Pages

Thursday 29 May 2014

Trip Menggelapkan Kult: 07 - Menuju ke Siem Reap

Assalam..

Aku ni bila tiba part malas, semua cerita nak dipendekkan. At last cerita pasal naik bas jer pun, heheh..

Layan jer lah err..

******************************************************************************

06 April 2014 (Sunday):

Bangun pagi aku rasa badan sakit-sakit. Apa taknya, dah bagus ada tilam empuk kat bilik, aku memandai menyusahkan diri tido atas lantai bercarpet depan tv.

Rugi jer bayar bilik..

Riverside di waktu awal pagi
Coffee time? No.. i'm not coffee drinker
Hari sebelum tu aku dah beli tiket bas ke Siem Riep. Ambik senang, aku just beli dari kaunter hostel ni jer.

Bas dari company Giant Ibis, 15 usd one way.

Mahal? Memang mahal berbanding company bas yang lain. Aku fikir time ni aku nak bermewah sikit naik bas selesa (kata orang lah) memandangkan perjalanan nanti ambik masa 7 - 8 jam.

Aku sebenarnya masih sayang badan aku tak nak kasi lenguh-lenguh, hehe..

Actually, ada few bas company menawarkan perkhidmatan ke Siem Reap. Harga termurah aku nampak adalah 5 usd one way tapi tak ingat pulak company mana. Pendek kata ikut citarasa dan pilihan memasing.

Bas ikut jadual depart pukul 8.45 pagi, tapi rasanya janji Cambodia macam orang melayu jugaklah. Pukul 9 lebih baru berangkat meninggalkan Phnom Penh.

Sempat berlarik ke KFC bersebelahan untuk breakfast sebelum naik bas
Giant Ibis company office
 Kelebihan Giant Ibis Bas pada mata aku:

- Ada free wi-fi dalam bas. Seronoklah nak bersurfing sepanjang perjalanan.

- Ada power outlet kat tepi seat. Yang ni penting buat aku sebab nyawa bateri handphoneaku macam ikan. Pendek sangat..

- Ada free air mineral dan bun untuk setiap passenger. Plus bagi wipe tissue untuk lap-lap mana yang patut.

- Attendant bas ni boleh cakap English dan dia pastikan kami semua buckle up sepanjang perjalanan. For safety reason katanya. Suprisingly, aku notice semua penumpang patuh pada arahan.

- Bas akan berenti 2 kali sahaja sepanjang perjalanan. Kali pertama 10 minit dan kali kedua dalam 30 minit.

- Sampai Siem Reap, bas akan stop kat company bus station. Bas ni boleh hantar ke hotel yang kita nak with extra charge.

Dalam bas
Legroom agak luas

Reststop ke-2
Banyan Tree Restaurant. Aku minum jer kat sini sebab tak yakin sangat
Menunggu masa naik bas balik
Antara rumah yang cantik
Jalan yang tak rata
Kebanyakan jalan macam ni.
Aku sampai Siem Reap lebih kurang pukul 4.30 petang.

Di sini aku stay kat cawangan One Stop hostel jugak, jadi ada free pick up service included. Pasal hostel ni aku cerita lain entri.

Tak percaya dah sampai Siem Reap pulak. Melonjak keriangan dalam hati..

Aduh!! Tak sabarnya nak ke segala macam Angkor tu esok.

Mimpi berjumpa Lara Croft malam tu, :)


Ok, bye bye    




Sunday 25 May 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 06 - Malam Last di Phnom Penh

Assalam..


Aku sebenarnya lapar sebab belum makan sejak pagi tadi. Masuk bilik aku pegi segarkan diri kejap pastu keluar balik cari makan.

Aku jumpa KFC tak jauh dari hostel aku berdepan dengan Riverfront jugak. Masuk-masuk terus order banyak-banyak macam orang dah beberapa hari tak jumpa makanan.

Gaya makan tamak haloba. Tak habis pun..


Untuk sesiapa yang tak tahu, KFC di Cambodia adalah halal untuk dimakan. Aku makan dengan konfidennya di sini, hehe..

Selain tu, aku jumpa ada dua tiga kedai Indian yang halal gak sepanjang riverside ni. Pendek kata tak akan kebulur di Phnom Penh ni, cuma duit jer jadi halangan.

Lepas kenyang, aku beredar dan berjalan-jalan di tepian Riverside situ menghabiskan masa. Tak banyak aku buat hanya menunggu sunset sambil tengok gelagat orang lalu-lalang.

Riverfront

Menunggu senja
Cruising boat
Akak jual minumam
Lepak-lepak di tepian sungai
Pemandangan seberang Riverside
Gelap dah tiba. Terlepas senja pulak
Bila malam dah tiba, aku pegi singgah Night Market balik sajer nak membuang duit sambil window shopping. Gitulah perangai bila keseorangan di sini. Lagi satu aku nak membuang perasaan trauma siang tadi, jadi lihat orang ramai bolehlah menenggelamkan sikit perasaan tak best tu.

Night market di seberang jalan
Saja nak isi perut lagi
Sebenarnya aku nak cerita pasal malam tu. Bila aku balik ke hostel aku sedar yang aku berseorangan dalam dorm tu malam ni. Tak boleh jadi ni, aku kan penakut. Lagi-lagi macam-macam imaginasi luar biasa muncul time ni kesan pegi Killing Field & S21. Over kan aku..

Aku pegi bawah dan nampak Sunny (pekerja hostel).

"Sunny, Is there someone else will be with me in the room?"

"Umm, no. You will be alone tonight."

Itu dia!. Kalau hari-hari biasa aku tak kisah sendirian. Tapi malam ni aku tak berani. Melebih-lebih ketakutan imagine hantu-hantu datang kat bilik. Aku tahu tak logik, tapi kalau otak tak berfungsi dengan betul, macam ni lah aku.

Sunny tengok macam faham aku takut kot,

"Nevermind LD, if you scared to sleep alone, i'll be here for the rest of the night. You can call me anytime."

Aku lega sikit sebab time ni aku dah decide yang aku tak nak tido dalam bilik tu. Jadi, mana aku nak tido?

Common room

Hehe.. common room ni jawapnya. Mula-mula aku lepak sini sambil layan movie omputeh yang dipasang oleh mat saleh tu.

Lagi satu hazab nya, dioarang pasang cerita 18SX pulak. Aku sorang kot yang segan jer nak nengok. Orang lain rilek jer siap gelak ketawa lagi dengan cerita tu.

Jadinya, aku pura-pura tengok laptop sambil mata menjeling sikit-sikit ke tv, hehe..


Actually, genre cerita ni komedi tapi bagi aku memang serius level SX tu.

Ok dah, melarat ke lain pulak aku. Jadinya, bila dah tengah malam tu, orang lain dah berkurang aku pegi tido kat sini bawak bantal dari bilik.

Kalau korang rasa aku desperate, memang ya.. At least kat situ ada manusia jugak masih tengok tv dan ada Sunny kat kaunter temankan aku berborak.

Sampai begitu sekali penangan Killing Field dan S21 pada aku. Pernah jumpa tak? heheh..

Nasib baik dah last night kat sini sebab esok pagi aku akan bertolak ke Siem Reap Pulak.

Stay tuned..:)
 

Thursday 22 May 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 05 - S21 & Russian Market

Assalam..



Next destination ke S21 pulak.


Apa tempat ni? Aku tak tahu sangatlah mula-mula. Aku pegi sebab tempat ni glemer kat Phnom Penh. Boleh gitu??

Sampai depan pintu gate macam sekolah, Jani berentikan aku  kat situ dan dia cakap akan tunggu aku kat seberang jugak. Aku confiden bagitau dia dalam 1 ke 2 jam allocate masa kat sini..

Bayaran masuk adalah 2 usd.

Meh sini, aku cerita ringkas pasal tempat ni..

S21 asalnya merupakan sekolah rendah dulu-dulu. Bila Khmer Rouge ni ambik alih pemerintahan, diaorang jadikan sekolah ni sebagai tempat tahanan dan seksaan.

Bilik-bilik kelas diubah suai dijadikan interrogation room, torture room dan penjara. 

Sekarang ni S21 berfungsi sebagai muzium dan masih ada tinggalan alatan seksaan yang digunakan beserta gambar-gambar mangsa yang diambil.

Ada berani masuk sini?

Terus terang aku memang tak berani. Trauma lepas Killing Field tak reda lagi, nak masuk sini pulak. Adoi!!! aku nak patah balik rumah..

Dahtu, apasal pulak aku mengada-ngada masuk? Bodo betul aku time ni tak fikir panjang..

Aku menaip sekarang pun teringat balik tempat ni buat aku seram jer. Layan gambar jerlah. Tupun tak ambik banyak sebab aku tak sanggup nak lihat, tinggi sangat level keganasannya..

Masuk-masuk terus nampak ni..
Kubur-kubur 14 orang mangsa terakhir yang dijumpai di sini. Seorang daripadanya adalah wanita.
Bilik-bilik kelas dijadikan penjara. Baru permulaan aku masih boleh kawal perasaan
Penjelasan setiap building di sini. Kalau tak silap ada 4 bangunan semuanya.
Aku ingat masa sekolah rendah dulu selalu main benda ni. Bergantung-gantung kat situ perasan diri ahli gymnast negara..
Adei, tempat main ni pun diaorang guna untuk menyeksa tawanan jugak. Baca explanation ni buat aku jadi seram sejuk
Ni building ke-3. Agak berlainan sebab dipasangkan dawai berduri sekeliling building ni. Rupanya tempat tawanan dikurung. Selain tu berfungsi mengelak tawanan dari escape ataupun bunuh diri.
Penjelasan building "C".
Dalam bilik kurungan. Numbers kat dinding tu tempat gantung kunci rantai setiap tawanan dalam bilik ni. Penyangkut kunci kat bilik ni dah takde, tinggal nombor jer.

Bilik-bilik kecik untuk setiap tawanan. Pastu mereka  dirantaikan kaki dan tangan supaya tak bergerak
Boleh nampak betapa keciknya bilik ni. Kejam betul Khmer Rouge ni.
Pemandangan dari depan building. Terasa aura lain macam kat sini. Aku sorang jer kot rasa cenggini.
Kubur kesemua 14 mangsa terakhir dijumpai di sini.

Actually ada banyak bilik-bilik kelas aku tak masuk sebab aku dah tak keruan. Semakin banyak berjalan dalam ni, semakin banyak gambaran "explicit" yang aku tak sanggup nak tengok.

Ada satu bilik tu, pihak muzium ni letakkan hampir kesemua gambar tawanan yang ditangkap, diseksa kemudian dibunuh dan aku terkaget bila terperasan satu gambar ibu mendukung bayi kecil pun ada.

Adoi!! aku tak sanggup nak imagine apa yang tentera ni buat kat anak beranak tu..

Terus berlari keluar dari situ sebab aku tak tahan..

Anyway, di sini ada 2 orang tahanan yang masih hidup duduk menceritakan pengalaman mereka kepada sapa-sapa sudi mendengar. Ada jugak buku dijual dan kalau bermurah hati bolehlah memberi sumbangan kepada mereka ini. Aku tengok dari jauh jer sebab aku dah tak sanggup nak dengar lebih..

Kejam dan takda hati perut manusia bernama Pol Pot ni. Kesemua tahanan dilayan lebih teruk dari binatang dan dibunuh seolah-olah nyawa mereka macam nyamuk.


Pokok-pokok rendang dan lebat berbunga di sekitar kawasan kubur

Aku keluar dari sini tak sampai sejam pun. Tak dapat lebih-lebih.. Lagi lama aku kat sini lagi aku rasa macam aku pulak kena tawan dalam penjara ni.

Imagine hidup pada zaman tu, Ya Allah buat aku sangat bersyukur aku dilahirkan di Malaysia.

Jani agak heran tengok aku sekejap sangat kat dalam tu. Aku just bagitau yang aku dah penat.

Hehe, nak cover line jugak depan orang tak nak kasi tunjuk kepenakutan..

Untuk membalancekan perasaan yang tak stabil, aku pegi Russian Market lepas tu.

Takda apa sangat aku buat, round tempat ni sekali dua pastu beli souvenier sikit-sikit. Oklah, harga boleh ditawar walaupun skil menawar aku masih rendah.
 
Souvenier untuk dijual
Antara kedai-kedai yang ada
Dari luar market
Cuma satu jer tak berapa kat Russian Market ni. Masuk kat dalam macam masuk sauna. Aku berpeluh lencun kat dalam tu. Mungkin sebab atap zink tu rendah, ditambah pulak cuaca memang panas membahang, fuhh...

Jani hantar aku balik pastu. Sampai hostel, jam baru pukul 4 petang. Kejap sangat aku jalan hari ni. Tapi, okaylah jugak easy tour macam ni.

Masuk lobi hostel, aku terserempak dengan 2 orang perempuan yang checkin dorm aku middle last night. Baru nak berkenalan dengan diaorang time tu. Rupanya diaorang dah nak pegi Siem Reap malam ni guna overnight bas.

Diaorang cakap dah checkout hostel tengah hari tadi dan lepak kat hostel sementara tunggu bas pukul 11 malam nanti.

Baru aku terfikir, kalau diaorang dah checkout, maknanya aku sorang-sorang lah malam ni dalam dorm tu. Aduhai...

Serta-merta image Killing Field dan S21 masuk dalam otak dan aku start rasa seram sejuk balik..
 



Tuesday 20 May 2014

Trip Menggelapkan Kulit: 04 - Killing Field

Assalam..

05 April 2014 (Saturday):

Choeung Ek Genocidal Center, lebih senang dipanggil Killing Field

Aku terbangun pagi tu bila dengar bunyi bising Jesse berkemas nak checkout. Tengah malam semalam pun terjaga jugak bila ada 2 orang minah salleh baru masuk. Nasib baik diaorang okay, mintak maaf mengganggu tido aku dan Jesse.

Hari ni aku plan nak ke tempat-tempat menarik sini. Cara paling senang adalah book tour dari kaunter hostel ni. Since aku berlenggang kangkung buat kerja, bermalas-malasan atas katil, aku hanya ambik halfday tour jer. Ni pun dah costs aku 18 usd.

Apa nak buat, orang malas selalu rugi..

Kalau ada jumpa orang nak share tuktuk pegi destinasi yang sama lagilah jimat. Part nipun aku malas nak tanya. Padahal, ada jer orang kat hostel tu..

Tuk tuk driver datang tepat pada masanya pukul 11 pagi. Sebelum naik, kami buat sesi berkenalan dulu dan dia tanya aku nak ke mana.

Aku cakap ke Killing Field, S21 dan Russian Market. Tu jer..

Haha.. okaylah kan dari takde. Aku sedar diri sebenarnya tak fit sangat untuk cover banyak tempat dalam satu hari.

Okay, Jani (tuk tuk driver) mula membawa aku ke Killing Field dulu since tempat tu paling jauh. Jalan tak berturap dan kena lalu kampung-kampung.

Jani memulakan perjalanan melalui Waterfront

Sempat dia berenti kejap satu kedai belikan mask untuk aku pakai sebab jalan berdebu. Terharu aku kat situ, heheh..

Rumah-rumah kedai
Ni rumah-rumah orang
Jalan berdebu
Comel jer budak kecik ni. Tak terkesan ker dia kena debu jalan??
Jalan tak berturap, becak memanjang. Melompat-lompat aku dalam ni..
Rasanya malam sebelum tu hujan
Bersantai ditemani lembu
Sampai Killing Field, Jani cakap dia akan tunggu aku kat seberang jalan situ dan aku bagitau maybe dalam 1 ke 2 jam dalam tu.

Sebenarnya aku tak berapa tahu sangat pasal Killing Field ni. Roughly sini adalah tapak pembunuhan terbesar rakyat Cambodia oleh tentera Pol Pot pada masa pemerintahan dia dulu dari 1975-1978.

Ko berani pegi sini tengok-tengok kubur orang?

Aku kan orang lemah semangat. Sepatutnya aku tak pegi tempat-tempat macamni. Tapi since dah di Cambodia ni aku tengok ni antara main attraction, i just want to give it a shot.

Menyesal pegi sebab lemah semangat bawak sampai ke malam..

Bayaran masuk ke Killing Field adalah 6 usd. Akan disertakan sekali pemain audio dan pamplet pasal tempat ni. Untungnya audio player dia ada pilihan Bahasa Melayu jadi boleh dengar dengan lebih khusyuk explanation setiap tempat di sini.

Kaunter bayaran masuk

Aku meronda-ronda di sini berpandukan kepada audio player tu. Sekejap-kejap berenti untuk dengar lebih jelas. Time ni aku okay lagi, jiwa masih kental.

Ikut jer nombor ni, pastu pasang audio player tu boleh dengar explanation pasal setiap tempat
Sampai ke kubur-kubur situ, aku dah tak sedap hati. Walaupun ada jer orang kat sekeliling namun jiwa aku mula bergolak. Aku ni memang penakut tahap 10. Apa ke naya aku pegi sini..

Tempat trak menurunkan tawanan yang akan dibunuh. Kesemua tawanan ni diseksa dulu di tempat lain. Kejam sungguh!!
Kalau tak faham English, bahasa Khmer ada
Khusyuk mendengar sambil melihat tapak..
Another site
Ada rumah orang di luar ni. Aku wonder diaorang tak rasa seram ke?
Budak-budak pun ada. Selamba jer bermain..
Jiwa-jiwa yang mati kat sini rasanya tak tenteram sebab mereka semua dibunuh dengan kejam sekali. Paling menyedihkan, mangsa tak kira siapa termasuklah kaum perempuan dan bayi-bayi kecil..

Pokok ni tempat tentera Polpot membunuh bayi kecil dengan cara menghentakkan kepala bayi ke sini. Bila dah mati, mereka campakkan mayat tu ke lubang dah siap digali. Aku time ni tak sanggup nak pegi dekat dah..

Last stop untuk perjalanan adalah merupakan stupa peringatan untuk mangsa-mangsa pembunuhan. Dalam ni ada banyak tengkorak dan tulang-belulang yang dijumpai dan disusun balik mengikut tingkat. Aku tak masuk pun dalam ni sebab hati aku dah gundah gelana. Ada tak tido malam kang..

Stupa mangsa-mangsa kekejaman. nak masuk boleh tapi kena tanggal kasut dulu

Kat sini jugak ada muzium dan kalau korang nak, boleh tengok video pasal kekejaman tentera Pol Pot terhadap rakyat. Aku decide tak pegi tengok jugak walaupun aku rasa rugi.

Muzium, kat dalam ada diceritakan apa yang terjadi kepada Pol Pot dan konco-konconya selepas pemerintahan mereka berakhir

Bendera Cambodia berkibar sayu
Keluar dari situ, aku rasa lega sikit macam baru dapat ambik fresh air. Adei.. fikiran aku masih teringat-ingat lagi kat apa yang aku tengok di dalam..

Kesimpulannya, orang macam aku jangan pegi tempat ni walaupun ia sangat berinformasi. Merisikokan kekebalan jiwa dan semangat lemah sampai terbawak-bawak selepas tu..

Elok keluar jer dari situ, nampak Jani dah melambai tangan ke arah aku. Cepat-cepat aku pegi ke arah dia mintak dia bawakan terus ke next destination..

Deretan tuktuk menunggu di luar..
Here we go..

          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...