sangat cerun. Aku tak larat asyik nak berenti ambik nafas. Bila sedar aku melambatkan orang lain, aku bagi yang couple tu jalan dulu. Entahlah kenapa tapi diaorang asyik-asyik tengok belakang nak pastikan aku masih hidup lagi kot..

"You still alright?"

Aku terfikir kalo aku jawab dah tak larat, adakah diaorang nak pikul aku naik atas?

Semangat orang melayu masih kuat, aku berjaya jugak walaupun rasa separuh nafas tinggal. Muka tak payah ceritalah, merah padam habis. Aku terus naik bas melepaskan lelah sementara menunggu yang lain-lain.

Map DMZ secara roughly..
Gambaran pihak North Korea menanam dynomite ke dalam terowong
Nilah tourist guide kami, Elsa. Bersemangat betul bercerita.
Explanation pasal 3rd Tunnel
Dora Observatory is next.. Jom kita pegi sana pulak.

Kalau nak tengok North Korea, ni adalah kawasan paling jauh kita boleh pegi dari South Korea.

Nak ambik gambar guna kamera, ada limit kat sini. Tak boleh lepas garisan kuning yang dah di mark. Soldiers kat sini pantau giler kalo ada yang tak ikut arahan. Jadinya, kamera cinonet aku hanya mampu tangkap gambar kepala-kepala manusia jer. Plus, orang pendek macam aku tak mampu nak zoom jauh kamera tu.

Solution terbaik adalah guna teropong berbayar di situ, 500won jer. Tak luak pun duit korea aku, hati pun puas dapat lihat negara yang selama ni kisahnya diketahui melalui textbook jer.. :)

Dora observatory, tempat terdekat nak observe Korea utara melalui teropong
Since kamera limit sampai line kuning, takde point aku nak terjingkit-jingkit ambik gambar jugak. Tak akan nampak jugak North Korea tu..
Mamat soldier yang kurang sikit strictnya, satu-satunya soldier yang ada senyum so far...
Last but not least is Dorasan Station. Ni pulak stesen keretapi yang asalnya dibina untuk menyambungkan South dengan North Korea.

Tak silap aku, stesen ni dibukak pada tahun 2003 tapi telah dihentikan operasinya pada tahun 2008 berikutan terjadinya konfrantasi dimana North Korea menuduh South Korea of a dispute in policy.

Sekarang ni, stesen ni masih dimaintain kot-kot nanti ia akan operate kembali. Cuma, yang memenuhi stesen ni adalah pihak military South Korea, selain dijadikan tempat pelancongan untuk orang-orang yang berminat sejarah macam aku, ehem ehem..

Aku tak sure pulak, tapi Elsa bagitau untuk masuk ke dalam railway stesen tu boleh cuma dikenakan bayaran 500won seorang. Tupun aku tengok macam susah payah dia explain kat soldiers yang jaga situ.

Takpe, duit tak penting asal dapat masuk tempat cenggini..

Dorasan station, stesen keretapi yang tidak berfungsi lagi buat masa sekarang
Elsa sibuk bercakap dengan soldiers nak bawak kami masuk ke dalam
Nilah railway nya.. Memang kosong tak beroperasi lagi. Military jer penuh kat sini..
Harapan rakyat agar suatu hari nanti railway ni akan kembali beroperasi menyambungkan train dari South ke North Korea



Lepas selesai melawat semua agenda dalam tour, bas bergerak balik ke Seoul. Satu yang pasti untuk setiap tour begini adalah bas akan berenti kat satu kedai ginseng. Tapi aku tak turun pun dari bas, duduk jer melangut sambil yang lain sibuk melihat barangan. Nasib baik jugak Elsa tak paksa kan..

Tour ni bagi aku sangat membuka mata aku terhadap sejarah negara lain (walaupun aku sedar sejarah negara sendiri aku tak mahir mana).

Bayangkan manusia yang mempunyai asal keturunan yang sama, berbahasa sama boleh terpisah jauh padahal sebelah menyebelah jer hanya disebabkan perbezaan ideologi politik.

Sangat digalakkkan untuk korang luangkan masa ambik tour ni. Yang paling best lagi adalah ambik JSA tour, tapi kena booking in advance 3 hari tak silap. The closest you can be untuk witness the tension and conflicts existed between North and South Korea.

Aku berangan nak ambik tour ni kalau ada rezeki datang Korea lagi nanti, aminn..

Adik ke abang soldier ni..
Perjalanan balik ke Seoul
Lepas tour tu berakhir, aku minta bas turunkan aku kat area Myeongdong hajatnya nak lunch.

Tengok kaki melangkah sedap, aku tersesat banyak sampai mulut menyumpah-nyumpah sebab lapar, restoran tak jumpa-jumpa.

Melalut pulak aku ni, patutnya aku cerita next entri jer. Tq for reading...



Tuesday 16 September 2014

Summer in Seoul: 04 - Merasa Suljebi Di Insadong

Assalamualaikum..

Laparnya perut tuhan jer tahu tengahari tu. Aku ingat ada satu restoran pernah disebut oleh blogger Zarina tak jauh dari Anguk St. Apalagi, jom cek it out..

Untuk ke sini, turun dari stesen Anguk, exit nombor 6. Exit ni akan menghala ke area Insadong.

**Kalau nak ke Bukchon Hanok Village, sila keluar dari subway stesen exit no. 2.

Keluar dari stesen terus nampak kedai beg ni. Berkenan jer aku geram nak beli tapi tak beli-beli jugak
Kalo tak sure location, boleh tanya kat sini.
Berhadapan dengan Tourist Information Office akan nampak area ni menuju ke Insadong.
Lalu Szamziegil, tempat hasil seni terkenal di Insadong
Yang aku bulatkan tu rasanya farmasi. Nanti masuk ikut arah arrow merah bila nampak farmasi ni belah kiri.
Jalan sikit akan nampak simpang kecik yang dibulatkan kat atas.
Kalo tak boleh baca nama jalan, landmark adalah building Woo Lim Gallery ni. Ikut jer arrow merah tu
Jalan terus lagi, dah tak jauh dah..
Inilah kedainya yang ada tulis MBC. Ikut jer direction papan tu bagi.
Pintu masuk restoran
Opening hours kedai
Boleh pilih untuk duduk atas kerusi
Atau pilih untuk duduk atas lantai
Menu untuk dipilih. Aku kan tamak, order 2 main menu lagi..
Sementara tunggu makanan sampai, tengok-tengok kedai dulu
Rajin dan cepat servis ahjumma-ahjumma kat kedai ni
Santai jer tempat ni. Sejuk-sejuk nyaman rasa nak tido berbaring kat sini
Perkenalkan Suljebi dan rakan sekutunya
Ni pulak Hameol Pajeon, seafood pancake. Sedap tapi besar gila portionnya..
Kesemua menu dah sampai untuk aku sorang habiskan. Giler tamak campur membazir aku time ni..
Bila masuk mulut, rasa macam kuehtiaw cume lebih berkanji lagi. Aku suka rasanya, sedap..

Aku ni ya Allah, memang tak pernah belaja dari kesilapan. Asal lapar jer, terus mode tamak datang ikut nafsu. Pastu tak dapat nak habiskan semua. Kan dah terbazir, fffweet..

Ketuk kepala sendiri sampai sedar diri..

Apa-apapun, aku rekemen korang datang sini. Sedap semua makanan yang aku order ni. Kalau datang ramai-ramai boleh try menu-menu yang lain pulak macam Golbaengi. Nyesal pulak aku sekarang sebab tak order tu..


Aku kenyang giler terduduk macam ular sawa. Nak jer rasa baring terus macam orang di hujung tu..

Agak-agak perut dah mengendur sikit baru aku gerak meninggalkan restoran tu. Puas hati pegi makan sini.

Sayu campur kagum aku tengok nenek ni kuat lagi berjalan walaupun dah terbongkok-bongkok. Teringat terus mak kat rumah
Singgah kejap kat Szamzigil ni on the way pulang


Petangnya aku hanya lepak di bilik cancel plan nak keluar sebab masih hujan. Cuaca hari ni memang menduga betul. Aku pun jadi malas gak lepas tu..

Aku hanya keluar balik bila malam dah menjelang. Tupun sebab perut aku dah lapar balik. Bengong kan, kalu bukan sebab makanan rasanya tak keluarlah aku dari hostel tu seharian, hehe..

Jalan-jalan malam tanpa arah tujuan
Ni kawasan Dongdaemun
Arrow merah tu area Ikan Bakar terkenal kat Dongdaemun. Malam ni aku tak pegi sini dulu, just survey cari direction..
Jalan-jalan tengok kakak ni jual ricecake nampak sedap. Aku try lah beli semangkuk
Tteokbokki, 3k won semangkuk. Sedap tapi pedas.. aku tak tahan

Jalan-jalan kejap menyusuri sungai kat situ, aku duduk lepak tengok-tengok orang sambil layan perasaan sendiri.

Tteokbokki yang pedas tu aku tak dapat habiskan. Jadinya, aku bagi kat seorang ahjussi yang sama duduk dengan aku lepak-lepak kat situ.

Better bagi orang daripada buang kan. At least kenyang jugak perut dia. Pakcik tu, walaupun cakap macam ayam dengan itik, tapi dia ambik jugak bila tengok aku bersungguh nak bagi dekat dia.

Balik hostel lagi nak dekat pukul 11 malam. Penat aku seharian ni walaupun takde berjalan sangat.

Mata masih tak nak tidur tapi aku paksakan jugak sebab esok aku kena bangun awal pagi untuk ikut tour ke DMZ. Excitedlah pulak nak tunggu hari esok, :).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...